Keluar Simpanan KWSP Umur 60?

Pada tahun 2014, telah ada ura-ura untuk menaikkan umur pengeluaran persaraan kepada 60 tahun ekoran dari kenaikan minimum persaraan untuk pekerja-pekerja swasta dari 55 kepada 60 tahun. Namun kerajaan telah menetapkan untuk mengekalkan pada usia 55 tahun atas kebimbangan dan kegusaran orang ramai tentang isu ini.

persaraanmalaysia

Semalam, 10 April 2015 satu kenyaataan di keluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.

Shahril memetik kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.

Secara kasarnya kira-kira 70 peratus orang yang mengeluarkan simpanan persaraan mereka sepenuhnya akan pada dasarnya menghabiskan wang dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
“Orang Malaysia kini membuat pengeluaran pertama (pada usia 55 tahun) sebelum bersara penuh (pada usia 60 tahun), dan kami sedang mengkaji isu ini bagi maklum balas dasar yang tepat,” kata Shahril pada taklimat media di sini, hari ini, sempena dengan pengeluaran Laporan Tahunan 2014 KWSP. – BERNAMA

Komen saya:

Saya yakin ramai akan membantah isu ini, kerana rata-rata pekerja swasta mengimpikan untuk bersara pada usia 55 tahun (walaupun realitinya tidak bersedia dari segi kewangan), namun mereka ingin mengeluarkan simpanan pada usia 55 tahun instead of 60 tahun. Secara purata, jangka hayat lelaki di malaysia adalah sehingga usia 72 tahun dan wanita 75 tahun. Buat masa ini, sewajarnya kerajaan masih lagi mengekalkan pengeluaran KWSP pada usia 55 tahun, melainkan ditukar moto simpanan KWSP bukan lagi untuk persaraan, tapi simpanan untuk anak  cucu.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *