Rumah Kena Lelong Selepas Kematian Suami

Kisah benar: Rumah Dilelong Selepas Kematian Suami/Ayah.

Apa akan terjadi kepada rumah yang kita diami sekiranya meninggal sebelum sempat selesaikan pembiayaan?
Adakah isteri dan anak anak masih boleh tinggal di rumah tersebut?

Rumah Kena Lelong Selepas Kematian Si Suami

  1. Semak jumlah perlindungan MRTT, cukup menampung keseluruhan baki hutang atau tidak.
  2. Berapa tahun jumlah perlindungan MRTT, adakah sama dengan tempoh pembiayaan atau kurang? Kebiasaannya tempoh pembiayaan 30 tahun namun tempoh MRTT mungkin 10@15 tahun. Apa terjadi sekiranya kematian selepas tempoh pelindunfan MRTT tamat?
  3. Rumah yang full covered oleh MRTT sepeninggalan si suami akan jadi harta pusaka. Akan ada hak waris termasuk ibu dan bapa, atau sekiranya tiada anak lelaki dan tiada bapa, adik beradik lelaki pun akan ada hak ke atas pusaka.
  4. Ini bukan soal takaful sahaja. Yang jumud pemikirannya akan anggap posting ini untuk promo takaful, tapi yang sebenarnya kewajipan kita sebagai muslim untuk merancang kewangan dan pusaka.
  5. Semua orang akan mati, namun majoriti antara kita menafikan hakikat kematian dengan tidak membuat persediaan awal untuk waris terutamanya anak anak dan isteri (isteri) tersayang.

Bersediakah kalian semua?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *