Cerita Drypers di Tesco

Salam,

Aku rasakan perlu untuk luahkan perihal Tesco iklankan barangan murah di dalam Akhbar2 Utama. Ini bukan kali pertama aku lalui. Semasa deepavali tahun ni, dua hari berturut-turut aku ke Tesco untuk beli Drypers yang diiklankan dengan harga RM30.89 untuk satu pek. Hari pertama aku pergi, semua stok habis. Malangnya aku tak ambil gambar sebagai bukti.

Ok, fine, aku ingatkan sebab aku pergi dah lewat petang, so memang orang dah beli semua. Then next day, seawal jam 830am, aku dah tercacak di Tesco Extra Cheras untuk beli Drypers Size L dengan harga promosi, malangnya, semua rak kosong!!!

Tak apalah Tesco..kali ni aku tertipu dengan iklan kau….tapi aku tak bodoh..pemergian aku ke tesco untuk beli Drypers saja..jadi aku tak beli pun barang-barang lain kat situ…padan muka Tesco..tak dapat duit dari aku pun..hahah..

Kesian Manufacturer,Kena Bayar Untuk Masuk Iklan Ini,Tapi Barang Tak Ada Kat Shelves Pun
Kesian Manufacturer,Kena Bayar Untuk Masuk Iklan Ini,Tapi Barang Tak Ada Kat Shelves Pun

Hari ini..aku ke Tesco lagi sebab Siti nak beli hadiah untuk acara perpisahan di sekolah dia esok. Memandangkan aku terbaca dalam The Star hari ini harga Drypers agak murah, iaitu RM30.89, aku fikir oklah untuk ke sana lagi, sambil beli hadiah tu, sambil beli Drypers.

Untuk rujukan, aku ada ambil gambar iklan tesco hari ini, 20 November 2010, dalam The Star. Kalau korang nak tahu, iklan kecil-kecil ni bukan Tesco yang tanggun kos keseluruhan, mereka akan caj manufacturer ikut size.

Berapa mereka caj aku tak pasti la..tapi aku rasa pasti mahal sebab nak masuk dalam paper yang tersohor macam The Star hari Sabtu yang mencecah circulation dalam 300k.

Tapi kalau korang tengok betul2…kadang2 dalam paper ni Tesco atau Giant gak yang untung..sebab mereka selitkan juga produk jenama mereka sendiri..hahah..really good business in marketing products.

Gimik Semata-Mata..Rak Drypers Kosong
Gimik Semata-Mata..Rak Drypers Kosong

Ok, berbalik kepada cerita  di Tesco Extra Cheras hari ini, seperti yang aku jangkakan, rak yang menempatkan drypers kosong. Tak ada tinggal even satu pek pun. Yang berbaki hanya Drypers yang tak ada promotion.

Pada pandangan aku, ini adalah gimik perniagaan semata-mata. Kalau sekali aku pergi rak kosong tak kisah la..ini dah kali ke tiga..promosi pada minggu berlainan. Kenapa pasaraya besar perlu buat gimik sebegini? Untuk dapatkan customer datang beli barang yang kononnya murah giler..tapi at the same time…beli la gak barang-barang lain yang harga lebih kurang sama saja dengan pasaraya kecil, atau dalam pasar….

Ok..kali ini aku tak beli apa2 pun di Tesco…then aku menuju ke Giant untuk beli tuala dijadikan hadiah untuk acara sekolah taman desa. lalu aku ingat..eh.ada juga iklan dalam The Star hari ini…harga Pet Pet di Giant hanya RM30.89 juga…dan kualiti Diapers Pet Pet pun lebih kurang sama dengan Giant.

Nak kata jarak Tesco Extra Cheras dan Giant Taman Connaught dekat sangat tu tak la juga…aku agak dalam lebih kurang 10km gak la..biasalah jalanraya di Bandaraya KL ni..pusing2 ke sana ke mari..walhal dah nampak logo Giant..kalau kereta boleh terbang, mungkin boleh terus terbang dari MRR2 ke Taman Connaught…heheh..

Nampaknya aku tak hampa di Giant…terdapat banyak stok Diapers Pet Pet di Giant..thanks to Giant sebab iklan korang bukan sekadar gimik semata-mata macam Tesco….so..aku puashati…heheh..terus borong tiga pek Pet Pet…rasanya boleh bertahan dalam 2-3 minggu aja..ya la..untuk Jauzil dan Jauni..dua-dua ni pakai size L..

Ok la..ini je la citer aku yang tak best untuk coretan hari ini. Harap korang dapat layan je la luahan hati ku ini..

Wassalam

2 Comments

  • Tak jugak Humaizi… Biasa kalaulah ada iklan macam tu, kalau kat Ampang atau Selayang ada la… Anak aku pun pakai Drypers. Tapi ada jugak sekali sekala tu memang habis…

  • Aedy,mungkin sebab Tesco Extra cheras ramai pengunjung..itu yang cepat habis..or.mungkin allocation utk tesco extra sedikit..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *