Hijrah 2011: Dari Seorang Pekerja Kepada Usahawan

Salam,

Setelah 10 tahun bekerja makan gaji, aku mengambil keputusan untuk melepaskan diri daripada kongkongan majikan dan memulakan kehidupan sebagai seorang usahawan full time. Mungkin bagi sesetengah orang akan pelik, kenapa aku sebagai seorang graduan LLB tahun 2001, serta baru mendapat Master HR Management pada tahun 2010 sanggup melepaskan kerja sebagai seorang Senior Manager untuk menjadi seorang usahawan? Bukankah itu satu risiko?

Menjadi Usahawan Anda Basan Untuk Tentukan Masa dan Wang Yang Diingini

Memang ini adalah satu risiko..namun, setiap risiko pasti ada habuannya kalau kita betul-betul tahu bagaimana untuk menguruskan risiko tersebut. Bagaimana seorang pekerja boleh kurangkan risiko untuk menjadi full time enterprenuer/ netprenuer?

Nak berhenti  kerja boleh..tapi mulakan pendapatan sampingan anda terlebih dahulu..Sebab tak semua perniagaan boleh terus  Berjaya..unless.anda ada simpanan berjumlah 12 bulan gaji bagi membolehkan anda menampung kehidupan setelah memecat majikan anda.

Setuju atau tidak..siapa yang ada option..pasti tak ingin kerja dengan orang kan? Especially..bila kerja…KPI la..expectation boss la..kena jaga hati boss…politik situ..politik sana..dan yang paling tak tahan…kalau buat macamana pun..tak ada manusia yang akan puashati dengan kerja kita…

Berbalik kepada persoalan..kenapa aku sanggup berhenti? Terus terang aku katakan…aku konfiden untuk berhenti kerja kerana Internet Marketing..aka business online yang telah aku ceburi sejak 3 tahun lepas…kalau baru nak mula business…ish…tak berani la aku nak ambil risikok gak..

Moral of the story kepada sahabat2 yang ingin jadi usahawan…cari bakat anda sekarang…dan tanya..adakah bakat dan minat anda itu boleh hasilkan duit? Kalau ya..itu peluang untuk anda jadi usahawan suatu hari nanti!

Ok…back to the real story…aku ingin bekerja sendiri..kerana Semangat bekerja untuk diri sendiri…sifat manusia..hanya melakukan yang terbaik sekiranya melakukan sesuatu untuk  diri sendiri, terutamanya dalam dunia pekerjaan. Suka atau tidak, lebih daripada separuh pekerja mempunyai ransangan berikut sepanjang karier mereka “ini bukan syarikat saya, kenapa saya perlu bersungguh-sungguh”

Seterusnya..saya inginkan kebebasan…kebebasan untuk menentukan masa sendiri..serta kebebasan untuk menentukan berapa RM ingin dijana setiap bulan!!!

Sekiranya diberi pilihan, ramai yang inginkan kebebasan dalam pekerjaan. Mereka tidak mahu terikat dengan formality yang mengusahakan dan rutin yang sama setiap hari. Namun hasrat itu terpaksa dilupakan selagi anda bergelar sebagai pekerja. Lebih teruk lagi, kalau anda terpaksa bekerja kerana TERPAKSA. Tiada pilihan lain lagi walaupun kerja yang anda lakukan tidak sesuai dengan jiwa anda.

Bagi pekerja, apa yang nak anda lakukan selepas umur persaraan, iaitu sekarang ni 55? Nak sambung bekerja secara kontrak atau mulakan perniagaan? Terus terang saya katakan, di usia tersebut, amat berisiko untuk berniaga, tambah lagi sekiranya anda menggunakan dana KWSP untuk memulakan perniagaan. Jadi, untuk mengurangkan risiko kerugian atau perniagaan tak jalan, langkah terbaik adalah dengan menjebakkan diri dalam perniagaan dari awal-awal lagi.

Last but not the least, anda sukakan cabaran? Bagi mereka yang gemarkan cabaran, berinovatif dan kreatif, keusahawanan adalah bidang terbaik untuk anda. Golongan sebegini tidak boleh terikat dengan dunia pekerjaan yang akan mengongkong kebebasan berfikir dan semangat juang. Apabila mereka menjadi usahawan, mereka dapat memaksimumkan sepenuhnya idea dan keberanian dalam menterjemahkan serta melakukan setiap perkara. Mereka akan mendapat kepuasan yang sebenarnya dalam hidup!

Anda ingin berhenti kerja seperti saya?  Cuba Tanya diri anda..apa hobi aku ya? Sekiranya anda buat sesuatu yang anda minat/ suka, pasti jalan untuk Berjaya lagi pantas, dan anda boleh harungi segala cabaran dan dugaan dengan tidak penuh positif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments:

  1. jauh disudut hati ni,,saya pun ingin berniaga. still mencari speciality saya.

  2. Kamarul…InsyaAllah..kalau kita tetapkan matlamat..study tentang minat kita, buat action..boleh berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *