Medical Card Takaful – Standalone atau Rider to Investment Link Plan?

Permintaan untuk menyertai Medical Card semakin meningkat. Sejak saya melibatkan diri dalam Industri Takaful, saban hari akan ada bakal-bakal pelanggan menghantar emel atau whatsapp request untuk mendapatkan quotation dan info lanjut tentang Medical Card.

Kesedaran untuk memiliki Medical Card Personal lebih tinggi kerana terlalu banyak kes sedih dipaparkan di media massa ekoran dari peningkatan kos perubatan dan juga tiada subsidi diberikan bagi pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Kesedaran untuk memiliki Medical Card Personal lebih tinggi kerana terlalu banyak kes sedih dipaparkan di media massa ekoran dari peningkatan kos perubatan dan juga tiada subsidi diberikan bagi pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang Medical Card Standalone kerana bayaran bulanan yang rendah. Namun tahukah anda, adakah rendah akan kekal rendah selama-lamanya? Sebaiknya ada membuat perbandingan dari segi kos bayaran sehingga tamatnya tempoh Medical Card, eg, umur 80 tahun.

Baru-baru ini ada seorang bakal pelanggan saya minta saya buatkan cost comparison antara Standalone Medical Card dari Takaful A dan juga Investment Link Takaful Rider Medical Card dari Great Eastern Takaful.

Ciri-ciri asas Medical Card adalah seperti berikut:

1. Cashless Medical Card (tiada co-takaful)
2. Room and Board RM200

Entry Age adalah 49 dan pelanggan minta untuk kirakan sehingga umur 80 tahun.

Plan Investment Link Rider Medical Card Takaful
Total Contribution : RM144,000
Cash Value Age 80: RM35,384

Plan A Takaful Standalone Medical Card
Contribution from Age 49- 80 Total : RM211,356
Cash Value Age 80 : RM0

Selain daripada manfaat asas di atas, Plan Investment Link Rider Medical Card di atas juga terdapat manfaat tambahan seperti di bawah:

  • Kenaikan kadar bilik sebanyak 10% setiap 3 tahun secara automatik (dari RM200 maksimum kenaikan sehingga RM400)
  • Limit tahunan meningkat 10% setiap 3 tahun sekiranya tiada tuntutan.
  • Elaun wad harian berjumlah RM150 setiap hari
  • Waiver of contribution sekiranya peserta takaful mengalami Hilang Upaya Kekal, eg, buta kedua-dua mata akibat diabetes.

Jadi, sekarang ini, yang manakah pilihan anda? Murah pada peringkat awal dan permulaan dan membayar lebih banyak sepanjang hayat? Apa yang  ramai kurang mengambil tahu adalah, kos kesuluruhan untuk sumbangan Medical Card adalah lebih penting untuk diambil kira berbanding kos permulaan. Menyertai plan takaful adalah untuk jangka masa panjang dan bukan short term!

Fikir-fikirkanlah, hubungi perunding takaful yang anda selesa untuk berurusan. Nak hubungi saya amat dialu-aluka, contact number saya 019-3726080.

Sekian, Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *