Memilih Hospital Bersalin

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, Siti dijangka akan melahirkan anak ketiga kami pada 17 Julai 2009. Sebenarnya 17 Julai adalah cukup tempoh 38 minggu Siti pregnant, dan pengalaman melahirkan Jauzil pada 24 Januari 2008 adalah semasa kandungan di usia 37 minggu.

Rasa berdebar juga menanti kelahiran anak ketiga ini. Apabila mendengar pelbagai masalah yang dihadapi oleh orang-orang lain semasa proses kelahiran, menjadikan kami lebih pening memikirkan untuk memilih hospital yang terbaik dengan kos yang lebih berpadanan.

Seawal Siti pregnant, kami telah buat keputusan untuk memilih Hospital Pakar Annur Hasanah, Bangi. Namun, pengalaman untuk membuat pemeriksaan antenatal pada bulan Jan lepas menjadikan kami serik untuk ke Annur lagi.

Then, Siti sibuk mencari hospital swasta lain, antaranya, KPMC Puchong, Ampang Puteri, Naluri, Hospital Pantai Cheras serta PPUKM Private Wings.

Aku cuba mencari maklumat lanjut mengenai hospital-hospital tersebut, ternyata Hospital Pakar AnNur mendapat maklumbalas yang baik walaupun patients terpaksa menunggu lama untuk rawatan antenatal.

Petang tadi aku telah buat temujanji untuk jumpa dengan Dr Khamsiah di Annur pada hari sabtu ini, iaitu 22 Mei 2009. Ikut kata nurse, akan ramai ibu-ibu yang akan datang pada hari Sabtu, so kena pastikan sampai before 8am utk dapatkan nombor yang awal.

Harapnya, pencarian hospital bersalin sudah kami betul2 ketemui. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Kisah Daku. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post. Post a comment or leave a trackback.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your email address will never be published.

Current day month ye@r *