Treadmill Takasima Untuk Kuruskan Badan

Salam,

Sekian lama aku tak update dalam blog ini mengenai kisah hidupku…Kisah perjalanan ke Jakarta dan Bandung pada 30 Jun-4 Julai 2010 belum lagi dimasukkan di dalam blog, hanya gambar-gambar kenangan menjadi paparan dalam facebook aku. Sesiapa yang nak add facebook aku, boleh layari http://www.facebook.com/humaizi.

Ok, berbalik kepada cerita title blog ini, Treadmill Takasima TK-551. Sebenarnya aku dah lama pasang niat nak beli treadmill. Tapi pelbagai feedback yang aku terima dari blog dan juga kawan-kawan, dari beli treadmill yang berharga beribu RM, better pergi jogging secara manual di taman. Jadi, aku pun buat keputusan untuk tidak beli mana-mana treadmill, walhal aku telah mula serius untuk turunkan berat badan bermula Oktober 2009.

Setelah 10 bulan berlalu, nampaknya niat untuk jogging di taman perumahan area lake fields, sungai besi, ini hanya tinggal janji-janji manis terhadap diriku sahaja. Tak tahu kenapa…aku amat malas untuk jogging, even kalau aku jogging sekalipun, aku hanya jalan kaki sahaja.Peluh keluar hanya setakat dua tiga titik sahaja..So, bila aku nak kurus dan dapat berat ideal kalau berterusan macam ni?

Tambahan lagi, sejak aku balik dari Ho Chi Minh City, aku mula makan nasi bermula dari HR Away Day di Club Med, Cherating, Pahang. Sejak dari itu, walau aku makan secara bersopan santun (hehehe…)tambah lagi ada banyak farewell parties di Dutch Lady, serta juga kunjungan aku ke Indonesia..menjadikan makan nasi sebagai satu rutin ibarat aku ni tak berdiet lagi…

Jadi, sejak balik dari Indonesia, aku mula serius ingin Exercise. Aku perlu beli treadmill..Bila ditanya kawan-kawan, mereka memerli aku, adakah alat ini akan menjadi ‘Gajah Putih’ seterusnya dalam rumah aku? Dek kerana cabaran itu serta visi untuk dapatkan berat ideal sekitar 66kg, aku yakin, treadmill tidak akan menjadi gajah putih di rumah ini.

Pada 12 Julai 2010, setelah selesai urusan permohonan JP Visa untuk Bibik, aku meninjau-ninjau treadmill di Takasima Tesco Extra, Cheras. Satu pakej yang menarik, dengan harga RM4,800 belian treadmill akan mendapat Exercise Bike bernilai RM1,400 serta Mesin Urut Kaki Refleksologi beharga RM1,200 dan hadiah tambahan untuk aku, alas kerusi yang boleh urut belakang, boleh diletakkan di dalam kereta atau di atas sofa/ kerusi untuk urut belakang. Harga jualan alat tersebut adalah RM600. Jadi, dengan membeli treadmill Takasima tersebut, aku mendapat alatan Takasima lain berharga RM3,200.00. Satu pakej yang menarik!!. Kalau aku tak guna sekalipun, aku boleh jual alat-alatan tersebut di mudah.com.my.

Treadmill di letakkan di Bilik Tingkat Atas Rumah Kami
Treadmill di letakkan di Bilik Tingkat Atas Rumah Kami

Jadi, setelah berfikir selama berbulan-bulan lamanya, aku mengambil  keputusan untuk membeli treadmill takasima seperti dalam gambar sebelah ini. Harapan aku dengan adanya treadmill ini, rancangan serta visi aku untuk mendapat berat ideal dalam masa 6 bulan akan tercapai.

Untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan sempena raya 2010 dah menghampiri, aku ambil Jus Mate 5 di waktu Pagi serta selang seli di waktu malam. Harapan aku proses penurunan akan jadi lebih pantas.

Berat badan aku sebelum mulakan program ini pada 13 Julai 2010 adalah 77kg (naik almost 6 kg dari bulan Januari 2010), dan pada 23 Julai 2010, aku timbang di mesin digital Tesco Extra, berat telah turun 74.6kg. Wow..satu perkembangan yang memberansangkan. Aku yakin, sekiranya hari-hari aku exercise dengan treadmill selama 20 minit sehari, tak mustahil dalam masa 6 bulan, aku akan mendapat berat idaman yang ideal, iaitu 66kg.

Pelbagai Function Dengan Treadmill Takasima
Pelbagai Function Dengan Treadmill Takasima

Selain daripada exercise, aku juga mula berpantang dari makan nasi sejak hari Selasa, 13 Julai 2010. So far tak menjadi satu masalah besar untuk aku skip nasi, tapi problem yang aku hadapi adalah kesusahan untuk tinggalkan minum nescafe serta makanan bergoreng.

Contohnya semalam aku makan ayam goreng, petang tadi aku makan dua keping pisang goreng serta sedikit cendawan goreng..Waduh…menyesal betul..lepas makan rasa macam perut makin buncit sahaja..Inilah cabaran orang nak kuruskan badan. Susah gak..sebab makanan di Malaysia ni memang banyak yang bergoreng.

Ok lah, aku rasa setakat ini dulu catatan untuk Hari Terakhir di Bulan Julai 2010. Cepat betul masa berlalu, esok dah masuk bulan Ogos, dan dalam sebelas hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan 1431H. Semoga Allah panjangkan umur kita semua untuk menghambakan diri kepada Nya di bulan yang mulia nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.

17 Comments

  • Salam encik,

    saya tengah survey treadmill, so far encik guna treadmill brand takashima ok ke? ada sebarang masalah?

  • zizi, so far tak ada masalah, sejak beli treadmill ni, setiap minggu saya akan gunakan dalam 3-5 kali, about 20 minutes setiap kali guna.

  • saya pun pengguna product Takashima….so far alhamdulillah…berkesan..tapi mesti kuat semangat dan berdisplin

  • sy dh lm beli treadmill takasima since after beranak 2009 tp mmg jd gajah putih…..i mange to lost weight about 12kg with herbalife in 4 months tp gain balik up to 68 now.hr tu dh trn downb to 62kg….hubby ckp,xbole mkn herbalife sj..kene exercise….my forward now is,herbalife+no nice n mknn bergoreng and takasima daily for 30 minutes.kite sume kene kuat semangat.now i love doing my exercise with takasima.

  • Shida, saya setuju sangat dengan awak. kita kena kuat semangat utk jadi konsisten utk exercise dgn treadmill ni. so far, alhamdulillah, setiap minggu saya pastik gunakan treadmill sekurang-kurangnya 5 kali.

  • saye sgt teruja tgk blog & comment2 tntg treadmill ni, balik keje ni without fail saye akan menjenguk ke takasima outlet untuk membuat pembelian terus..
    sukenyer…

  • Deqna,
    Ada treadmill kat rumah memang bagus, senang nak keluarkan peluh. sekarang ni saya exercise awal pagi, sebelum jam 7am,sebab kalau exercise waktu pagi lagi bagus as compared to waktu petang.

  • Eh..Syok nyer.. Kalu mcmni aku pung nak jgk

  • Nak tanya berapa harga treadmill tu…saya berminat nak beli 1 unit…blh bantu!!!!!!!!!

  • harga treadmill takasima RM4800..rasanya ada model lain yang lebih murah..

  • mahalnyer bagi saya.macam xmampu jer. ingatkan bawah 2ribu da blh dapat. hmmm… xde sape nakjual kat saya ke?

  • cuba tengok di kedai takasima. rasanya skrg ni dah ada harga ygn murah.

  • Takashima yang paling murahpun dalam RM2500.00. Kalau Ogawa ada model Evas dalam RM2300. Smartlife dalam RM2900.00. ada jugak harga dalam rm2000 tapi kena rajin cari.

    Kalau nak yang 2nd hand cuba cari kat Mudah.my. Paling banyak dari penjual di Puchong (warehouse)harga dalam 900 – 1500.00 but with good quality.

    Slamat mencuba.

  • Tumpang iklan ekk..sesape nak beli treadmill takasima sebiji mcm diatas saya nak jual. Adik yg punye tp dia dah pindah keje fly sane fly sini..so sesape nak beli email saya Ly5112@gmail.com..tq

  • Hi guys,
    Genuine gintell treadmill for sale. Seldom use. In good condition. Heart rate monitor. Incline function. Space saving storage with roller. Self pickup area Dutamas. RP RM3999, selling for RM1700 Negotiable. No fussy buyer. Whatsapp 0125258579

  • tak okay..service out…call beratus kali tak dpt2 nk service..dah dekat 1 tahun nk call service tak dpt2 nak call..

  • oo ye ke… treadmill saya pun dah mula bunyi bising.. ingat nak call gak utk servis.

One Pingback

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *