Great Eastern Takaful

Saya sudah biasa menerima soalan dari pembaca blog ini, serta melalui fanpage dan rakan-rakan, kenapa saya memilih untuk menyertai ahli keluarga Great Eastern Takaful? Satu persoalan yang menarik dan saya juga akan menceritakan serba sedikit kenapa saya memilih Great Eastern Takaful. Pertama sekali saya nak ceritakan serba ringkas tentang Great Eastern Takaful Sdn Bhd (GETSB).

GETSB merupakan syarikat usahasama antara I Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad (KAT). GETSB telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Disember 2010. I-Great memegang 70% saham manakala KAT memegang 30% saham dalam GETSB.

Menggunakan pendekatan “Takaful for All”, GETSB menyediakan produk Takaful yang komprehensif untuk semua rakyat Malaysia, termasuk Muslim dan juga bukan Muslim. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut,  sila layari laman web www.i-great.com

Untuk pengetahuan, sebelum di Great Eastern Takaful, saya adalah agent part-time (semasa bekerja) di Prudential Assurance Bhd dan PruBSN. Penghijrahan saya adalah ke sebuah syarikat 100% memasarkan produk takaful kerana saya di bawah naungan Great Eastern Takaful Own Agency. Kami tidak memegang dua lesen iaitu Insurans dan Takaful. Jadi lesen Insurans yang saya pegang sebelum ini saya simpan saja dalam almari kerana saya tidak berniat untuk menyertai mana-mana syarikat Insurans Konvensional lagi.

Alhamdulillah, dengan GETsb, saya boleh membuat recruitment agent-agent baru dan melatih mereka hanya dalam bidang takaful saja. Tidak lagi saya perlu risaukan yang agent saya akan menjual produk insurans konvensional pada masa hadapan. Apabila menyertai Industri Takaful, kita perlu sematkan dalam hati untuk kekal dalam industri ini sehingga akhir hayat. Kenapa? Kita adalah Dai’ kepada Umat Islam, dan kita mempunyai tanggungjawab terhadap pelanggan-pelanggan yang telah kita bawa untuk menyertai plan takaful.

Seterusnya, keluarga Great Eastern Takaful adalah yang paling mesra pernah saya jumpa. Budaya di sini amat menakjubkan kerana apabila kami bertemu, bukan setakat bersalam-salaman, namun peluk ‘arab’ yang menjadikan saya kagum dengan semangat kekeluargaan warga kerja dan agensi Great Eastern Takaful. Jadi tidak hairan semasa apa-apa event dijalankan, kami boleh duduk sama bersembang bersama CEO, Pengurusan Kanan Syarikat, dan mereka banyak ‘mendengar’ masalah dari kami di peringkat agensi yang memasarkan produk takaful.

CEO Great Eastern Takaful

Selain daripada itu, produk-produk Great Eastern Takaful walaupun masih baru di pasaran, namun boleh saya katakan ianya adalah inovatif! Selain dari Produk Investment Link Plan yang boleh disertai dengan harga yang murah namun manfaat yang tinggi, Medical Card Takaful GETsb adalah KALIS INFLASI! Menarik kan?  Malah, untuk produk Takaful Pendidikan, sesiapa sahaja boleh menyertai pelan Takaful ini untuk diwakafkan kepada sesiapa saja yang diingini termasuk anak-anak yatim, anak-anak buah sendiri, cucu cicit dan sebagainya!.

Bukan saja produk Investment Link yang menarik. produk Traditional, seperti Term Takaful dan Endowment Plan membuatkan agent agent tidak akan kekeringan idea untuk memasarkan produk takaful. Sekarang ini alasan tidak cukup bajet tidak lagi menjadi halangan dengan produk Term Takaful i-Great Teras kerana sumbangan bulanan serendah RM25 sebulan pastinya mampu disertai oleh semua orang! Manakala produk endowment pula memberikan pulangan setiap dua tahun sehingga 12.5%.

Sekiranya anda berminat untuk sertai kami sebagai Perunding Takaful bersama Great Eastern Takaful Sdn Bhd, sila DAFTAR di laman web ini http://bit.ly/PerundingTakaful atau anda boleh hubungi saya segera di talian 019-3726080

 

Salam Ceria,

Humaizi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *