Medical Card Takaful – Perlu Ke Limit Tahunan Yang Tinggi?

Lima tahun lepas, had tahunan medical card tidak setinggi sekarang. Saya agak concern tentang kos perubatan yang makin meningkat, jadi saya ambil dua plan medical card, dari Great Eastern Takaful dan AIA Takaful. Dengan kedua-dua kad ini, saya dilindungi kos perubatan sebanyak RM240k setahun.

Namun sekarang ni, Great Eastern Takaful sudah perkenalkan plan dengan limit tahunan sehingga RM2.2 Juta setahun. Plan RM1.32 juta hotselling medical card serendah RM100 saja sebulan.

Medical Card Protection adalah ‘part of financial planning’ dalam kehidupan kita. Bukan kita minta sakit, namun kita rancang untuk tidak lebih derita dengan kebocoran wang bila ditimpa sakit, terutamanya kanser.

Prof. Madya Dr. Nirmala Bhoo-Pathy dari Jabatan Sosial dan Ubat Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), yang memberitahu selain perlu berperang dengan emosi, pesakit kanser juga perlu berdepan dengan masalah kewangan yang sering menjadi masalah utama kepada golongan berkenaan.

Jelasnya, satu kajian telah dijalankan berhubung kesan ekonomi yang dialami pesakit kanser selepas sebulan disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Kos yang perlu ditanggung bukan sahaja melibatkan perubatan dan rawatan tetapi merangkumi kos pengangkutan untuk berulang-alik ke hospital serta sewa penginapan serta kos-kos lain.

“Mengikut kajian yang kita buat dalam tempoh setahun, 11 peratus daripada 1,600 pesakit kanser yang ditemu bual telah meninggal dunia, manakala 15 peratus lagi mampu bertahan untuk hidup bagaimanapun perlu menanggung kos perubatan dan rawatan yang terlalu tinggi.

“Hampir kebanyakan mereka memperuntuk satu pertiga daripada pendapatan bagi menanggung kos perubatan hospital, malah turut menggunakan pendapatan ahli keluarga mereka untuk meringankan beban yang ditanggung.

“Daripada jumlah itu juga, hanya 20 peratus daripada mereka mendapatkan insurans ketika masih sihat,” katanya pada majlis pelancaran buku Elevating The Voice Of Cancer Patients (Melaungkan Suara Penghidap Kanser) dan diskusi tentang Capaian kepada Rawatan Kanser baru-baru ini.

Tambah beliau, pengambilan insurans ketika sihat dilihat amat penting bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada tempoh-tempoh tertentu.

Ayuh kawan-kawan, rancanglah dengan bijak dari sekarang. Cek kembali limit tahunan medicla card anda, dan untuk dapatkan limit tahunan tinggi setiap tahun dengan kos yang rendah, hubungilah team kami di Great Eastern Takaful.

Ahmad Humaizi
019-3726080

#ahmadhumaiziconsultancy

Leave a Reply

Your email address will not be published.