Bila Aku Nak Siapkan Thesis Master ni?

Salam,

Hati ku gundah gelana, hatiku resah, hidup tak tenang, serabut, tension, itulah yang boleh digambarkan perasaan daku kali ini. Bukan sebab kerja, bukan sebab famili, tapi selagi aku tak siapkan thesis aku yang bertajuk ‘determinants of workplace deviance in food industry Malaysia’ selagi itulah hati ku tak akan tenang. Perancangan aku untuk mula tulis thesis pada bulan February 2010 hancus, apa taknya, bulan februari amat la sibuk sekali dengan program kerja. Maklumlah, ini lah realiti yang perlu aku hadapi, sebagai seorang pekerja, aku perlu tunaikan tanggungjawab kerja di ofis, bukannya boleh buat kerja lain termasuk thesis di ofis!!! betul tak?

Club Med Cherating
Club Med Cherating

Bulan februari berlalu begitu saja, maksudnya zero result for thesis. tapi bulan februari ini memberi satu kenangan juga dalam hidup aku, heheh..kerana kali ini kami HR department di Dutch Lady Malaysia telah berkunjung ke Club Med Cherating for HR Away Day, untuk setting objective for the year 2010. alangkah indahnya pantai Cherating, serta pemandangan di dalam kawasan club Med.

Kami HR Department berkunjung  ke Club Med pada 10-12 Feb 2010. Bagi pandangan aku, program seperti ini amat bagus kerana boleh merapatkan hubungan antara staff dan boss, apatah lagi bagi ‘set’ objectives yang kami semua akan bekerjasama pada tahun 2010 untuk mencapainya.

Apabila kami tiba di Club Med, layanan yang diberikan amat baik sekali, dan berada di sana seperti bukan berada di bumi Malaysia, apa taknya, majoriti pengunjung adalah mat salleh, dan tiada sorang pun dari kalangan melayu, melainkan beberapa kerat kami dari Dutch Lady sahaja!!!. Agaknya melayu tak suka datang ke Club Med kerana Jamban (toilet) dalam resort tak ada paip!!! dah la ventilation system tak bagus, semerbak harum satu bilik kalau ada pelaburan datang dari ibu pejabat ‘ASB’ !!!

Kunjungan kami amat bertuah pada hari itu, bukannya sahaja kerana layanan yang mesra, tetapi kerana HR Director, Mazri amat berbaik hati memberikan kami peluang untuk bersuka ria di petang hari ke dua kami di Club Med. Di kesempatan itu aku, Emily, Rosli, Rajan, Din, Izam serta Betty mengambil kesempatan untuk private beach club med, dengan harapan kami boleh ‘sailing’. Malangnya, kami tak buat tempahan awal, jadi kami hanya boleh posing sahaja, itu pun jadilah.

Jejaka Idaman HR Department Dutch Lady
Jejaka Idaman HR Department Dutch Lady

Kami tak mandi di pantai, maklumlah, masing-masing nak menjaga aurat…heheh…sebenanrnya…kami tak ada kesempatan nak mandi pun kat pantai tu..dan aku memang tak sanggup nak membakarkan diri ku dengan kepanasan pantai cherating.

Jejaka Hensem Di Pantai Cherating
Jejaka Hensem Di Pantai Cherating
Wajah Ceria Menunggu Ketibaan Makanan
Wajah Ceria Menunggu Ketibaan Makanan

Sepatutnya program malam kedua di Cherating, sambung meeting, tapi, boss buat announcement di Thong Juan restoran malam tu acara bebas!!! Oh ya..malam tu kami tak dinner di resort, coz nak cuba seafood di restoran yang dikatakan agak terkenal di Kemaman, iaitu Thong Juan.

Selepas makan di Thong Juan restoran, kami yang menaiki Rexton kononnya nak ambil angin di pantai cherating, tapi bila sampai ke pantai, takut la pulak nak turun dari kereta, memandangkan area kat sana gelap gelita. Then kami balik ke Club Med, sebab di club Med lagi happening!!! Pasti aku tidak lupakan minuman Virgin Chi Chi, Baby monkey, Monkey Juice Club Med. Kami lepak sambil minum (bukan arak ya!!!) dan melihat telatah dan karenah pengunjung-pengunjung Club Med. Then aku realise, banyak program yang mereka design memang untuk kids. Jadi bagi sesiapa yang bawa anak2 ke Club Med, memang untung, sebab boleh participate dalam banyak program yang telah dibuat oleh organizer.

ok, berbalik kepada cerita Thesis aku, doa ku semoga Allah kuatkan semangat aku untuk siapakan thesis ni. banyak lagi yang aku perlu lakukan, tapi tak tau nak mula di mana!!! Hari ni dah masuk 4 Mac, maknanya aku ada dalam masa sebulan saja lagi untuk siapkan first draft. Semoga aku berjaya!!InsyaAllah.

2 Comments

  • Nesti bos untuk HR ni sporting kan bro. Actually bro Humaizi kerja di company mana ya ?

  • saya kerja di Dutch lady Milk Industries Berhad. Boss memang sporting dan amat baik sekali.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *