Dilema Masalah Hutang Berpanjangan

Kehidupan yang mencabar. Kita tidak dapat lari dari hutang. Sekiranya ratio pembayaran hutang hampir menyamai dengan pendapatan setiap bulan, kita berada di paras kritikal dan perlukan rawatan dengan segera. Kenapa hutang sebegitu banyak sehingga tidak terurus?

Sebenarnya kita sendiri boleh tahu mengapa keadaan hutang kita jadi tidak terurus. Tentunya akibat kelemahan kita sendiri. Kita sendiri takut hendak menghadapi kenyataan, berapa banyak jumlah hutang yang sedang kita hadapi. Sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan hingga bertahun-tahun lamanya, kadar faedah serta denda yang dikenakan oleh pihak bank boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Jika anda mahu menangani isu hutang, anda harus memberanikan diri menghadapi kenyataan sebenar serta bersikap positif. Seandainya anda bertekad ingin menjelaskan hutang dengan seikhlasnya, Allah akan bantu, insya-Allah.

Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, di dalam buku Bijak Mengurus Wang, menyatakan hutang akan menjadi tidak terurus jika kita biarkan ia begitu sahaja. Sekiranya kita mempunyai senarai daftar hutang di mana kita susun kembali semua hutang kita dalam format tertentu, barulah nampak ada sistem. Berapa jenis hutang yang kita miliki dan berapa nilai kesemuanya? Berapa jumlah ansuran bulanannya? Berapa lagi tempoh bayaran balik? Ada bercagar atau tidak? Mempunyai perlindungan atau tidak?

Kesemua persoalan ini boleh dijawab dalam satu daftar yang lengkap.

Selain mempunyai daftar hutang yang lengkap, fail maklumat berkenaan setiap hutang juga perlu ada. Senarai dokumen penting perlu disimpan dalam fail ini adalah:

  • Surat tawaran pembiayaan / pinjaman.
  • ┬áSalinan geran rumah / kereta atau cagaran yang diberi.
  • Resit bayaran ansuran.
  • Penyata daripada pihak bank.
  • Salinan cukai pintu / cukai tanah bagi hartanah.
  • Salinan MRTT atau polisi takaful untuk pembiayaan rumah.
  • Salinan polisi takaful kenderaan.
  • Surat yang diterima oleh pihak bank / peguam berkaitan dengan pembiayaan.
  • Penyata pelaburan sekiranya mengambil pinjaman pelaburan.
  • Surat daripada pihak kita tentang rayuan bayaran balik / penjelasan.
  • Salinan surat penjelasan sepenuhnya sekiranya pinjaman sudah dijelaskan.
  • Geran asal bagi rumah / kereta sekiranya pinjaman sudah langsai.

Apabila satu persatu hutang sudah dilangsaikan ia akan memberi anda satu kelegaan dan kebebasan kewangan yang sukar untuk digambarkan. Perasaan lega bercampur syukur yang tidak terhingga kepada Allah  sebab dengan izin-Nya diberi ruang untuk keluar daripada beban hutang tersebut. Tidak lagi perlu bimbang munerima panggilan telefon atau surat peringatan dari pihak bank, peguam dan sebagainya. Yang lebih penting, nama anda tidak mungkin disenaraihitamkan oleh pihak bank.

Ambillah masa untuk mengurus hutang anda. Bukan wang sahaja yang perlu diurus dengan baik, hutang pun perlu ditadbir dengan baik supaya ia tidak menjadi beban yang berat untuk kita pikul.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu yakin masalah hutang adalah satu ujian dari Allah untuk dekatkan diri kita kepada Nya. Dengan itu, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar meringankan beban hutang yang kita tanggung. Doa yang saya sertakan di bawah ini memang patut diamalkan oleh semua Muslim.

Doa Bebas Hutang

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *