Kelahiran Akram Jauni

Hari Sabtu, 11 Julai 2009 kandungan Siti dah masuk 37 minggu. Lewat petang Siti sudah mengalami ‘mild’ kontraksi. Malam tersebut makin kuat kontraksi yang dialami dan kami merasakan sudah hampir sangat Jauni ingin melihat dunia ini.

Hari Ahad, 12 Julai 2009, aku tidak dapat menghadiri kelas Industrial Relations di UUM, KL. Kami ke Hospital An-Nur Bangi dan setibanya di sana Siti di bawa ke wad bersalin jam 10.00 pagi untuk dibuat pemeriksaan.

Agak pelik kerana kontraksi makin berkurang, sepatutnya makin kuat sebagai satu petanda untuk kelahiran. Selepas diperiksa, baru buka 2 cm rupanya. Doktor Khamsiah Muda menasihatkan agar Siti masuk wad terlebih dahulu, dan kalau tak bersalin lagi pada hari ini, Dr Kam akan pecahkan air ketuban keesokan hari.

Sepanjang hari aku menunggu di Hospital An-Nur Bangi, dan pulang lewat malam memandangkan suami tidak dibenarkan ‘stay overnight’ di dalam wad tersebut. Sesampai di rumah, Jauzil dan Haziq menyambut ketibaan aku dengan penuh ceria. Tak sangka Jauzil akan mendapat adik dalam masa yang singkat.

Hari Isnin, 13 Julai, Jam 4.40am, Siti memaklumkan kepada aku kontraksi makin kuat. Terus aku bergegas ke Hospital Annur, hanya sempat mandi kerbau saja. Setiba di sana, kontraksi nya makin berkurang..eh pelik gak..camna ni….boleh ke Siti bersalin hari ini?

Jam 8.30am 13 Julai, Siti di bawa ke bilik bersalin. Siti diberikan ubat agar mengalami kontraksi yang lebih kerap.  Kali ini, Siti memilih untuk mengambil epidural, bagi mengurangkan kesakitan dengan harapan dapat memberikan tenaga sepenuhnya semasa meneran baby untuk keluar nanti. Jam 10.00am,  Dr Kham datang  dan pecahkan ketuban Siti agar lebih terbuka ‘jalan keluar’ baby nanti, dan dia jangkakan Siti akan bersalin dalam pukul 2.00pm.

Aku sempat lagi masuk mobile facebook untuk update latest info tentang Siti dan aku di bilik bersalin, dan ramai yang memberi kata-kata semangat kepada kami. Di kala itu juga Siti sempat memohon maaf atas segala salah dan silap. Ketahuilah…Siti tak pernah melukakan Hati aku..Siti adalah seorang yang begitu baik..tak mungkin ada kesalahan yang perlu aku maafkan.

Kesan epidural amat menakjubkan, Siti kata tak rasa sakit langsung. Apa yang dirasai hanyalah pergerakan baby dalam perut sahaja. Namun bidan dan jururawat memaklumkan apabila tiba masanya, Siti tetap akan sakit di perut dan rasa ingin ‘meneran’ seperti baby ingin keluar. True enough, jam 11.40am, Siti mula rasa seperti Baby ingin keluar, tetapi tak sakit. Apabila diperiksa, bukaan sudah penuh dan tibalah masanya untuk Dr Kham dan Jururawat membuat persiapan untuk menyambut kelahiran baby Jauni.

Dr Kham bertanyakan samada aku ingin menyambut kelahiran Jauni. Alamak….aku tak berani la…takut menggeletar tangan jatuh baby la pulak..Dr kata ok, tapi aku perlu potong tali pusat baby…dan aku tak sangka Dr Kham minta aku get ready dengan kamera untuk shooting proses kelahiran Jauni, nasib baik ada Sony Ericsson K810i dan juga PDA Asus565 di dalam poket.

Hanya tiga kali meneran, kepala Jauni telah kelihatan keluar…dan aku rasa amat terharu dengan anugerah Allah…

Dan lahirlah Akram Jauni ke Dunia tepat jam 11.58am, 13 Julai 2009. Kalau abang-abang Jauni semuanya lahir di waktu malam, Jauni keluar ke dunia mengambil berkat nama dia sendiri, Siang…Iaitu Siang yang Mulia..Akram Jauni..InsyaAllah..13 Julai adalah satu detik siang yang mulia.. lahirnya seorang Khalifah Allah di muka bumi ini.

Dengan tangan yang menggeletar, Abah memotong tali pusat Jauni. Abah begitu hiba dan terharu dengan kelahiran putera ke tiga Abah, Akram Jauni. Tangisannya begitu kuat, dan setelah diperiksa oleh jururawat, alhamdulillah, Jauni tidak mengalami apa-apa masalah. Jauni di bawa keluar untuk dimandi dan dibersihkan.

Selesai dibersihkan Jauni, aku membawanya ke dalam bilik bersalin untuk diazankan dan di iqamat di hadapan siti. Terasa hiba dan ingin jatuh air mata ketika mengazankan Jauni di telinga kanan. Aku amat bersyukur dengan kurniaan Ilahi yang tidak ternilai jika dihitung.

Harapan Abah dan Umi agar Jauni akan menjadi seorang insan yang bertakwa, dan sesuai dengan namanya, menjadi seorang yang mulia bukan sahaja budi pekertinya, malah dari segala sudut. Semestinya Jauzil akan gembira kerana mempunyai adik yang sebaya (beza 1 tahun 5 bulan), dan sudah tentu Jauzil dan Jauni akan membesar bersama-sama nanti.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Dr Khamsiah Muda serta Team jururawat dan bidan. Kalau diminta untuk beri bintang kepada servis mereka, aku berikan 5 bintang…Sesiapa yang nak bersalin, pasti tak akan menyesal dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Dr Kham serta nurses.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments:

  1. assalamu’alaikum wrt..
    slm tahniah salam mabruk dr kami sekeluarga atas kelahiran ini.. moga sentiasa diberkati selalu.. boleh geng dgn ahmad tsaqif amsyar lah ni.. 😉

  2. Salam g,

    rupa Jauni ni macam haziq je.

    Alhamdulillah, semua selamat.

  3. sangat chumil jauni..

  4. As’kum
    Tahniah kerana mendapat seorang anak. Saya cadangkan, kalian membuat persediaan menjaga kesihatan keluarga dgn meluangkan sedikit masa membaca artikel kesihatan yg boleh mendatangkan manfaat untuk seisi keluarga:

    Persiapan Penjagaan Kesihatan

    Semoga berjaya. Tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *