Cabaran Lelaki di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Pada hari saya menulis posting kali ini, kita sudah berpuasa selama 7 hari. Pelbagai cabaran puasa tahun ini, tambah lagi saya akan menghadapi Final Exam untuk 4 subjects yang diambil bagi couse Master HR Management. Minggu ini bemula dengan Subject Hr Management, minggu depan Strategic Human Resource, Industrial Relations, dan finally seminggu sebelum Raya subjek IT For Manager.

Kalau tahun-tahun sebelum ini banyak masa boleh dikhususkan untuk Ibadah, tetapi tahun ini terpaksa bahagi dua, Ibadah dan juga persediaan untuk Final Exam, di samping kerja seharian di ofis.

Kelahiran Akram Jauni juga memeriahkan lagi rumah kami di awal pagi sewaktu sahur dan bukak puasa, kerana kelaziman tabiat seorang bayi tidak terkecuali kepada Jauni, iaitu menangis. Aku cuba bantu apa yang patut, tetapi Siti yang banyak menjaga Jauni. Nasib baik Jauzil (abang Jauni, baru setahun 7 bulan), kurang meragam di bulan puasa ini, dan bibik sememangnya mengambil berat tentang Jauzil, sebab aku dah maklumkan kepada dia yang aku begitu sibuk sekarang ini, nak menghadapi final exam.

Pagi ini aku sempat baca Berita Harian Online, dan rasanya nak berkongsi dengan anda semua 8 tip untuk lelaki mengharungi bulan ramadhan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga di bulan yang suci ini. ok, inilah petikan artikel karangan Diyanah Anuar untuk tatapan anda semua:

  • Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadan, belajarlah ilmu fiqah. Apabila kita berpuasa dengan ilmu dan falsafah betul, barulah dapat dirasai kelebihan Ramadan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat berpuasa sebagai ‘adat’ dan kerana itulah ia dilakukan atas faktor ikut-ikut saja.
  • Sambutlah Ramadan dengan hati. Anggaplah Ramadan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadan.
  • Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadan itu akan berjaya jika kita berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga ke-10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke-11 hingga ke-20 dikurniakan keampunan manakala hari ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaan api neraka.
  • Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.
  • Lahirkan budaya bersedekah dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
  • Berbuka bersama-sama – ini dapat menyuburkan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawih kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hamba dalam diri kita semua.
  • Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka. Seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.
  • Apabila berbuka puasa, jamah sedikit makanan dan terus menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat Tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *