Tentang Saya

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog saya. Nama saya Ahmad Humaizi bin Mat Noor. Saya menerima pendidikan awal dan pertengahan di Kelantan dan meneruskan pengajian dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) dan mendapat Ijazah LLB pada tahun 2001 serta  Master in HR Management daripada UUM pada tahun 2010. Memulakan kerjaya di Malaysian Employers Federation selama 6 tahun, seterusnya di Utusan Melayu (M) Bhd, RHB Bank Berhad, Dutch Lady Milk Industries Berhad dan akhirnya di Scope International (M) Sdn Bhd (Subsidiary of Standard Chartered Bank UK Ltd).

Di awal kareer saya bermula tahun 2001, saya bercita-cita untuk menjadi seorang Director atau Head Human Resources. Namun begitu, kita hanya merancang..Allah yang menentukan…walaupun setelah memiliki Master in Human Resource Management dan memegang jawatan Pengurus Kanan, saya merenung kembali apa yang ingin saya lakukan adakah untuk diri saya sendiri tanpa mengambil kira tentang keluarga serta Masyarakat? Apa kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya buatkan orang lain pun akan dapat manfaat darinya?

Rentetan dari itu….saya mengambil satu keputusan untuk menyertai bidang Pengurusan Kewangan secara full time pada tahun 2011. Bidang ini bukanlah baru kepada saya kerana saya telah menyertai Syarikat Takaful semasa belajar di Universiti pada tahun 1998 (semasa itu Takaful Nasional), dan pada tahun 2003 ke Takaful Ikhlas secara part-time dan tahun 2010 Pru-BSN Takaful (part time) dan InsyaAllah, saya akan terus kekal dengan Great Eastern Takaful sebagai Unit Manager sehingga akhir hayat memandangkan saya telah mengambil keputusan untuk serius dalam bidang perancangan kewangan Islam.

Manakala penglibatan saya dalam Unit Trust semenjak tahun 2006 lagi..Jadi.. apabila melihat betapa ramai daripada rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang gagal untuk merancang kewangan mereka, saya telah memilih untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Islamic Unit Trust dan Takaful Consultant.

Alhamdulillah, pada bulan Disember 2012, saya telah lulus Exam Module 6 Islamic Financial Planner yang dikendalikan oleh IBFIM. Jadi, saya kini layak untuk digelar Certified Islamic Finanial Planner (IFP).  Dengan ilmu yang saya pelajari serta pengalaman yang telah saya perolehi, saya amat berharap dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat semua.

Harapan dan doa saya agar perkongsian ini member manfaat untuk anda semua. InsyaAllah

Ahmad Humaizi,  0193726080

Comments are closed