Jus Tok Guru

Salam,

Saya bukan promoter Jus Tok Guru, nak bercerita kenapa saya ingin mengamalkan produk Jus Tok Guru. Sejak kebelakangan ini, saya rasakan ingatan saya makin tak ‘sebijak’ seperti suatu masa dahulu, dan yang saya paling risau adalah bila saya tak lagi ‘pick up’ untuk follow up kerja-kerja seharian di ofis.

Banyak perkara yang saya perlu ingatkan ‘rakan-rakan’ di pejabat tentang ‘outstanding work’. Kadang-kadang saya terlupa dek kerana kesibukan tugasan seharian, inilah yang merisaukan saya, kot-kot akan menjejaskan prestasi kerja.

Mulalah saya terfikir untuk mencari produk yang bagus (kalau boleh bukan produk MLM, sebab produk MLM ni iklan aje yang lebih). Justeru, saya ke Shamensi Bdr Tun Razak, sebelah Pak Aji, dan mencari produk yang terbaik untuk kesihatan otak. Bila saya baca penerangan tentang Jus Tok Guru, saya tertarik, sebab tagline produk ini adalah 8 Makanan Terbaik Di Dunia!!!

Ya.memang betul kerana Jus Tok Guru mempunyai: Delima, Kurma,  Zaitun,  Za’faran,  Buah Tiin, Habbatus Sauda’, Madu, dan Kismis

ok, saya ingin cuba dulu produk ini, dan sekiranya ada apa-apa perubahan yang memberangsangkan, saya akan kongsi dengan anda lagi selepas ini.

Salam Ceria,
Humaizi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *