UUM Dalam Kenangan

Belajar di UUM pada hujung Minggu

Belajar di UUM pada hujung Minggu

Alhamdulillah, kenapa aku letak tajuk UUM dalam kenangan walhal aku tak pernah jejak kaki ke UUM Sintok? Boleh tepat dikatakan UUM KL dalam kenangan, kerana hari ini aku telah mendapat keputusan akhir peperiksaan Semester Tiga untuk MHRM.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, walaupun aku tak mendapat 4 flat seperti yang diidamkan setelah mendapat result first semester, aku tetap memanjatkan syukur kepada Ilahi kerana memberikan aku peluang untuk belajar dengan lancar dan membolehkan aku mendapat A untuk 8 subjek dan A- untuk 2 Subjek.  Terima kasih kepada lecturers yang telah ku nyatakan nama dalam posting terdahulu, kerana memberikan markah yang bagus untuk aku. Walaupun en Ghaz dan Dr Fazly hanya memberikan aku A- untuk subjek HR Development dan Managing OSH, terima kasih tidak terhingga, kerana tidak memberikan aku B+, otherwise, drop gak la CGPA aku kalau tidak kerana A- daripada mereka berdua.

So, daripada 10 subjek yang diambil, HR Management, Strategic HR Management, Industrial Relations, IT For Managers, Research Methodology, Managing Change, Legal and Ethics in HR, Organizational Behavior; 8 subjek ini secara ‘kebetulan’ aku mendapat A.

Selain daripada lecturers, semestinya aku amat terharu dengan pengorbanan daripada isteri tercinta, serta anak-anak yang sentiasa memahami. Bukan mudah sebenarnya untuk belajar terkejar-kejar nak habiskan master dalam masa setahun, di samping kerjaya yang terpaksa aku harungi juga. Semestinya, aku amat berterima kasih kerana mempunyai boss yang amat ‘caring’, Mazri Abd Rahim, seorang HR Director yang amat memahami kerana tidak ‘mengacau’ aku dan membolehkan aku balik kerja on time at 5.00pm sepanjang tempoh belajar.

Bergambar Bersama-sama Kawan di Kedai Mamak di bawah UUM KL

Bergambar Bersama-sama Kawan di Kedai Mamak di bawah UUM KL

Apa yang pastinya, kenangan kawan-kawan seperjuangan akan menjadi ingatan. Kami selalu lepak di kedai mamak di bangunan UUM KL, dan kakak-kakai indon begitu mesra melayan kami semua. Kini¬† hanya tinggal satu memori yang indah..especially bila ingatkan menu yang biasa di ‘order’ capati, roti nan serta ayam tandoori. Makanan kat situ tak ada lah best sangat pun..tapi bila berkumpul ramai-ramai, bab bergossip la yang dinanti-nanti. Pasti Jona, Kak Ira, Masliana, Rini, Fadzly T & M tidak lupa akan topik-topik hangat yang pernah dibicarakan.hehehh..

Abang Mamak Yang Selalu Ambil Order dari Kami Semua

Abang Mamak Yang Selalu Ambil Order dari Kami Semua

ok lah..setakat ini dulu coretan dari aku…kini menunggu untuk tarikh konvokesyen yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2010.

Wasalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *