Ramadhan 1412H…alhamdulillah..ku diberi kesempatan oleh Nya lagi

Salam,

Syukur ke atas ilahi kerana mempertemukan lagi aku dengan Ramadhan 1412 H bersamaan dengan tahun 2011 pada 1 Ogos 2011. Tahun ni agak mencabar di bulan Ramadhan, kerana bekerja di tempat baru, Scope International Sdn Bhd (subsidiary of Standard Chartered Bank UK Ltd) amat berlainan daripada employers aku yang sebelum ini.

Bukan ingin membuka complaint, tetapi inilah tanggungjawab yang aku perlu pikul bagi jawatan Senior Manager. Bukan senang, bukan mudah, banyak responsibility yang aku perlu tunaikan. Bukankah ini yang aku mahukan dan ini adalah Visi aku sebelum ini (hehehe..memujuk diri sendiri)

Minggu pertama puasa, cabaran getir adalah berhadapan dengan Audit Team. Selama ini result is always Green-Red, atau Red-Red, pastinya harapan daripada Head HR untuk aku dapatkan Green-Green. Yang pastinya, aku dan HR team lain hanya dapat lakukan yang terbaik, kerana rata-rata kami adalah new joiners yang less than one year.

Apa2 pun, semasa aku menulis entry ini, audit telah selesai semalam, jadi hari ni lega sikit, banyak perancangan yang aku ingin lakukan sebelum pergi block leave pada 26 Ogos -10 September 2011 nanti.

Semestinya di Ramadhan yang mulia ini, aku mendoakan agar Allah memberi kesihatan yang berpanjangan bagi membolehkan aku beribadat kepadanya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku sebelum ini, serta memberikan taufik dan hidayah kepada aku serta kaum keluarga, InsyaAllah.

Setakat ini dulu perkongsian kali ini.

Wasalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments:

  1. Salam,

    Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk membaca blog saudara.

    Saya amat tertarik cara anda menulis dan mengolah setiap peristiwa dan terjemahan menjadi satu bahan bacaan yang menarik.

    Baiklah tujuan saya menulis disini adalah utk mendapatkan sedikit maklumat dari saudara berkenaan dengan bidang tugah di HR. Untuk pengetahuan saudara, saya merupakan seorg pemegang ijazah sarjana dalam bidang HR dari IPTA. Walau bagaimanapun, sepanjang kareer saya selama 10thn saya tidak mempunya pengalaman berkhidmat di HR.Terbaru sekarang saya bertugas di institusi kewangan sebagai exe pembangunan perniagaan.

    Saya ingin meminta pendapat saudara, sekiranya saya bercadang untuk memohon pertukaran unit ke HR, unit apakah yang sesuai untuk saya pohon.

    Sekian terima kasih

  2. kamal, terima kasih kerana sudi membaca posting dlm blog saya. utk pengetahuan, dalam bidang HR, kamal boleh memohon utk masuk dalam recruitment, atau reward/ benefits, atau payrol, atau latihan dan pembangunan, atau perhubungan kakitangan dan perhubungan kakitangan, ataupun IR.

    bergantung kepada minat, IR ni lebih kepada laws..saya lebih suka IR..
    tapi lebih menarik dalam bidang rewards, tapi agak mencabar…

    awak berkhidmat di syarikat mana skrg ni?

  3. Tahniah kerana berkesempatan mencuba tempat baru yang pastinya dapat pengalaman yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *