Kisah Kejayaan Unit Trust Consultant Public Mutual

Public Mutual

Kisah Kejayaan Unit Trust Consultant Public Mutual: GAM Azizah Saad, menjadi sumber inspirasi untuk saya supaya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk teruskan perjuangan sebagai Unit Trust Agent dengan Public Mutual. Ikuti kisah beliau yang saya ambil dari Utusan Malaysia 12 Mac 2007.

SEBAHAGIAN daripada kita mungkin pernah dilanda rasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Berpuluh tahun melakukan rutin sama sehingga kadangkala bagaikan ‘mengheret’ kaki ke pejabat setiap pagi. Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain yang sesuai.

Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko, terpulang kepada kemahuan dan keazaman untuk menjayakannya. Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di Public Mutual.

public mutual

Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.

Apakah sebenarnya unit amanah?

Azizah: Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut.

Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda?

Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik. UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?

Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan. Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.

Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?

Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).

Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.

Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).

Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai kejayaan seperti sekarang?

Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana. Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan.

Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.

Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah’ mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit.

Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.

Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.

Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya panik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai unit amanah?

Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini. Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah, berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan seorang GAM terus di bawah saya.

Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50 GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada kesungguhan dan keazaman.

Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap sekarang?

Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.

Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha. Kalau diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah saya untuk terus bersemangat.

Komen Dari Humaizi

Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Dengan menjadi public mutual agent, banyak peluang cerah yang bakal diperolehi oleh agent. Semuanya bergantung kepada sikap kita sendiri. Bekerja sendiri dengan Public Mutual tiada gaji tetap, namun pulangannya bergantung kepada sebanyak mana hasil yang kita curahkan dan usahakan setiap hari. Saya ingin memberi peluang kepada sesiap yang ingin berjaya dengan Public Mutual dengan menjadi seorang Agent Unit Trust. Anda boleh mulakan step pertama sebagai Part Time Agent Public Mutual terlebih dahulu. Sasarkan untuk menjadi full time Agent Public Mutual dalam masa 6 hingga 12 bulan. Dengan usaha yang gigih dan jitu, kita pasti berjaya! InsyaAllah.

Public Mutual

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments:

  1. Salam cik humaizi…

    saya salah seorang yang penah join macam2 jenis MLM tapi semua nyer tinggal kenangan..tak menjadi..tak tahu nak usaha kot mana dah..baik berniaga online & offline..mungkin salah step atau memang takda rezeki..

    semoga cik humaizi terus suksessss..happy tengok melayu berjaya..:)

  2. Ayuraza..terima kasih atas doa awak..kejayaan bermula dari kegagalan..saya yakin.awak juga akan berjaya suatu hari nanti. jangan putus asa dan cepat mengalah.

  3. SALAM JUMAAT.. SAYA DARI PASIR GUDANG,,BERMINAT NAK TAHU DAN CEBURI BIDANG PM NI..HARAP EN HUMAIZI SEDIA BERI TUNJUK AJAR..SEMOGA EN HUMAIZAI TERUS SUCCESS DENGAN PERKONGSIAN ILMU YG BERMANFAAT.TQ

  4. Salam Cik Humaizi…

    Sejak kebelakangan ini saya amat tertarik sekali untuk melabur dalam PM ini..dengan pengetahuan dan pengalaman tiada bagaimana cara untuk saya cuba memahami perjalanan dan strategi PM ini. Harap dapat panduan dan bimbingan dr org yang berpengalaman..

  5. Public hg bwh grup sapa? Cheras ka?

  6. sy berminat dengan pblic mutual untk jadi agen.macammana cara

  7. berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut

  8. Saya salah seorang agen part time Manulife, saya lihat PM lagi senang nak jual daripada Manulife. saya bercadang bertukar menjual PM. Please advice.

  9. Setiap bidang pasti ada kejayaan dengan adanya kesungguhan. Mudah mudahan Ahmad Humaizi akan terus berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *