Nur Amalina Che Bakri; Jawapan Dari Ibu Beliau

Nur Amalina Che Bakri

Sejak isu Nur Amalina Che Bakri keluar dalam internet, saya ternanti-nanti jawapan daripada ibu beliau. Ya lah..dunia internet dan information technology serta wujudnya gambar super impose, kita tak tahu betul atau tidak itu adalah gambar sebenar Nur Amalina atau sebaliknya.

Sebelum anda baca laporan penuh; saya amat tertarik statement dari ibu Nur Amalina Che Bakri:

Nur Amalina Che Bakri
SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Apa yang saya boleh simpulkan di sini…Mak dia kata….apahal kita semua sibuk memperkatakan tentang pakaian Nur Amalina Che Bakri yang seksi dan bergambar dengan lelaki mat Salleh, sebab ibu beliau sendiri yang belikan pakaian tersebut untuk Nur Amalina Che Bakri.

Satu lagi, ibu Nur Amalina Che Bakri mengenali semua rakan-rakan lelaki yang bergambar dengan beliau, jadi kita semua tak perlu risau dan sibuk jaga tepi kain orang, walapun pergaulan lelaki dan perempuan dengan buka aurat memang sah haram di sisi Islam…kalau kita nak berdakwah sekalipun…cuba la dakwah orang di sekeliling kita dulu…kes Amalina Che Bakri ni tak apa..sebab ibu dia meredhai beliau berpakaian seksi dan berkawan dengan lelaki bukan Muhrim…(saya tahu statement ini mengundang kontroversi….tetapi..inilah yang ingin ditekankan oleh Ibu Amalina sendiri..kenapa semua orang dengkikan dan sibuk nak ambil tahu tentang pakaian dan pergaulan beliau?…) tetapi ada betulnya juga…kenapa bila Amalina buat macam ni kita bising dan heboh..tapi bagaimana dengan orang di sekeliling kita? Pernah tak kita dakwah jiran tetangga kita untuk tutup aurat? Bukankah kita patut dakwah orang yang terdekat dengan kita terlebih dahulu? Tepuk dada tanyalah iman…

 

Ok, ini adalah copy dan paste laporan daripada Berita Harian pada 4 Januari 2011, bertajuk, Ibu sangkal tohmahan blog, Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Badrul Kamal Zakaria, bhjb@bharian.com.my

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).
Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

Info Tambahan:

Ini adalah Video perbualan skype yang saya ambil daripada youtube:

 

Rasanya Amalina tidak lagi sesuai untuk menjadi ikon negara…penampilan terkini beliau tidak lagi ada ciri-ciri Islamik….semoga beliau diberikan taufik dan hidayah..nak marah pun susah..sebab orang cerdik pandai..seburuk-buruk dakwah yang saya mampuu lakukan hanya membenci beliau kerana tidak tampil sebagai wanita muslimah…

 

Nur Amalina Che Bakri

8 Comments

  • saya doakan semoga Amalina mendapat taufik dan hidayah dari Allah..oh ya..bukan Amalina saja..ibunya sekali…sebab membenarkan anak perempuannya bergaul dengan lelaki muhrim dan berpakaian seksi.

  • Penolong kanan ke yang belikan dan merelakan anaknya buat macam tu? Fuhhh!! Patutlah anak bangsa jahanam.

  • ok, kita kenalah hormati mak beliau & jaga family kita dulu. 🙂

  • “Apa yang saya boleh simpulkan di sini…apahal kita semua sibuk memperkatakan tentang pakaian Nur Amalina Che Bakri yang seksi dan bergambar dengan lelaki mat Salleh, sebab ibu beliau sendiri yang belikan pakaian tersebut untuk Nur Amalina Che Bakri.

    Satu lagi, ibu Nur Amalina Che Bakri mengenali semua rakan-rakan lelaki yang bergambar dengan beliau, jadi kita semua tak perlu risau dan sibuk jaga tepi kain orang, walapun pergaulan lelaki dan perempuan dengan buka aurat memang sah haram di sisi Islam…kalau kita nak berdakwah sekalipun…cuba la dakwah orang di sekeliling kita dulu…kes Amalina Che Bakri ni tak apa..sebab ibu dia meredhai beliau berpakaian seksi dan berkawan dengan lelaki bukan Muhrim…”

    Adakah ini pemikiran penulis blog?

    Ini sudah SALAH KONSEP REDHA ALLAH PADA REDHA IBUBAPA nie… jgn kelirukan org, sepatutnya yg berilmu kena ‘lead’ bukan ‘mislead’

  • salam ya blogger saudara seislamku , ku mengenalimu lbh dari kamu mengnaliku , sdh bnyk kamu mmbntu ku dlm hdp ini . sebenarnya sy hnya ingn mmbri komen tntng tlsn saudara yg brtulis “Satu lagi, ibu Nur Amalina Che Bakri mengenali semua rakan-rakan lelaki yang bergambar dengan beliau, jadi kita semua tak perlu risau dan sibuk jaga tepi kain orang, walapun pergaulan lelaki dan perempuan dengan buka aurat memang sah haram di sisi Islam…kalau kita nak berdakwah sekalipun…cuba la dakwah orang di sekeliling kita dulu…kes Amalina Che Bakri ni tak apa..sebab ibu dia meredhai beliau berpakaian seksi dan berkawan dengan lelaki bukan Muhrim…
    sebenarnya kes dakwah x blh diperkatakn dgn sebegini . Andai kata kite x mampu brdkwah dngn orng sekeliling kita bknlh brmakna kt x blh brdkwh kpda orng yg jauh dgn kita .
    Allah prnh brfrmn :wahai orng2 yg beriman bertakwalah kpd Allah & kataknlh ucpn yg benar(dakwah) , akan ku ampunkn dosa2 kamu dan akn aku baiki amln kamu . Maka dari ayt ni pahamlah kite bahawa x smstinya kt nk jdi baek bru blh dakwah tp dalam berdakwahlah Allah akn perbaiki diri kita untk mnjadi baik secara prngkt-prngkt . x smstinya nk tnggu orng2 sekeliling kt jd baek bru blh dakwah , yg pntng kt dah seru mrka ke arah jalan islam , trpulang mrka nk trima ke x!! ajk mrka mnggunakn uslub yg btul .
    Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ” Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” (surah al-Nahl : 125) Ini bermakna segala kritikan yg dibuat oleh masyarkat (yg sedara kata sibuk jage kain orang) adlh slh satu bntk tguran yg ingn dsampaikn olh Allah melalui orang2 trtentu. ingtlh kite ni hdp dlm satu jemaah sape lg nk tegur kite(kritik komen puji hina caci trmsk jga slh stu cara teguran)
    kalu bkn jemaah islam kite . x kn nk hrpkn orng kapiaq yg nk kutuk orng islam pakai seksi .

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ” Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus.” (Surah al-Hajj : 67).

    Untk ape kt bragama jk x nk dgr nasihat(nsht blh dtng dlm mcm2 bntk…kutuk,caci,puji,…) krna agama itu sndiri ialah nasihat. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : “Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya.

    Saya memohon maaf jika ada yg terasa tetapi itulah yang terbaik krna sabda Rasulullah “sebaik baik teguran ialah yang sampai ke hati seseorang” Wallahualam wa barakallahufikum .

  • Hayat..kalau baca betul-betul..ayat-ayat saya tu ‘perli’ statement ibu Amalina…heheh…ibu beliau kan defensive…memandang semua orang negatif saja…semua orang dengkikan anak dia…semua yang dia dan anak dia buat adalah betul..jadi..’kesimpulan’ saya adalah berdasarkan kepada ‘perangai beliau dan ibunya’…kalau saya mengutuk dia secara direct…ramai juga yang tak puashati..kononnya sibuk jaga tepi kain org..hehehe…

  • Tuan punya blog,

    saya pun baca statement tuan punya blog, tidak berbunyi seperti memerli. bunyi seperti menyokong.
    Mungkin patut diletakkan statement (‘ayat perli disitu’) untuk mengelakkan kekeliruan. Saya pi masuk blog u nih pun nak pi tengok sape le yang setuju ngan statement ibu amalina itu.

    my 2 cent

  • Sebenarnya mak dia je ygnak COVER! yekah mana lah sanggup kena conteng arang di muka orang tua.. X logic mak orang kampung belikAn pakaian macam tuuu… Kira mak dia memang suka la anak dia terpesong akidah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *