Master HR Management di UUM KL

Master Human Resource Management College of Business UUM KL

Alhamdulillah, cita-cita aku untuk sambung belajar dalam bidang HR telah tercapai. Setelah beberapa tahun aku mencari masa dan ketika yang sesuai untuk sambung belajar dalam bidang yang khusus in HR, aku telah ketemui UUM KL. Rasanya pembelajaran kali ini lagi seronok daripada ‘study Laws in IIUM’ sebab kali ini lebih kepada work oriented experience yang boleh dikongsi bersama dengan students lain.

Hari pendaftaran UUM KL untuk postgraduate diadakan pada hari Sabtu baru-baru ini, iaitu pada 30 Mei 2009. Aku keluar dari rumah di Lake Fields seawal 7.30 pagi untuk ke IJN mengambil ubat Jauzil sebelum pendaftaran UUM KL bermula pada pukul 9.00am. Tak sangka juga di IJN begitu crowded di awal pagi. Kaunter pendaftaran dan Kaunter Farmasi belum buka setiba aku di sana, tetapi telah ada lebih kurang 20 orang menunggu untuk mengambil ubat. Mungkin aku ni efisyen, dan rezeki aku untuk mendapat nombor 3 untuk giliran ubat. Kalau tak, mahunya lewat untuk pendaftaran.

Tiba di UUM KL pada pukul 8.50 pagi dan telah ramai berada di sana untuk pendaftaran. Segalanya berjalan lancar sehinggalah sessi taklimat mengenai bidang kursus dan digital library UUM berakhir pada pukul 1.15pm. Rasa begitu bersemangat dan aku menanam azam untuk habiskan pengajian dalam masa setahun, dengan mengambil 36 credit hours dalam masa 3 semester!!! InsyaAllah, tahun hadapan boleh konvo MHRM di UUM Sintok.

Pendaftaran subjek (add drop session) secara online hanya akan bermula pada 6 Jun 2009, dan pada masa itu baru kami semua akan mendapat tahu subjek yang akan ditawarkan untuk semester ini.

Aku plan untuk mengambil 3 core course pada semester ini, iaitu (1) Organizational Behaviour and Development, (2) Human Resource Management, (3) Information Technology for Managers dan satu elektif corse, harapnya Industrial Relations ada ditawarkan pada semester ini. Kalau tak ada course Industrial Relations, aku ingat mahu ambil subjek International Human Resource Management ataupun Human Resource Development.

Walau apa pun….aku amat bersemangat  untuk belajar lagi kali ini. Weekend baru ni dah beli lampu study, dan study room di 3rd floor kat rumah pun dah bersedia  untuk menerima aku sebagai penghuni setia di waktu malam dan awal pagi untuk belajar!

8 Comments

  • Salam.

    Bole jadik mentor saya in HR, he3x…

  • sebenarnya saya ni bukanlah terror sangat dalam HR. sepanjang 8 tahun dalam HR ni hanya buat IR. sebab tu nak sangat belajar in other HR area.

  • sy pun cdg nk ikut jejak langkah abg..
    bleh r ajar sy ckit2 ek..he2x
    skg sy tgh praktikal, degree hr uum..

  • dah nak masuk setahun aku belajar di UUM KL…dah nak habis pun..cepat betul masa berlalu..

  • HYE..URM SAYA BARU BERCDNG UNTUK JOIN UUM KAMPUS KL UNTUK HBISKAN MASTER .DALM HR..
    TAKUT JER NK MULAKAN LANGKAH PERTMA LPS SETAHUN TMT DEGREE…
    KAT CTU MMG CLASS EVERY WEKEND JER KE??
    SESUKAR MANE YER BILER STDY DALAM MASTER??

  • siha jamal,
    pada pengamatan saya, students master yang ada pengalaman kerja tidak mengalami kesukaran untuk menjawab soalan peperiksaan dan juga participate dalam kelas, kerana kami mempunyai hands on experience in HR…bagi fresh graduate, bagus utk ada master, especially kalau awak nak masuk bidang HR, tapi agak struggle gak la..tapi tak apa…since awak masih fresh lagi, sure tak kisah untuk baca banyak buku in HR. .kelas memang hanya weekend sahaja. sebab KL campus cater utk working students. bagus gak la..at the same time, awak mungkin boleh cari kerja dan kelas only during weekends.

  • Hai Mr. Humaizi,

    I think by now, you already graduated right? I’m planning to persuade in UUM in same course. But may I know how was your experience studied in UUM, the lecturers and the subjects? Because I’m switching to new world of HR.

  • Sy nak sambung master HR tapi sebelum ni bukan HR degree. Nak lari bidang.. boleh ke?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *