Medical Card

 

Alhamdulillah, pengguna kita telah boleh memiliki banyak pilihan untuk Medical Card Takaful. Memilih yang halal itu adalah wajib bagi kita seorang Muslim. Ramai yang telah menyedari tentang kepentingan memiliki produk Takaful berbanding Insurans Konvensional. Seperti yang saya nyatakan dalam posting sebelum ini, produk insurans konvensional adalah haram kerana ianya berasaskan kontrak dan mempunyai unsur Riba, Judi serta Ketidaktentuan dalam kontrak tersebut. Saya tidak mahu huraikan lebih lanjut mengenai hukum insurans konvensional di sini, tetapi saya ingin kongsikan kelebihan Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful.

Sekiranya anda adalah seorang yang inginkan produk yang Halal dan berlandaskan Syariah, semestinya anda akan mencari Medical Card Takaful daripada syarikat takaful di Malaysia. Antara Medical Card Takaful yang agak femes dan sering meniti dari bibir ke bibir adalah Pru BSN, AIA Public Takaful. Jadi, apabila disebut Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful, ramai yang ingin mengetahui, apa hebatnya Medical Card Takaful dari GE Takaful? Dalam posting kali ini, saya tidak ingin membuat comparison dengan pengendali Takaful yang saya nyatakan tadi, tetapi saya akan sertakan brochure Medical Card Takaful daripada syarikat-syarikat tersebut. Sehubungan dengan itu, anda boleh membuat perbandingan sendiri yang manakah menawarkan Medical Card Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda dan keluarga.

Saya boleh memberi jaminan kepada anda Great Estern takaful adalah yang terbaik dan mampu milik untuk semua orang dengan kos rawatan yang ditanggung amat tinggi! Namun begitu, sebagai seorang customer, anda boleh membuat perbandingan terlebih dahulu, tetapi saya guarantee, anda tidak akan dapat yang terbaik kerana Great Eatern mempunyai kelebihan seperti berikut:

1) Kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi

Dengan pilihan pelbagai jenis Medical Card kami, anda boleh dapatkan caruman yang mampu milik dengan jumlah perlindungan yang tinggi.

2) Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi

Medical Card Great Eastern Takaful bukan saja menawarkan caruman yang rendah, namun juga had limit tahunan yang tanpa had SETIAP TAHUN dan LIFETIME.

3) Pilihan Tanpa DEDUCTIBLE dan yang mempunyai Ko-Takaful adalah lebih rendah

Medical Card Great Eastern Takaful didatangkan dengan pelbagai pilihan untuk pelanggan, samada mempunyai Ko-Takaful ataupun TIADA ko-takaful bergantung kepada bajet dan keperluan pelanggan. Namun Great Eastern Takaful kadar deductible yang mampu milik, serendah RM300 saja.

Ramai pelanggan Great Eastern Takaful yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab co-takaful yang rendah. Walaupun begitu, kebiasaanya perunding Great Eastern Takaful (dan juga syarikat lain) akan memberikan tambahan Elaun Hospital Harian untuk tampung ko-takaful ini.

4) Cash-Value yang lebih tinggi nilainya

Projected cash value yang boleh dikeluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, Great Eastern Takaful memberikan yang jauh lebih tinggi dari pesaing!

Pelan takaful – investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern Takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.

5) Medical Card Kalis Inflasi

Ciri tambahan terbaik pada Medical Card Greast Eastern Takaful adalah kenaikan Had Bilik Penginapan Setiap 5 tahun secara automatik samada ada tuntutan atau sebaliknya. Sekiranya anda menyertai pelan bilik penginapan RM200 sekarang, had ini akan dinaikkan 10% setiap lima tahun sehingga kelayakan bilik kepada 500 per night! Inilah yang dinamakan kalis inflasi, kerana dalam masa 30 tahun lagi, kemungkinan besar tiada lagi bilik penginapan berharga RM200 dan untuk upgrade pakej medical card pastinya akan bertambah bayaran sumbangan setiap bulan. Inilah kehebatan Medical Card Great Eastern Takaful berbanding takaful operator yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Medical Card ini, anda boleh terus whatsapp saya https://KadPerubatanGETB.wasap.my untuk dapatkan quotation plan medical card Great Eastern Takaful.