Best Sangat Ke Kerja Sendiri Tanpa Majikan?

Pekerja

Assalamualaikum…

Sebenarnya telah lama saya berhajat untuk menulis satu posting yang saya kira amat menarik untuk ditatapi oleh para graduan yang baru keluar Universiti, atau juga para pekerja yang inginkan kebebasan. Oh ya..kebebasan..itulah yang saya cari selama-lama ini. Setelah 10 tahun bekerja, bermula dengan enam tahun pertama di Malaysian Employers Federation, kemudian masa yang singkat dengan beberapa Majikan, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad, RHB Bank Berhad, Dutch Lady Milk Industries Berhad dan finally dengan Scope International (M) Sdn Bhd membuatkan saya sentiasa mencari-cari apa erti kebebasan yang sebenar dalam setiap jawatan yang saya pegang.

Setiap kali saya melangkah ke syarikat baru, jawatan yang saya pegang adalah lebih tinggi. Setiap majikan janjikan kebebasan untuk membuat sesuatu keputusan atau tindakan..tetapi secara hakikinya..kebebasan adalah bersyarat..kenapa? Sebab setinggi mana jawatan seorang pekerja di Syarikat, even CEO atau Managing Director..syarikat tersebut adalah bukan kepunyaan mereka, dan mereka masih bertanggungjawab kepada Board of Directors atau pemegang saham. Jadi…bebas sangat ke untuk seseorang pekerja even no. 1 di dalam syarikat untuk buat keputusan atau melakukan sesuatu hal ikut kehendak dan keperluan beliau? Kebebasan mungkin ya..tetapi ianya adalah bersyarat..saya pasti kalau anda pernah melalui alam pekerjaan.anda akan faham apa maksud saya…

pekerja

kerja sendiri berikan kebebasan

Dengan itu..apalah kita setakat memegang jawatan Senior Manager..yang masih lagi report kepada Head of Department..setakat mana kebebasan yang kita punyai walaupun bergaji besar? Jadi..jika anda seorang yang inginkan kebebasan bukan saja dari segi membuat keputusan serta kebebasan lain seperti masa serta waktu kerja…anda perlu fikirkan..adakah kita berada di quadrant yang selesa atau sebaliknya.

Tidak dinafikan ramai yang tidak suka menghadap kesesakan lalu lintas, bos yang suka mengambil kesempatan, rakan sekerja yang menjengkelkan, gaji kecil dan segala macam sebab. Hari-hari mengeluh mengenangkan nasib. Belajar berbelas-belas tahun, apabila sudah mendapat ijazah, berusaha pula berhempas pulas untuk menjadikan orang lain kaya.

Adakah ia satu tindakan yang bijak? Sedangkan Rasullah s.a.w pernah berkata bahawa 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, tetapi ramai yang masih bergantung pada 1 punca rezeki! Islam menggalakkan umatnya untuk berniaga kerana perniagaan itu tidak kiralah kecil atau besar mampu mengubah hidup seseorang dari kehidupan biasa-biasa kepada kehidupan “luar biasa”. Lihat sahaja contoh isteri nabi iaitu Siti Khadijah merupakan seorang peniaga yang kaya-raya.

Orang yang paling bahagia dan paling puas adalah mereka yang mempunyai perniagaan mereka sendiri. Mereka memiliki kebebasan masa dan wang. Mereka yang berjaya dalam perniagaan terdiri dari mereka yang bekerja keras. Sekiranya seorang pekerja boleh mendedikasikan bertahun-tahun hidup pada sebuah syarikat, hakikatnya pekerja itu sendiri tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada syarikat itu seperti perubahan pengurusan, syarikat diambil alih oleh bos lain dan pertukaran polisi dll. Perkara ini akan memaksa perubahan mendadak pada diri pekerja itu tanpa diduga. Begitu juga dengan bekerja sendiri. Risiko untuk menghadapi persaingan, perubahan, kegagalan dll itu sebenarnya lebih kurang sama dengan bekerja sendiri!

Ok, ini adalah serba sedikit perkongsian dari saya berkenaan dengan bekerja sendiri…best atau tidak bekerja sendiri..adalah bergantung kepada anda..Sekiranya anda seorang yang kreatif, inovatif, serta inginkan pendapatan yang kita sendiri set kan…anda perlu keluar dari kepompong makan gaji dan bekerja sendiri…bila anda seorang yang kreatif dan inovatif..anda akan jadi seorang Marketing Genius…apa-apa produk yang anda ingin pasarkan pasti membuahkan hasil yang lumayan!

Namun begitu, jika anda seorang yang takut akan cabaran, takut akan kegagalan, sentiasa negative dalam kehidupan, anda tidak bercita-cita ingin menjadi jutawan kerana ingin bantu kaum keluarga yang kurang berada, anda lebih suka menerima arahan daripada ketua…sebaiknya anda kekal sebagai seorang pekerja. Sesungguhnya..tak semua orang boleh buat business…sebab tu ramai yang gagal..gagal..gagal..makin gagal..then mereka give up dari buat business…bila mereka give up..sebenarnya..itulah kegagalan yang hakiki..jadi, dari ambil risiko sebegini untuk orang-orang dalam kategori ini…baik mereka hanya menjadi pekerja, sebab kami juga perlukan orang yang taat setia sebegini untuk jadi seorang pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Bagi sesiapa yang ingin jadi seorang marketing genius dalam membina perniagaan, saya sedia menjadi mentor anda, InsyaAllah..pengalaman bekerja di Syarikat selama 10 tahun+Internet Marketing selama lebih kurang 4 tahun….saya kini ingin melangkah ke hadapan dan ingin membantu anda yang ingin berubah dengan membina perniagaan dalam bidang kewangan. Perniagaan ini memerlukan modal kurang dari RM300, namun ganjarannnya..unlimited!!!

Salam kejayaan,

Humaizi
0193726080

 

Pekerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *