Syarikat Pelaburan Emas diserbu oleh Bank Negara?

Pelaburan Emas

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera,

Harga emas memang mengalami kenaikan setiap tahun. Sebetulnya orang yang menyimpan emas, maksud saya, beli emas 10 tahun yang lepas memang akan untung sebab kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang. Ramai yang berminat tentang pelaburan emas…tapi tak mahu belajar lebih lanjut apakah dia yang dimaksudkan dengan pelaburan emas… Dalam posting kali ini, saya tidak bermaksud untuk share tentang pelaburan emas ya.

Mengambil kesempatan atas kenaikan harga emas, ada beberapa syarikat yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari rakyat Malaysia yang sentiasa ingin cepat kaya menggunakan nama pelaburan emas.

pelaburan emas

Di sini saya ingin paparkan laporan dari laman web Bank Negara ke atas beberapa Syarikat yang menawarkan pelaburan emas.

 

Serbuan Bersama Ke Atas Genneva Malaysia Sdn Bhd

Satu operasi serbuan bersama ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat sekutunya telah dibuat hari ini oleh Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan.

Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura juga telah mengambil tindakan yang sama ke atas Genneva Pte. Ltd. di Republik itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang.

01 Oktober 2012

 

Maklumat Terkini Berhubung Serbuan Bersama Ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd

Pada 1 Oktober 2012, serbuan bersama telah dijalankan ke atas beberapa premis Genneva Malaysia Sdn. Bhd dan kediaman Pengarah-pengarah syarikat berkenaan oleh Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat berkaitannya sedang disiasat oleh agensi penguatkuasaan yang berkenaan kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk mengambil deposit secara haram, menjalankan pengubahan wang haram, mengelakkan cukai, memberikan deskripsi palsu termasuk gambaran yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.

Aset dan dokumen syarikat yang berkenaan yang diambil semasa serbuan tersebut akan dilindungi untuk membantu siasatan. Agensi penguatkuasaan yang berkenaan telah menggunakan sumber-sumber yang perlu untuk mempercepat siasatan.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dengan agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatannya menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati apabila melabur dalam skim yang tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan (unregulated schemes). Agensi penguatkuasaan akan mengambil tindakan ke atas skim kewangan haram untuk melindungi kepentingan pelabur dan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)

Tel: 1-300-88-5465

Faksimile: 03 – 2174 1515

 

Pelaburan Emas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *