Medical Card

 

Alhamdulillah, pengguna kita telah boleh memiliki banyak pilihan untuk Medical Card Takaful. Memilih yang halal itu adalah wajib bagi kita seorang Muslim. Ramai yang telah menyedari tentang kepentingan memiliki produk Takaful berbanding Insurans Konvensional. Seperti yang saya nyatakan dalam posting sebelum ini, produk insurans konvensional adalah haram kerana ianya berasaskan kontrak dan mempunyai unsur Riba, Judi serta Ketidaktentuan dalam kontrak tersebut. Saya tidak mahu huraikan lebih lanjut mengenai hukum insurans konvensional di sini, tetapi saya ingin kongsikan kelebihan Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful.

 

Sekiranya anda adalah seorang yang inginkan produk yang Halal dan berlandaskan Syariah, semestinya anda akan mencari Medical Card Takaful daripada syarikat takaful di Malaysia. Antara Medical Card Takaful yang agak femes dan sering meniti dari bibir ke bibir adalah Pru BSN, AIA Public Takaful,  dan juga MAA Takaful. Jadi, apabila disebut Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful, ramai yang ingin mengetahui, apa hebatnya Medical Card Takaful dari GE Takaful? Dalam posting kali ini, saya tidak ingin membuat comparison dengan pengendali Takaful yang saya nyatakan tadi, tetapi saya akan sertakan brochure Medical Card Takaful daripada syarikat-syarikat tersebut. Sehubungan dengan itu, anda boleh membuat perbandingan sendiri yang manakah menawarkan Medical Card Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda dan keluarga.

Saya boleh memberi jaminan kepada anda Great Estern takaful adalah yang terbaik dan mampu milik untuk semua orang dengan kos rawatan yang ditanggung amat tinggi! Namun begitu, sebagai seorang customer, anda boleh membuat perbandingan terlebih dahulu, tetapi saya guarantee, anda tidak akan dapat yang terbaik kerana Great Eatern mempunyai kelebihan seperti berikut:

 

1) Kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi

Dengan caruman bulan RM200, Great Eastern boleh memberikan medical card untuk Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi iaitu RM100,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care.

Malah, pelan untuk anak-anak saya hanya RM160 sebulan, tetapi boleh dapat Room & Board bernilai RM200 serta kadar simpanan yang tinggi untuk pendidikan!

 

2) Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi

Medical card untuk Room & Board bernilai RM150 Great Eastern memberikan had tuntutan seumur hidup berjumlah RM900,000 dan had tahunan RM90,000.  Had tahunan Medical Card ini juga akan bertambah sebanyak 10% untuk setiap tiga tahun sekiranya tiada tuntutan!

 

3) Pilihan Tanpa Ko-Takaful dan yang mempunyai Ko-Takaful adalah lebih rendah

Medical Card Great Eastern Takaful didatangkan dengan pelbagai pilihan untuk pelanggan, samada mempunyai Ko-Takaful ataupun TIADA ko-takaful bergantung kepada bajet dan keperluan pelanggan. Namun Great Eastern Takaful mengenakan caj co-takaful adalah sangat rendah. Great Eastern Takaful hanya mengenakan minimum 10% daripada jumlah bil dengan maksimum hanyalah RM500 sahaja.

Ramai pelanggan Great Eastern Takaful yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab co-takaful yang rendah. Walaupun begitu, kebiasaanya perunding Great Eastern Takaful (dan juga syarikat lain) akan memberikan tambahan Elaun Hospital Harian untuk tampung ko-takaful ini.

 

4) Cash-Value yang lebih tinggi nilainya

Projected cash value yang boleh dikeluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, Great Eastern Takaful memberikan yang jauh lebih tinggi dari pesaing!

Pelan takaful – investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern Takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.

5) Tiada kos perlu ditambah untuk dapatkan Coverage Medical card sehingga umur 80 tahun

Satu lagi perbezaan yang orang tak berapa nampak adalah Great Eastern Takaful punyai medical card terus melindungi pemegang polisi sehingga umur 80 sedangkan dengan syarikat takaful yang lain pencarum terpaksa menambah lagi caruman bulanan yang RM200 itu untuk naikkan perlindungan medical card hingga umur 80 tahun. Tiada tambahan lain perlu dilakukan di Great Eastern.

Jadi, saya telah buat perbandingan untuk anda membuat keputusan yang selesa dan tepat untuk memilih medical card terbaik! Hubungi saya segera sebelum dan jangan tangguh lagi kerana kita tidak mengetahui bila kejadian dan takdir yang tidak diingini akan berlaku kepada kita.

6) Medical Card Kalis Inflasi

Ciri tambahan pada Medical Card Greast Eastern Takaful adalah kenaikan Had Bilik Penginapan Setiap 3 tahun secara automatik samada ada tuntutan atau sebaliknya. Sekiranya anda menyertai pelan bilik penginapan RM200 sekarang, had ini akan dinaikkan sehingga 100% iaitu RM400 dalam masa 30 tahun! Inilah yang dinamakan kalis inflasi, kerana dalam masa 30 tahun lagi, kemungkinan besar tiada lagi bilik penginapan berharga RM200 dan untuk upgrade pakej medical card pastinya akan bertambah bayaran sumbangan setiap bulan. Inilah kehebatan Medical Card Great Eastern Takaful berbanding takaful operator yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Medical Card ini, anda boleh layari laman web http://kadperubatantakaful.com/ atau hubungi saya di talian 019-3726080.

 

Ahmad Humaizi IFP
Unit Manager, Great Eastern Takaful
0193726080

19 Comments:

  1. saya ingin bertanya untuk suami yg merokok usia 34 thn.berapakah caruman bulanan dan saya bekerja di sektor perbankan dimana dapat manfaat perubatan.jika saya ambil mediacal card adakah boleh ambil hingga usia 55 tahun?

    • Salam Eza, sila emel kepada saya tarikh lahir utk dikira quotation yg lengkap. Saya sarankan ambil medical card sehingga umur 80 tahun kerana, di usia 55-80 adalah range yg kebiasaanya kita akan menggunakan medical card.

  2. Salam, saya berusia 31 tahun , berminat untuk menggunakan medical card. tolong email quotation , tarikh lahir 17.01.81. tq

  3. Assalam, Tuan , boleh email pada saya untuk penggunaan medical card. saya berminat untuk menggunakannya. tolong email quotation , 24thun. 17.3.88

    wassalam.

  4. Assalamualaikum. Saya nak tahu apakah terdapat pelan takaful medical card yang boleh cover satu family atau perlu diambil berasingan.

  5. tuan sy berminat ngan medical card terikh lahir sy 20 07 79 umo 33 boleh sediakan quatation untk sy sy bjet tidak lebih 200 sebulan

  6. Salam umo saya 41 merokok berminat menggunakan madical card

  7. tuan,sy berminat,minta tuan jelaskan lagi,terima kasih

  8. Medical card untuk umur berapa ya …Nnti emel kepada saya juga..Tq

  9. che nurul asikin bt. che nor

    Assalam. Tuan, boleh emailkn detail dan quatation berkenaan insurans GE. Tq

  10. medical card nie pakej setahun, maksud saya tak perlu bayar bulanan.

  11. Salam. Saya beeminat dgn medical..mohon quotation utk brp premium saya 29/08/1981

    Tq

  12. Medical card ni stand alone atau kena ambil dgn life insurance skali?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *