Kelahiran Hafiy Hamzi bin Ahmad Humaizi

Salam,

Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurniaan rahmat memberikan seribu kenikmatan dan kesenangan kepada kami sekeluarga. Pada 3 Januari 2011 (Isnin), lahirlah anak ke 4 kami, juga merangkap putera ke 4, pada jam 1.52 pm di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dan disambut oleh Dr Khamsiah. Berat Hafiy semasa lahir adalah 3.2kg, dan jauh berbeza dengan berat abang-abang dia semasa lahir iaitu, Haziq (2004 : 2.6kg), Jauzil (2008: 2.8kg) dan Jauni (2009: 2.5kg). Syukur kerana Siti tidak mengalami apa-apa komplikasi semasa proses kelahiran, begitu juga dengan anak-anak sebelum ini.

MasyaAllah, begitu ajaibnya kuasa Allah, seorang bayi yang baru lahir dari perut Ibu, iaitu Hafiy Hamzi
MasyaAllah, begitu ajaibnya kuasa Allah, seorang bayi yang baru lahir dari perut Ibu, iaitu Hafiy Hamzi

Kelahiran Hafiy pada 3 Januari amat bermakna sekali kerana pada hari ini adalah hari pertama bekerja pada tahun 2011, serta Hari Pertama abang sulung Hafiy, Ahmad Haziq memasuki sekolah Tahun 1. Walaupun Haziq bersekolah di tempat Umi mengajar, hari pertama Haziq tiada siapa menemani, kerana Abah berada di bilik bersalin menenami Umi di saat melahirkan Hafiy ke dunia ini. Semasa meninggalkan Haziq di sekolah di awal pagi, rasa sebak juga, sebab melihatkan murid Tahun 1 yang lain semuanya ditemani parent, melainkan dia seorang. Nasib baik Haziq pernah dilatih untuk berdikari semasa belajar di Tadika Islam Pekan Sungai Besi, serta Smart Reader Bandar Tasik Selatan.

Kelahiran seorang anak dari perut ibu memerlukan satu pengorbanan yang amat besar kerana ibu terpaksa bertarung dengan nyawa antara hidup dan mati. Dengan itu, aku amat menghargai pengorbanan seorang isteri tercinta yang menanggung kesusahan untuk ‘carry’ kandungan selama 38 minggu. Pelbagai cabaran ditempuhi semasa tempoh tersebut dan kemuncaknya apabila saat-saat melahirkan anak. Syukur kepada Ilahi kerana memberi keselamatan dan mempermudahkan proses kelahiran anak-anak kami.

Hari Pertama Hafiy Hamzi
Hari Pertama Hafiy Hamzi

Tahun ini aku tidak mengambil cuti yang agak lama, as compared to previous babies, sebab annual leave di Dutch Lady hanya 16 hari, berbanding RHB Bank 22 hari, di mana masa kelahiran Jauni, aku bercuti dua minggu selepas kelahiran. Cuma kali ini, hampir dua minggu gak la aku di rumah, sebab last week (end December 2010), aku habiskan cuti tahun 2010, dan minggu ini selamat tiga hari. Lagipun, kerja di ofis menunggu aku, sebab tiada siapa yang akan melaksanakannya melainkan aku yang seorang ini saja, coz temporarily aku masih belum mendapat pengganti lagi bagi jawatan Eksekutif HR. Kelam kabut juga dibuatnya bila cuti panjang macam ini. Nak buat mcmana, bukan nya makan angin pun, lagipun kami ini ibarat tidak berada di bumi Malaysia, kerana tiada siapa di KL ini, hanya bibik yang menemani kami menjaga anak-anak di rumah. Inilah susahnya apabila keluarga jauh di kelantan, kerana mertua ku pun ada komitmen tersendiri jua. Aku memahaminya dan sudah biasa kerana kami sudah biasa dengan keadaan begini sejak kelahiran Haziq (anak sulung). Sesungguhnya Allah itu maha Adil, dia tidak akan menyusahkan kami lagi, kerana dia tahu di mana keupayaan dan kudrat kami ini. InsyaAllah.

Hafiy Hamzi
Hafiy Hamzi

Inilah saja coretan ku buat kali ini sempena dengan kelahiran anak ke 4 kami. Aku sentiasa berdoa dan mengharap kepada Ilahi agar memanjangkan usia ku dalam Iman dan Takwa semoga aku dan Siti boleh mendidik anak-anak kami menjadi seorang yang soleh serta pendakwah di muka bumi ini, di saat-saat Islam makin ditinggalkan oleh umat Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah menjadikan anak-anak kami seorang Insan yang sentiasa menerima taufik dan hidayah  untuk belajar dan mengajar Ilmu-ilmu agamaNya. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments:

  1. Assalamualaikum

    Tahniah bro, semoga menjadi insan yang soleh dalam meneruskan perjuangan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.

  2. Salam,
    Tahniah Humaizi, hero lagi ye.. dan juga tahniah kerana sudah berjaya menggenggam ijazah sarjana.

    • Ila, thank you. Hero pun tak apalah…dah ditakdirkan Allah dan kami menerimanya dengan penuh Syukur sebab anak2 sihat walafiat.
      Pasal Ijazah Sarjana tu..dah lama bercita-cita nak pursued study..hanya terlaksana last two year..dan alhamdulillah..dah convo pun…for the time being tak nak pursue to PhD lagi kot…tak larat nak study lagi.heheh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *