Bermula Trimester Kedua 2009/2010

Salam,

Minggu ini kelas MHRM, UUM KL telah bermula pada 10-11 Oktober 2009 untuk Trimester Kedua, 09/10. Rasa belum puas lagi bercuti, dan berat rasanya untuk kembali ke weekend class setiap sabtu dan ahad. Nasib baik kami sempat mendapat pembantu rumah baru, iaitu Tini pada hari Khamis lepas. Keadaan rumah pun dah kembali ok, tak adalah lagi menjadi seperti tongkang pecah.

Semester ni aku telah register 4 subjects, iaitu Legal & Ethical in HR, Research & Methodology, HR Development dan juga Managing Change and Communication . Adalah menjadi satu harapan yang besar agar aku boleh mantain 4A untuk 4 subjects sebagaimana semester lepas. Semoga aku berjaya menyambung PHD tahun depan. Insya Allah.

Dalam sibuk dengan perkara seharian, aku pelik betul dengan keadaan badan yang semakin gempal lately, tambah lagi sejak lepas raya. Oleh itu, aku ambil keputusan untuk turunkan sedikit berat badan agar aku dapat berat ideal, iaitu 62-66kg. sekarang ni berat aku 78kg. Kalau Saudari Lydiawani boleh melakukannya, why not aku kan? Nak tahu siapa Lydia? boleh baca cerita dia di Blog Kurus ini.  Aku dah order Jus Mate 5 ni pada 7 Oktober, tapi tak sampai2 lagi la..nasib baik target aku nak mula diet pada 15 Oktober, iaitu selepas jamuan hari raya ofis, kalau tak sure bengang gak sebab barang lambat sampai. Kalau anda juga ingin tahu apa kelebihan just mate 5, boleh layari web www.kuruskanbadan.com

Sebelum saya mengundur diri , saya ingin berkongsi dengan anda tips Mahu diet? Ikut tip ini yang dipetik dari majalah RAPI keluaran 1 April 2009. Mungkin tips di bawah ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

1. ambil kuantiti sayur, buah, makanan berbijiran penuh, dan kekacang. Makanan seperti ini mengandungi kuantiti tenaga yang kurang padat sekaligus membantu anda untuk merasa kenyang dalam tempoh masa yang lama.

2. Daging kurang lemak, ikan, produk tenusu kurang lemak dan lain-lain jenis protein diambil dalam kuantiti sederhana. Makanan jenis protein paling berkesan untuk memberi kesan mengenyangkan.

3. Jika anda mengambil snek atau makanan ringan secara kerap, anda dapat menakan makan secara keterlaluan (jumlah makanan yang diambil tidak banyak)

4. Berdiet ada masanya akan membuatkan seseorang itu terpaksa menahan diri dari mengambil makanan yang mereka gemari. Tidak elok begitu, ada masanya anda harus memberi ruang kepada diri sendiri. Ambil makanan yang anda inginkan dalam kuantiti yang sedikit, sekadar merasa. Kemudian, teruskan diet anda tanpa rasa bersalah.

5. Jumlah makanan yang diambil harus disukat. Jika anda risau terlupa diri, lebih baik minta bantuan rakan untuk mengawasi sukatan makanan anda. Pastikan anda berpegang kepada prinsip dan tidak mudah goyah dengan ‘godaan’ makanan yang ada di sekitar anda.

Wassalam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *