Medical Card Takaful – Perlu Ke Limit Tahunan Yang Tinggi?

Lima tahun lepas, had tahunan medical card tidak setinggi sekarang. Saya agak concern tentang kos perubatan yang makin meningkat, jadi saya ambil dua plan medical card, dari Great Eastern Takaful dan AIA Takaful. Dengan kedua-dua kad ini, saya dilindungi kos perubatan sebanyak RM240k setahun.

Namun sekarang ni, Great Eastern Takaful sudah perkenalkan plan dengan limit tahunan sehingga RM2.2 Juta setahun. Plan RM1.32 juta hotselling medical card serendah RM100 saja sebulan.

Medical Card Protection adalah ‘part of financial planning’ dalam kehidupan kita. Bukan kita minta sakit, namun kita rancang untuk tidak lebih derita dengan kebocoran wang bila ditimpa sakit, terutamanya kanser.

Prof. Madya Dr. Nirmala Bhoo-Pathy dari Jabatan Sosial dan Ubat Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), yang memberitahu selain perlu berperang dengan emosi, pesakit kanser juga perlu berdepan dengan masalah kewangan yang sering menjadi masalah utama kepada golongan berkenaan.

Jelasnya, satu kajian telah dijalankan berhubung kesan ekonomi yang dialami pesakit kanser selepas sebulan disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Kos yang perlu ditanggung bukan sahaja melibatkan perubatan dan rawatan tetapi merangkumi kos pengangkutan untuk berulang-alik ke hospital serta sewa penginapan serta kos-kos lain.

“Mengikut kajian yang kita buat dalam tempoh setahun, 11 peratus daripada 1,600 pesakit kanser yang ditemu bual telah meninggal dunia, manakala 15 peratus lagi mampu bertahan untuk hidup bagaimanapun perlu menanggung kos perubatan dan rawatan yang terlalu tinggi.

“Hampir kebanyakan mereka memperuntuk satu pertiga daripada pendapatan bagi menanggung kos perubatan hospital, malah turut menggunakan pendapatan ahli keluarga mereka untuk meringankan beban yang ditanggung.

“Daripada jumlah itu juga, hanya 20 peratus daripada mereka mendapatkan insurans ketika masih sihat,” katanya pada majlis pelancaran buku Elevating The Voice Of Cancer Patients (Melaungkan Suara Penghidap Kanser) dan diskusi tentang Capaian kepada Rawatan Kanser baru-baru ini.

Tambah beliau, pengambilan insurans ketika sihat dilihat amat penting bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada tempoh-tempoh tertentu.

Ayuh kawan-kawan, rancanglah dengan bijak dari sekarang. Cek kembali limit tahunan medicla card anda, dan untuk dapatkan limit tahunan tinggi setiap tahun dengan kos yang rendah, hubungilah team kami di Great Eastern Takaful.

Ahmad Humaizi
019-3726080

#ahmadhumaiziconsultancy

Medical Card Anda Boleh Dibatalkan oleh Insurans atau Takaful

Majoriti dari peserta takaful atau pelanggan insurans yang menyertai plan Medical Card tidak ambil tahu tentang klaus Portfolio Withdrawal Condition. Para agen di luar sana jangan saja menjual bulan dan bintang, tidak maklumkan fakta yang syarikat insurans @ takaful berhak untuk tarik balik perlindungan Medical Card anda walaupun telah sertai beberapa ketika lamanya.

 

Apa sebenarnya yang ada dalam klaus ini?

What is Portfolio Withdrawal Condition?
Portfolio Withdrawal Condition is a clause that gives the right to an insurance company to stop offering the medical portfolio by giving advance written notification to policyholders, if it no longer underwrites this type of product. Any withdrawal of the medical portfolio will need to go through a due process of obtaining Bank Negara Malaysia’s (BNM) approval to ensure that the policyholders’ interest is protected. If Portfolio Withdrawal Condition is exercised, policyholders will be notified by company at least 30 days in advance as stipulated in the contract, thereafter company will not renew the medical plan. All benefits under this medical plan will cease to be payable from anniversary date immediately following the expiry of the 30 days advance notice.

What does the removal of the Portfolio Withdrawal Condition mean to policyholders?
With the removal of this clause, the medical policy shall continue to be renewable on each policy anniversary subject to the terms and conditions of the policy. Apart from that, all other existing benefits enjoyed by the policyholders remain unchanged.

Do all insurers have Portfolio Withdrawal condition?

Saya dapat sumber dari blog myfp.my

“Almost all life insurers have this clause applicable for their policies unless clearly stated otherwise. Certain insurance agents have been attacking Great Eastern insurance policies for having the policy withdrawal clause clearly stated in the contractual terms preying on the fear that insurance coverage will be no longer available when needed or in your old age.Another myth circulating was that the insurer can pick & choose unhealthy policyholders with claims & withdraw the insurance policy to avoid making future payments to policyholders with poor health conditions.”

Namun ada berita baik untuk pelanggan Great Eastern Takaful Berhad. Bermula dari 1 Disember 2016, Great Eastern Takaful telah REMOVE klaus Portfolio Withdrawal Condition yang terdapat dalam sijil Takaful sediada dan yang baru.

Dengan pembuangan klaus Portfolio Withdrawal Condition ke atas semua rider Medical Card Great Eastern Takaful bermula dari dari certificate inforce sejak permulaan Great Eastern Takaful berhad, anda tidak lagi perlu risau akan pembatalan sijil takaful yang mempunyai medical card selepas inforce. Namun sekiranya didapati ada non-disclosure existing illness sebelum menyertai Medical Card, takaful operator masih berhak untuk re-underwrite perlindungan takaful peserta.

Nak tahu info lanjut tentang Medical Card oleh Great Eastern Takaful? Klik sini ==>> http://kadperubatantakaful.com

Medical Card Dengan Waiver of Contribution

Ramai yang mempunyai kesedaran untuk menyertai plan takaful dengan Medical Card. Pelbagai kisah masyarakat tentang penyakit yang tiba-tiba menyerang memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sertai plan Takaful Medical Card.

Apabila anda memilih plan Medical Card, pastikan anda sertakan sekali rider atau manfaat tambahan ‘waiver of contribution’ bagi orang yang dilindungi atau person covered. Dengan adanya waiver ini, sekiranya anda disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal, anda dikecualikan daripada membayar sumbangan tahunan sehingga tamatnya term medical card pada usia 80 tahun.

Saya berpandangan manfaat waiver of contribution ini adalah TERPENTING kerana anda memang mampu membayar sumbangan medical card selagi mana anda masih bekerja, bagaimana sekiranya tetiba anda disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal? Pasti anda merasa sangat bertuah kerana telah mengambil manfaat waiver of contribution ini kerana anda tidak lagi perlu mengeluarkan wang sendiri untuk menggunakan manfaat medical card sehingga tamat tempoh pada usia 80 tahun. Bukan sahaja manfaat medical card, sekiranya anda mengambil manfaat tambahan elaun hospital, anda juga tetap layak untuk mendapat manfaat elaun harian sekiranya dimasukkan ke hospital.

Manfaat waiver of contribution ini juga boleh diambil oleh pembayar, samada seorang ayah, ibu untuk anak-anak, atau suami untuk isteri. Dengan adanya manfaat waiver untuk payor, sekiranya seorang ayah pembayar takaful mengalami sakit kritikal, hilang upaya kekal atau meninggal, anak akan menikmati kemudahan takaful dan medical card secara percuma sehingga anak berumur 25 tahun! Medical Card pun ada, yang paling best, cash value dalam simpanan takaful tetap bertambah walaupun si ayah telah tiada! Dengan cash value ini boleh digunakan oleh si anak untuk membiayai sebahagian dari perbelanjaan semasa memasuki universiti pada usia 18 tahun.

Delam entri blog kali ini saya ingin berkongsi cerita sahabat saya, mengenai tuntutan manfaat Sakit Kritikal dan Waiver of Contribution oleh pelanggan beliau. Terima kasih Nurbaizura Rashid atas kesudian untuk berkongsi info ini untuk memberi kesedaran kepentingan takaful kepada masyarakat.

Peserta yang disahkan mengalami sakit kritikal dikecualikan dari membayar sumbangan tahunan. Kredit kepada Nurbaizura Rashid atas perkongsian ini
Peserta yang disahkan mengalami sakit kritikal dikecualikan dari membayar sumbangan tahunan. Kredit kepada Nurbaizura Rashid atas perkongsian ini

Cerita ini diambil dari facebook beliau:

Salam Jumaat.. syukur je hadrat ilahi dapat menolong client dan juga sahabat baik saya yg baru2 ini telah diduga Allah dengan penyakit breast cancer. Claim cek utk critical illness beliau sebanyak RM50,000 telah di bayar dan yang paling penting ialah walaupun beliau mendapat pampasan RM50,000, perlindungan2 yang lain di dalam takaful itu masih lagi dapat diteruskan dengan ada Waiver of Contribution. Beliau tidak perlu lagi untuk membayar sumbangan kerana dana tabarru’ dari Great Eastern Takaful sekarang akan mengambil alih pembayaran sumbangan pesakit ini sehingga beliau berumur 80 thn. Semua Coverage lain spt medical card, elaun hospital..kematian dan hilang upaya kekal masih berterusan dan yg paling seronok simpanan dalam plan ini juga akan terus bertambah. Siapa kata insuran/takaful tak bayar pampasan? Ini buktinya. .Lindungi diri kita dengan perlindungan untuk penyakit kritikal..Kerana kita tidak tau apa yg akan terjadi pada kita di masa hadapan. 

tuntutan sakit kritikal Great eastern takaful

 

Saya yakin anda yang membaca entri blog ini telah mempunyai kesedaran akan kepentingan takaful dengan Medical Card, dan mungkin anda juga telah sertai plan Takaful Medical Card. Kini masanya untuk anda balik semak kembali sijil Takaful anda, apa perlindungan yang terdapat dalam plan Medical Card anda?

Saya dan team members sedia bantu anda untuk membuat polisi review, atau permohonan Medical Card terbaik, boleh hubungi saya di talian 019-3726080 atau anda boleh add saya di facebook https://www.facebook.com/humaizi untuk berkomunikasi dengan saya mengenai Medical Card.

Medical Card Takaful – Standalone atau Rider to Investment Link Plan?

Permintaan untuk menyertai Medical Card semakin meningkat. Sejak saya melibatkan diri dalam Industri Takaful, saban hari akan ada bakal-bakal pelanggan menghantar emel atau whatsapp request untuk mendapatkan quotation dan info lanjut tentang Medical Card.

Kesedaran untuk memiliki Medical Card Personal lebih tinggi kerana terlalu banyak kes sedih dipaparkan di media massa ekoran dari peningkatan kos perubatan dan juga tiada subsidi diberikan bagi pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Kesedaran untuk memiliki Medical Card Personal lebih tinggi kerana terlalu banyak kes sedih dipaparkan di media massa ekoran dari peningkatan kos perubatan dan juga tiada subsidi diberikan bagi pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang Medical Card Standalone kerana bayaran bulanan yang rendah. Namun tahukah anda, adakah rendah akan kekal rendah selama-lamanya? Sebaiknya ada membuat perbandingan dari segi kos bayaran sehingga tamatnya tempoh Medical Card, eg, umur 80 tahun.

Baru-baru ini ada seorang bakal pelanggan saya minta saya buatkan cost comparison antara Standalone Medical Card dari Takaful A dan juga Investment Link Takaful Rider Medical Card dari Great Eastern Takaful.

Ciri-ciri asas Medical Card adalah seperti berikut:

1. Cashless Medical Card (tiada co-takaful)
2. Room and Board RM200

Entry Age adalah 49 dan pelanggan minta untuk kirakan sehingga umur 80 tahun.

Plan Investment Link Rider Medical Card Takaful
Total Contribution : RM144,000
Cash Value Age 80: RM35,384

Plan A Takaful Standalone Medical Card
Contribution from Age 49- 80 Total : RM211,356
Cash Value Age 80 : RM0

Selain daripada manfaat asas di atas, Plan Investment Link Rider Medical Card di atas juga terdapat manfaat tambahan seperti di bawah:

  • Kenaikan kadar bilik sebanyak 10% setiap 3 tahun secara automatik (dari RM200 maksimum kenaikan sehingga RM400)
  • Limit tahunan meningkat 10% setiap 3 tahun sekiranya tiada tuntutan.
  • Elaun wad harian berjumlah RM150 setiap hari
  • Waiver of contribution sekiranya peserta takaful mengalami Hilang Upaya Kekal, eg, buta kedua-dua mata akibat diabetes.

Jadi, sekarang ini, yang manakah pilihan anda? Murah pada peringkat awal dan permulaan dan membayar lebih banyak sepanjang hayat? Apa yang  ramai kurang mengambil tahu adalah, kos kesuluruhan untuk sumbangan Medical Card adalah lebih penting untuk diambil kira berbanding kos permulaan. Menyertai plan takaful adalah untuk jangka masa panjang dan bukan short term!

Fikir-fikirkanlah, hubungi perunding takaful yang anda selesa untuk berurusan. Nak hubungi saya amat dialu-aluka, contact number saya 019-3726080.

Sekian, Wassalam.

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Medical Card?

Ramai yang mempunyai kesedaran untuk memiliki Plan Takaful sekarang ini berbanding suatu masa dahulu. Antara salah satu sebabnya adalah dapat menikmati manfaat takaful ketika hayat dikandung badan, iaitu dengan menggunakan kemudahan Medical Card.

Medical card menjadi popular kerana tumbuhnya hospital swasta yang menawarkan khidmat serta layanan efisyen dan selesa. Bandingkan berapa banyak hospital swasta dibuka setiap tahun berbanding dengan hospital kerajaan? Saban tahun makin banyak hospital swasta dan dengan pertumbuhan kepadatan penduduk serta pekerja asing ke Malaysia, demand industri kesihatan semakin tinggi. Namun begitu, kos untuk mendapat rawatan di hospital swasta bukanlah sesuatu yang ‘murah’ kerana kita terpaksa membayar pada harga perkhidmatan berbanding hospital kerajaan yang diberikan subsidi oleh kerajaan Malaysia.

 

Medical Card

Dalam posting kali ini, saya tujukan kepada mereka yang belum menyertai mana-mana plan Medical Card, apa yang patut anda tahu dalam pemilihan Medical Card?

  1. Anda perlu memilih Produk Medical Card TAKAFUL dan bukan konvensional. Saya telah jumpa ramai pelanggan yang mengambil plan Insurans Konvensional amat menyesal atas tindakan mereka terdahulu yang tidak memeriksa hukum hakam mengambil produk insurans konvensional. Untuk bertukar plan dari insurans konvensional ke Takaful adalah tidak semudah abc, especially bagi anda yang telah mempunyai rekod kemasukan hospital atau disahkan mengalami penyakit kritikal.
  2. Medical Card protection sebagai riders attached kepada produk Investment Link Plan harganya lebih tinggi berbanding Medical Card Stand alone. Dengan itu, jangan terpedaya dengan harga mahal atau murah sesuatu medical card kerana setiap kos murah atau mahal pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
  3. Kos Medical Card naik setiap 3 atau 5 atau 10 tahun (bergantung kepada Takaful operator). Anda perlu tahu kos yang akan dibayar mengikut ‘tiers’ umur, especially bagi anda yang memilih untuk mengambil plan Medical Card Standalone. Namun bagi anda yang memilih plan Investment Link Plan, sekiranya saving dalam tabung anda mencukupi, sebarang kenaikan kos perubatan mengikut tiers umur akan disedut untuk menampung kos medical card tersebut.
  4. Kos Medical Card hangus? Inilah yang selalu disebut-sebut… generally YES.. namun ada juga produk Medical Card Takaful dimana sumbangan bulannnya tak hangus, ada sebahagian dimasukkan ke dalam saving (salah satu contoh adalah plan i-Medic Asas oleh Great Eastern Takaful)
  5. Antara annual limit dan lifetime limit, mana lagi penting? of course annual limit.. namun lifetime limit juga penting. Kedua-duanya perlu seimbang dengan kos rawatan terkini  mengikut tahun semasa.
  6. Ada co-takaful atau tidak? Co-takaful adalah sejumlah wang yang anda perlu bayar, kebiasaannya 10% dari kos rawatan maksimum RM500 (atau RM1k, atau RM3k bergantung kepada Takaful Operator). Medical Card yang mempunyai Co-Takaful kebiasaannya kos sumbangan bulanan lebih rendah berbanding dengan Medical Card tiada co-takaful. Adakah dengan tiadanya co-takaful menjadikan medical card tersebut terbaik? Tak semestinya, anda mungkin terpaksa bayar lebih sumbangan bulanan, atau pengurangan manfaat lain disebabkan oleh tiada co-takaful tersebut.
  7. Dialisis – adakah Medical Card tersebut protect rawatan dialisis, dan sekiranya ya, berapakah limit tahunan atau seumur hidup?
  8. Rawatan kanser pesakit luar, berapa limit tahunan dan lifetime?
  9. Pre and post hospitalisation, berapa hari boleh claim?
  10. Apple to durian comparison…. inilah yang berlaku sekarang ini, ramai yang suka buat perbandingan Apple to Durian….mmmh… agak sukar untuk bandingkan satu persatu medical card takaful di pasaran, kerana percayalah, bila sesuatu produk Medical Card dihasilkan oleh team product Takaful Operator, mereka akan hasilkan yang terbaik untuk pelanggan.

Jadi, apa yang perlu anda pastikan dalam pemilihan produk Medical Card Takaful? 

1. Keutamaan – siapa yang utama perlu dilindungi dalam keluarga, ayah, ibu, anak-anak atau semua sekali?

2. Keperluan – perlu atau tidak medical card? Di manakah anda tinggal? Di bandar? Di Kampung yang jarak Hospital swasta terdekat adalah 200km manakala hospital kerajaan hanya 10km.

3. Kemampuan – inilah yang paling utama, sumbangan bulanan perlu ada komitmen sepanjang hayat, alangkah rugi sekiranya anda memilih plan yang mahal, namun selepas beberapa bulan anda tidak mampu meneruskan plan takaful medical card tersebut.

 

Mana lebih penting, Takaful Operator atau Perunding Takaful? 

Takaful operator terbaik tidak melahirkan 100% perunding takaful terbaik. Lumrah manusia, ada yang ok dan ada yang ko… pemilihan agent amat penting kerana di saat anda memerlukan bantuan, agent yang terbaik pastinya akan sentiasa berada di sisi anda!

 

Bagaimana saya boleh bantu anda? 

Saya bukanlah yang terbaik, namun saya sentiasa cuba untuk membantu rakan-rakan pelanggan semua untuk mendapatkan perlindungan Takaful dengan Medical Card semasa masih sihat dan tidak mempunyai penyakit yang menyebabkan permohonan takaful ditolak. Sekiranya tuan puan serius ingin mencari plan yang mampu milik ikut kesesuaian dan keperluan anda semua, boleh hubungi saya sekarang di talian 019-3726080.

 

Salam Ceria,

Humaizi IFP, 019-3726080

 

Medical Card Takaful

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya telah menyiapkan satu mini web untuk Medical Card Takaful. Harap dengan adanya web ini lebih ramai Muslim akan sedar kepentingan untuk menyertai Plan Takafulyang mempunyai rider Medical Card.

Majoriti pelanggan saya adalah dari kalangan pekerja samada kerajaan atau Swasta yang telah disediakan manfaat oleh Majikan masing-masing. Namun atas kesedaran untuk memiliki Personal Medical Card adalah penting, kerana bagi pekerja swasta, sudah tentu mereka tidak akan bekerja selamanya di syarikat tersebut, jadi boleh katakan mereka ini Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Kita telah mendengar berapa ramai pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan atas sebab ‘Medical Board Out’ dan ini adalah salah satu alasan yang ‘just and cause’ untuk majikan tamatkan perkhidmatan seseorang pekerja. Kebiasaaanya majikan akan membayar pampasan dalam bentuk lump sum kepada pekerja terbabit, namun mampukah wang pampasan tersebut digunakan untuk menampung kos sehingga akhir hayat? Ini adalah salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh anda sebagai seorang pekerja swasta.

Bagi pekerja kerajaan, umum mengetahui kemudahan rawatan hanya available di Hospital Kerajaan sahaja. Agak-agak berapa lama tempoh menunggu  untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan? Sebulan, Dua bulan atau tiga bulan? Lama kan? Namun sekiranya anda mempunyai Medical Card, InsyaAllah boleh terus ke mana-mana Hospital Swasta dan kos rawatan akan dibayar oleh Pengendali Takaful.

Dengan itu, merancang kewangan bukan saja untuk jadi kaya… Kita perlu rancang setiap risiko yang mungkin akan berlaku terhadap diri kita suatu hari nanti. Gaya hidup masyarakat moden, yang tidak merancang kesihatan diri, menjadikan kita lebih terdedah kepada risiko penyakit kritikal. Semoga kita semua lebih bijak dalam perancangan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga.

Inilah dia minisite yang telah saya siapkan dari hasil tangan saya sendiri.. dan anda boleh layarinya di ==>> www.kadperubatantakaful.com

Medical Card Takaful
Medical Card Takaful

 

InsyaAllah, saya dan team akan sedia membantu anda untuk mendapatkan Medical Card Takaful terbaik untuk diri sendiri dan keluarga! Boleh contact saya untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Humaizi, 019-3726080