Pengumuman Bonus ASB 2013

Dividend dan Bonus ASB 2013

 Semalam PNB mengumumkan pengagihan pendapatan  untuk ASB bagi kewangan berakhir tahun 2013.

ASB agih dividend 7.7 sen dan bonus 1 sen.

Laporan akhbar menyatakan ianya adalah sebanyak 8.7 sen. Ramai juga yang bertanyakan saya, betul ke ASB bagi return 8.7%?

Sebenarnya cara pengiraan Dividend atau Pengagihan Pendapatan adalah berbeza dengan pemberian Bonus. Jadi, pulangan sebenar adalah bukan 8.7%. Di sini saya sertakan pengiraan DIVIDEN dan juga BONUS ASB.

 (a)  Dividend/ Pengagihan Pendapatan 

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

 (b)    Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2013 :-

Jumlah Baki Minimum Bulan (BMB)  dari bulan Januari 2004 hingga Disember 2013    X   KADAR   120 Bulan

 

  •  BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2004 hingga Disember 2013 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan  120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

 

Sumber Pengiraan Dividend & Bonus: Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Comment:

  1. Pingback: ASB 2013 | frugaldedi@FD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *