Pantasnya Masa Berlalu; Catatan 2010

Salam,

Terasa baru semalam menyambut tahun baru 2010, sebab aku rasakan masih amat baru menulis postingĀ  bertajuk Tahun 2009 sarat dengan kenangan pada 31 Disember 2009. Pertamanya aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana sentiasa memberi kerahmatan kepada kehidupan aku dan keluarga. Kalau tidak kerana rahmat dari Nya, kami tidak mungkin dapat hidup bahagia pada hari ini, dan dikurniakan kesihatan yang cukup sempurna bagi membolehkan aku dan keluarga menghambakan diri kepada Nya sentiasa.

Berbalik kepada kisah 2010, pembuka tirai tahun 2010 amat ‘tight’ bagi jadual sehari aku. Mana taknya, aku memasuki semester kedua di UUM KL pada peperiksaan akhir pada bulan Januari 2010. Seterusnya, semester ke tiga aku perlu siapkan thesis serta ada lagi dua subjek untuk menghabiskan Master in Human Resource Management di UUM KL. Alhamdulillah, perancangan untuk menghabiskan master HR Management dalam masa satu tahun telah tercapai, dan aku telah merdeka pada penghujung bulan Mei 2010. In fact, pada 31 Oktober 2010 baru-baru ini, aku telah menerima segulung Ijazah Sarjana daripada Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah semasa sessi konvokesyen UUM. Apabila di ‘flashback’, terasa bagaikan satu mimpi, kerana keputusan untuk memohon pengajian di UUM di buat pada hari terakhir permohonan, dan pendaftaran pada 30 Mei 2009, seterusnya, kelas habis pada Mei 2010. Sungguh pantas masa berlalu.

Hari Bersejarah 2010 Konvo Master HRM di UUM, Sintok
Hari Bersejarah 2010 Konvo Master HRM di UUM, Sintok

Tahun 2010 adalah satu tahun yang bermakna dalam karier aku sebagai HR Practitioner. Bukan kerana aku mendapat kenaikan pangkat, tapi kerana Allah telah memberikan aku peluang untuk bekerja di Dutch Lady Milk Industries Berhad dan berada di bawah HR Director, Mazri Abd Rahim. Di samping itu, Dutch Lady di bawah kepimpinan baru, iaitu new MD, Bas van Den Berg, menekankan keperluan untuk setiap Senior Manager mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang boleh memberikan ransangan positif kepada produktiviti DLMI. Dengan itu, beliau telah melancarkan satu inisiatif baru, iaitu Passion for Blue dan bagi mewujudkan nilai-nilai kerja DLMI bukan sahaja berguna untuk pekerja, namun, pengguna dan rakyat Malaysia.

Management Team dan Senior Manager Dutch Lady di Puncak Gunung Datuk
Management Team dan Senior Manager Dutch Lady di Puncak Gunung Datuk

Dengan Passion for Blue atau Semangat Biru, Senior Manager telah diberi latihan khusus oleh Trainer yang didatangkan khusus dari Europe, iaitu Eric Hiep. Satu corak training yang berbeza daripada yang pernah aku hadiri, di mana cara training yang dijalankan boleh beliau adalah berbeza dan lebih efektif. Dengan training tersebut, beberapa fasa kami telah hadiri, antaranya, mendaki gunung datuk, personal effectiveness, serta leadership. Aku rasa amat bertuah kerana dengan latihan yang diberikan telah membuka mata aku, bagaimana seorang ‘leader’ dalam satu organisasi bekerja, dan ianya berbeza daripada seorang ‘manager’ yang biasa. Aku tidak ingin huraikan di sini, kerana pasti ianya akan membosankan anda untuk baca pasal ilmiah tentang ‘leadership’. Selain daripada training yang diberikan, constructive feedback yang diberikan oleh boss aku, iaitu Mazri Abd Rahim mengenai performance aku sebagai seorang HR Manager-Manufacturing sedikit sebanyak membantu meningkatkan lagi keupayaan aku untuk menjadi seorang pemimpin di dalam organinsasi.

Tahun 2010 menyaksikan perjalanan aku ke ke luar Malaysia di atas tiket Dutch Lady. Setelah meninggalkan Malaysian Employers Federation (MEF) pada tahun 2007, aku memang tidak berpeluang untuk ke luar negara semasa bekerja di Utusan dan RHB Bank. Pada bulan Januari 2010, aku bersama-sama Manufacturing Manager, Production Manager, serta WCOM Manager telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh FrieslandCampina Academy di Ho Chi Minh City ber’title’kan, Change Accelerated Program (CAP). Ianya berkisar tentang WCOM di FC OPCO, di mana kami diberi latihan untuk mengendalikan kursus yang sama di organisasi masing-masing.

Bergambar di Dutch Lady FrieslandCampina Vietnam
Bergambar di Dutch Lady FrieslandCampina Vietnam

Pada pengakhir bulan Jun 2010, aku bersama-sama HR Director serta HR Team yang diwakili oleh C&B Specialist, membawa exco Union, FIEU ke Jakarta dan Bandung. Rombongan ini di bawa oleh kami ke sana kerana kami telah berjaya berunding Perjanjian Bersama 2010-2013 secara aman dan telah menandatangani Perjanjian Bersama tersebut pada 23 Jun 2010.

Boleh katakan tahun 2010 lebih memberi makna kepada kerjaya aku. Namun, banyak juga memori dalam keluarga aku sendiri. Pertamanya, pada bulan Mei 2010, kami ‘digemparkan’ dengan berita mengenai penambahan ahli baru yang dijangka akan lahir pada 14 Januari 2011. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, dan harapan aku agar Allah mengurniakan kami seorang lagi anak yang soleh untuk menjadi seorang khalifah serta pendakwah di muka bumi ini. Di saat aku menulis posting ini, aku dan siti masih berdebar-debar menunggu bila kah saatnya akan lahir anak lelaki ke 4 kami ini, kerana kalau ikutkan kelahiran Jauzil pada tahun 2008 dan Jauni 2009, mereka berdua telah lahir pada usia kandungan 37 minggu ++, dan untuk kali ini, kandungan Siti telah pun memasuki 38 minggu pada hari ini, iaitu 31 Disember 2010.

Haziq, Jauzil dan Jauni
Haziq, Jauzil dan Jauni

Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini aku dikurniakan kesihatan yang agak baik, dan kalau tahun 2009, aku sentiasa demam dan selesema, dan aku yakin itu adalah disebabkan oleh Produk Vitamin USANA yang menyebabkan badan aku sentiasa lemah dan kurang antibodi untuk melawan virus-demam panas serta selesema. Ini kerana, aku dapat rasakan perubahan ketara setelah aku stop makan produk USANA, tiada lagi masalah demam dan selesema.

Tahun 2010 adalah buat pertama kalinya aku dan Siti mengambil keputusan untuk beraya Aidil Adha di KL, kerana tahun ini cuti hanya sehari dan rasanya amat penat untuk kami pulang ke kelantan. Kebetulan pula, pada hari raya AidilAdha, haziq telah dijangkiti ‘chicken pox’ atau cacar air, ataupun kami di kelate panggil ‘Bertih’. Selepas Haziq, Jauni pula yang kena chicken pox, dan seterusnya Jauzil pula diserang sakit ini. Yang paling teruk, Jauni, kerana terdapat dua biji besar di depan dan belakang badannya, dipanggil Ibu dan Bapa pox. Mana taknya, lubang tersebut sebesar duit syiling lima sen menyebabkan Jauni tergaru-garu dan berair. Bila di bawa jumpa Paedetrician di Pantai Cheras, tergaman Dr Bavani melihat lubang-lubang tersebut.

Jauzil di serang chicken pox yang agak teruk
Jauzil di serang chicken pox yang agak teruk

Jauzil pun tidak kurang hebatnya kena chicken pox, seluruh muka dan badan terdapat pox, dan masa aku bawa Jauzil jumpa Dr Bavani, ada few parents bawa anak mereka jauh dari Jauzil, takut terkena jangkitan. Jauzil terpaksa kena masuk wad, dan oleh kerana dia perlu masuk di isolated room, Pantai Cheras tidak mempunyai cukup katil, jadi aku telah membuat keputusan untuk bawa Jauzil admitted di Pantai Bangsar di bawah Paed Dr Azam. Alhamdulillah, keadaan Jauzil getting better selepas sehari masuk wad, dan hanya berada di wad Pantai Bangsar hanya selama dua hari.

Cerita seterusnya adalah mengenai azam 2010. Apa sebenarnya azam aku pada tahun 2010, dan adakah ianya terlaksana? Aku rasa begitu ralat kerana pada awal tahun 2010, aku tidak menulis azam yang aku bina secara sepecific, cuma seingat aku, apa yang aku azam adalah ingin kuruskan badan pada tahun 2010 serta ingin membina perniagaan online secara lebih profesional. Entahlah…berjaya atau tidak..bab kurus tu belum tentu lagi…sebab aku rasa mcm sama aje…bab bisness online tu…slowly la…mungkin aku tak serius sangat kot…Dengan itu, tahun ini, aku ingin catit betul-betul azam untuk 2011, dan aku pastikan ianya spesifik dan bukan terlalu umum supaya ianya lebih realistik.

ok lah, setakat ini dulu catatan aku untuk ambang 2011, dan harapan aku agar tahun 2011, kehidupan kami sekeluarga lebih dirahmati Allah serta dilindungi daripada malapetaka2 duniawi yang boleh menyebabkan aku dan keluarga terpesong daripada agama Islam yang suci ini. Aku juga amat berharap agar pada tahun 2011 ini aku lebih berani untuk berdakwah secara hikmah kepada sahabat-sahabatku yang masih tidak memahami Islam, yang masih tidak mahu melaksanakan perintah-perintah Allah, seperti Solat dan Puasa serta tinggalkan dosa-dosa besar seperti minum arak dan sebagainya. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kami semua. InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *