Pelaburan Unit Trust Melalui Akaun 1 KWSP

Ramai juga yang mendapat maklumat tentang pelaburan Unit Trust menggunakan akaun 1 KWSP, namun masih tidak menggunakan manfaatkan yang dibenarkan oleh KWSP untuk ahli-ahli yang layak membuat pengeluaran dari akaun 1 KWSP bagi tujuan pelaburan ke Dana Shariah Unit Trust.

Bagaimana untuk mengetahui samada anda layak atau sebaliknya untuk melabur? Jom lihat foto di bawah ini:

Simpanan asas KWSP

 

Bagi ahli KWSP berumur 30 tahun, jumlah simpanan asas yang perlu ada dalam akaun 1 KWSP adalah RM27,000. Sekiranya anda mempunyai tambahan min RM5k daripada RM27,000, maka anda layak untuk melabur ke dalam Unit Trust.

Kenapa perlu tambahan RM5k? Pengiraan kelayakan pelaburan adalah 20% daripada lebihan dalam simpanan akaun 1 KWSP. Dengan itu, ahli yang berumur 30 tahun, dan simpanan dalam akaun 1 RM32k, pengiraannya seperti berikut:

Jumlah Dalam Akaun 1 : RM32,000

Simpanan Min Akaun 1 : RM27,000

Baki layak melabur : 20% x RM5000 =  RM1,000

Minimum ahli perlu melabur adalah RM1,000 sebab itulah perlu ada lebihan RM5k daripada jumlah simpanan asas yang ditetapkan oleh KWSP.

Sekiranya anda layak untuk melabur dan masih belum memanfaatkan peluang ini, boleh hubungi saya di talian 019-3726080 untuk maklumat lanjut, di mana saya akan terangkan lebih lanjut apakah risiko dan potensi pelaburan ke dalam Unit Trust Shariah ini.

Salam Ceria,

Humaizi IFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *