i-Akaun KWSP

I-Akaun KWSP

i-Akaun KWSP

Anda dah ada i-akaun KWSP ke? Saya dah punyai i-akaun kwsp ni dah lama. Agaknya saya ni memang suka benda-benda online ni..apabila KWSP memperkenalkan i-akaun KWSP dulu, saya terus register. Tapi masa saya register dulu, tak silap pada tahun 2003, agak susah dan lambat prosesnya. Pendaftaran i-akaun kwsp dulu secara manual, isi boring, submit ke kaunter, dan KWSP akan menghantar surat ke kediaman kita maklumkan nombor pin sudah sedia untuk di collect di pejabat KWSP.

i-Akaun KWSP
Daftar i-Akaun KWSP Hari Ini Juga

Namun kini tidak lagi, amat senang untuk memiliki i-akaun kwsp sendiri. Ok, i-akaun kwsp ni merupakan akaun KWSP Ahli atau Majikan secara online. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang ditawarkan oleh KWSP.

  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
  • Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini

Siapa yang layak untuk Mendaftar i-Akaun? Bagi  Ahli KWSP yang mempunyai MyKad. Boleh katakan, semua rakyat Malaysia la…

Pendaftaran i-Akaun KWSP

Sekiranya anda telah mendaftar i-Akaun, tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda, klik pada Login Kali Pertama. Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada, klik pada Login Ke i-Akaun.

Lawati mana-mana Kios KWSP atau Pejabat KWSP untuk mencipta Kod Pengaktifan anda.

Klik pada Login Kali Pertama di laman web KWSP dalam tempoh 90 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan yang telah anda cipta.

Rugi Tak ada i-akaun KWSP?

Mudah kan? Rugi la kalau anda tak ada i-akaun sekarang. Tambah lagi sesiapa yang nak tahu majikan mereka ada buat caruman atau tidak daripada potongan gaji yang telah dilakukan kepada kita. Ye la..setiap bulan, majikan kan dah siap potong 11% daripada gaji pekerja untuk dicarum ke KWSP, jadi gunakanlah i-akaun KWSP untuk cek samada majikan anda adalah prompt in payment atau suka delay.

Ok la..jumpa lagi di lain posting. Semoga posting i-akaun kwsp kali ini mendapat manfaat untuk anda semua.

Wassalam

 

I-Akaun KWSP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *