Bantu Anak Urus Duit Raya

Kanak-kanak paling teruja menyambut Syawal. Bukan saja mendapat baju, kasut serta persalinan baru, di hari raya kanak-kanak akan menerima duit raya daripada orang-orang dewasa.

Ada yang boleh mengumpul Ratusan dan Ribuan RM duit raya sepanjang Syawal ini dan sudah pastinya anak-anak ini membayangkan beraneka barangan boleh dibeli.

Duit Raya
Sebagai ibu bapa, kita boleh mendidik anak-anak untuk merancang duit raya yang diperolehi bagi mengelakkan mereka menghanguskan duit raya ini. Ibu bapa harus bijak mendidik anak dan sesuailah dengan pepatah mengatakan, Melentur Buluh Biarlah dari Rebung. 

 

1. Peruntukan sedikit mengikut kerelaan anak dalam menyumbang duit raya bagi tujuan KEBAJIKAN atau SUMBANGAN.

Amalan bersedekah mengajar erti besyukur serta prihatin terhadap orang lain. Jumlah serta individu atau badan yang menerima sumbangan biarlah berdasarkan kerelaan anak. Anak akan lebih menghargai dan gembira dapat berbakti golongan memerlukan. 

 

2. Belanjakan sebahagian untuk menunaikan hajat si anak.

Berikan sedikit insentif terhadap anak kerana duit berkenaan adalah miliknya. Hadkan peruntukan berkenaan tidak melebihi satu pertiga jumlah wang raya yang diterima. Andai nilai barang terlalu mahal, ajaklah berunding agar si anak tidak memberontak dan menangguhkan keinginannya tahun depan. 

 

3. Utamakan sebahagian besar kutipan raya bagi tujuan simpanan. 

Sekurang-kurangnya satu pertiga dariapada duit raya perlu disimpan. Tunjukkan simpanan berkenaan setiap tahun dan terangkan kepentingan wang terbabit terhadap anak agar mereka dapat memahaminya. Satu masa apabila simpanan itu dibelanjakan bagi keperluannay, nyatakan manfaat daripada sikapnya menabung setiap kali menerima duit raya mahupun poket.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *