Menunggu Kelahiran Putera ke 3

Hospital Pakar An Nur Hasanah

Sabtu lepas, 23 Mei 09, Siti membuat pemeriksaan Ante Natal di Hospital Pakar An Nur Hasanah. Rasanya kami telah membuat keputusan untuk kelahiran anak ke 3 ini di Hospital An Nur. Memandangkan kami diberitahu ramai Ibu-ibu akan membuat antenatal pada hari Sabtu, seawal jam 7.15am kami telah keluar rumah dan tiba di An nur pada jam 7.30 am.

Hospital Pakar An Nur Hasanah

Hospital Pakar An-Nur

Dengan bangganya aku beratur di depan Hospital An-Nur, tak nak bagi can pada orang lain potong que. Menghampiri jam 8, ada 2-3 orang Ibu yang datang dan tepat jam 8.05 am pintu di buka. Bila bagi kad check up, yang peliknya aku dapat number 2…eh peliknya..bila ditanya..rupanya An-Nur bagi kepada staff no. 1.

Dalam hati aku, siapalah staff yang potong que aku ni..awal sangat ke dia datang..tup.tup..bila dipanggil..rupanya orang yang datang selepas aku..tapi dapat no 1…eh.tak adil lah cam ni.. cuba bayangkan kalau ada 5 staff nak buat antenatal hari tu..(orang yang dapat no 1 tu adalah isteri kepada staff, sungguh tak adil..aku ingat nak buat written complaint kepada annur la).

Kami dipanggil jam 8.50 am dan first time jumpa Dr Khamsiah, rasa sejuk hati even tak dapat number 2. Bila di buat ultrasound, baby terus tunjukkan ‘bird’ , dan confirm kali ni Jauzil akan dapat adik lelaki. Kami akan dapat putera ke Tiga. Alhamdulillah..Siti telah ada nama untuk diberikan, iaitu Akram Jauni. Aku ok saja..as long as nama tu bukan yang popular, dan tak ramai orang gunakan nama tersebut.

Dr Khamsiah maklumkan semasa ultrasound usia baby adalah 28 weeks ++, dan ikutkan kalendar Siti dah memasuki 29 weeks. Dijangkan bersalin pada 2 Ogos 2009 (usia kandungan 40 minggu). Tapi dah kena get ready apabila kandungan dah cukup 38 minggu, iaitu pada 38 minggu. Last year, Jauzil lahir masa kandungan 37 weeks ++.

Hari yang ditunggu makin menghampiri…Abah, Umi, Abd Haziq dan ‘Baby’ Jauzil sedang menunggu kelahiran ‘baby’ Jauni.

Hospital Pakar An Nur Hasanah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *