Kenapa Orang Islam Tidak Solat?

Salam Syawal,

Hari ini dah masuk hari ke 9 umat Islam meraikan Aidil Fitri 1431H, ataupun 2010. Bulan Ramadhan tahun ini sebenarnya aku menyaksikan betapa ramai umat Islam di Malaysia, khususnya di Selangor/KL, secara spesifiknya di tempat kerja aku tidak berpuasa serta tidak bersolat. Dek kerana kelemahan Iman aku sendiri, diriku ini tidak mampu untuk berdakwah, untuk menyuruh mereka mengerjakan Solat Lima Waktu serta Berpuasa di Bulan Ramadhan. Apa yang aku boleh lakukan hanya berdoa agar mereka ini mendapat hidayat dari Allah SWT agar sebelum bertemu kematian, mereka sempat bertaubat dan menggantikan puasa dan solat yang ditinggalkan dengan sengaja.

Sekadar memperingati antara kita, Rukun Islam adalah 5 Perkara, iaitu:Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Solat Adalah Tiang Agama

Solat Adalah Tiang Agama

Pada pengamatan aku sendiri, bagaimana seorang individu itu mahu bergelar sebagai seorang Muslim, walhal mereka tidak mahu mengamalkan Rukun Islam itu sendiri? Ya Allah, jauhilah keturunan aku daripada menjadi seorang yang lalai dan tidak mengamakan Rukun Islam. Ikut kata Ustaz Azhar Idrus, orang yang tidak Solat dan tidak puasa boleh digelarkan seorang yang Fasik. Yang menyedihkan lagi, ibu bapa yang ingin mengahwinkan anak-anak mereka tidak lagi bertanya samada bakal menantu mereka ini solat lima waktu dan sebagainya. Inilah realiti dunia zaman sekarang, di mana orang lebih memandang kepada materialistik berbanding dengan kerohanian.

Berbalik kepada sebab mengapa orang Islam tidak bersolat, aku sebenarnya tidak membuat kajian secara menyeluruh, tetapi pada pengamatan aku, mereka ini mungkin tidak mempercayai adanya Azab dalam Kubur, serta Azab meninggalkan Solat semasa di akhirat nanti. Fakta berikut adalah antara Azab bagi orang yang meninggalkan Solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

MasyaAllah, teruknya seksaan yang akan dikenakan oleh Allah kepada umatNya yang tidak bersolat. Semoga orang-orang ini akan mendapat Taufik dan Hidayat sebelum mereka menemui kematian. Bercakap kepada kematian, wahai sahabatku, berapa ramai di sekeliling anda yang menemui AJAL di usia muda? kenapa anda perlu bertangguh untuk melakukan kebaikan dan bertaubat kerana memikirkan umur anda masih panjang lagi? Di manakah kepastikan yang anda perolehi anda akan hidup lebih lama lagi?

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Kenapa Orang Islam Tidak Solat?

  1. jojo

    Salam saudara,
    Jangan kate tak berkemampuan,sekurang2nye kite melawak la time suruh diaorg solat.Sekurang2nye kite berdakwah walaupun dalam keadaan melawak.Sebab dakwah tue tangungjawab kite sebagai umat Islam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *