Menyimpan Untuk Pendidikan Anak-Anak

Assalamualaikum,

Bila ada pelabur ingin menyimpan wang, saya akan bertanyakan mereka, ‘apa tujuan Encik/Puan ingin menyimpan wang?”┬áKenapa saya perlu bertanya? Secara jujurnya, saya mahukan satu komitmen daripada pelabur, kerana dengan mempunyai tujuan pelaburan, mereka akan lebih jelas ke mana arah tuju untuk dicapai. Antara tujuan utama pelabur menyimpan wang adalah untuk pendidikan anak-anak untuk memasuki Universiti di usia 18 tahun ke atas.

Percayalah, sekiranya kita tidak mempunyai harta yang banyak untuk ditinggalkan, namun kita meninggalkan anak-anak dengan warisan yang amat berharga, iaitu pendidikan dunia dan akhirat, pasti mereka akan sentiasa mengingati kita sehingga ke akhir hayat mereka atas pengorbanan yang telah kita berikan. Tambahan lagi mereka tidak perlu berhutang dengan PTPTN dan tidak dibebankan untuk membayar hutang selepas tamat belajar dari Universiti.

funny-baby-graduation
Pendidikan adalah warisan yang paling baik untuk diberikan kepada anak-anak kita. Namun pendidikan tinggi memerlukan belanja yang besar. Kos purata membiayai seorang pelajar untuk menuntut selama lima tahun di universiti tempatan adalah RM65,000. Dan untuk menuntut di kolej swasta pula, RM 130,000. Kos ini menjadi tiga kali ganda jika anda menghantar anak menuntut di universiti seberang laut. Tetapi sekiranya kos tersebut sudah cukup tinggi sekarang ini, ia akan menjadi semakin tinggi pada masa akan datang. Dalam masa 18 tahun akan datang, kos menuntut di universiti tempatan akan melompat naik menjadi RM 130,000, dengan kiraan kadar inflasi sebanyak empat peratus setahun. Ringkasnya, kos membiayai pelajaraan pasti tidak kurang daripada enam angka.

Realitinya, tidak ramai antara kita mempunyai wang sejumlah itu. Jarang sekali ada orang yang dapat mengeluarkan buku cek dan menulis cek berjumlah sebanyak itu.

Jadi satu-satunya cara untuk menyediakan wang sebanyak itu adalah dengan menyimpan wang secepat mungkin. Sebaik-baiknya mulai sekarang. Mula dengan menyimpan untuk pendidikan anak-anak mulai sekarang, walaupun anak anda baru dilahirkan 10 minit yang lalu. Jumlah simpanan bulanan pula menjadi jauh lebih sedikit berbanding jika anda lewat mula menyimpan.

Di mana menyimpan wang

Ini bergantung pada tempoh yang ada. Sekiranya anak anda berusia kurang dari setahun, mulakan dari sekarang juga! Anda hanya perlu memperuntukkan sedikit wang setiap bulan! Kenapa mulakan sekarang?

  • RM100 sebulan dengan kadar dividend average 12% selama 18 tahun akan menjadikan nilai simpanan sebanyak RM76,554
  • RM100 sebulan dengan kadar dividend average 12$ selamat 10 tahun akan menjadikan nilai simpanan sebanyak RM 23,234

Penangguhan masa menyebabkan anda perlu menyimpan lebih atau dengan jumlah yang sama, nilai simpanan berkurang atau tidak cukup untuk menampung keseluruhan kos pendidikan!

Ke mana mahu menyimpan? Jika masanya melebihi lima tahun, anda bolehlah melabur wang itu dalam produksi pelaburan yang mendatangkan pulangan tinggi seperti pasaran saham – baik melabur sendiri ataupun menerusi unit amanah. Sebenarnya, unit amanah menjadi produksi yang paling baik untuk tujuan ini kerana ia tidak memerlukan jumlah wang yang banyak. Dengan hanya RM100 sebulan, anda sudah boleh melaburkan wang itu di dalam unit amanah. Lagipun, dengan menggunakan kemudahan autodebit, proses menyimpan dan melabur menjadi lebih mudah.

Tetapi sekiranya anak anda sudah berumur lima belas tahun dan tempoh simpanan hanya tinggal tiga tahun, maka simpanlah wang tersebut dalam produksi yang lebih konservatif, seperti Tabung Haji atau akaun tetap. Anda tidak mampu mengambil risiko memandangkankan tempohnya agak suntuk.

Bertindak sekarang! Rancang untuk menyediakan dana pendidikan dari awal. Segera hubungi Perancang kewangan yang peramah (ehem.ehem.. seperti saya) untuk sama-sama berbincang berapa dana yang patut anda sediakan untuk anak-anak tercinta!

Salam Ceria,

Humaizi, 019-3726080

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *