Coretan Terakhir di Bulan April

Laju betul masa berlalu. Hari ni dah masuk 30 April 2010. maknanya beberapa hari lagi aku akan berhadapan dengan Final Exam MHRM. Begitu kalut aku rasakan. Mana taknya, setiap semester aku ambil 12 credit hours, atau 4 subjek. DanĀ  semester ini lah aku rasa paling tertekan, kerana aku selain daripada subjek 6 credit hours, aku perlu siapkan thesis/ dissertation untuk 6 credit hour lagi.

Aduh..penatnya…di ofis terpaksa berhadapan dengan kerja…di rumah lak..bukan boleh concentrate 100% dengan study..anak2 manjaku..Haziq, Jauzil dan Jauni pasti nak juga ‘main’ dengan abah ni…

walau apa pun, aku tetap bersyukur kerana Allah mengurniakan aku kesihatan yang begitu optimum, di mana aku boleh belajar tanpa apa2 gangguan dan tidak sakit serta demam. Juga pengorbanan isteri yang tercinta, memahami aku yang amat ‘stress’ sekarang ini kerana berhadapan dengan banyak perkara dan deadline yang perlu disiapkan.

Kali ini aku tak mahu menulis panjang, sebab aku mahu simpan cerita-cerita Passion For Blue sessi April 2010 semasa mendaki Gunung Datuk, Rembau baru-baru ini selepas aku siapkan thesis nanti. banyak cerita yang aku mahu kongsi, terutamanya pertama kali pengalaman mendaki gunung, walapun tak setinggi mana, tetapi ianya tetap tinggi bagi orang yang pertama kali seperti aku ini.

ok, setakat ini saja coretan aku kali ini, dan doakan semoga aku berjaya score semua A lagi dalam subjek terakhir, serta boleh siapkan thesis sebelum 16 Mei 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *