Agensi Ahmad Humaizi Consultancy

Alhamdulillah, setelah lima tahun berada dalam industri takaful, iaitu bermula tahun Januari 2012 selepas meninggalkan kerja makan gaji, saya mendapat rezeki dari Allah untuk memimpin agensi Takaful sendiri, yang saya namakan Ahmad Humaizi Consultancy.

Saya telah memilih lokasi TTDI Grove Kajang untuk dijadikan agensi ofis Ahmad Humaizi Consultancy. Kenapa saya pilih lokasi ini adalah utamanya berhampiran dengan rumah saya, lebih kurang dalam lima km, keduanya, lokasi TTDI Grove Kajang senang untuk akses, terletak di tepi Highway Kajang- Cheras – Semenyih. Kawasan shop lot TTDI Grove Kajang adalah satu perbandaran baru yang dimajikan oleh pemaju TTDI Naza Development, dan ianya terletak bersebelahan dengan Kajang Perdana dan Penjara Kajang.

Kenapa perlu kemudahan pejabat untuk Agensi Takaful Keluarga?

Fungsi utama Group Manager bukan lagi untuk membuat jualan takaful, namun untuk melahirkan lebih ramai perunding takaful yang boleh mendidik masyarakat tentang Pengurusan Risiko Kewangan. Tabiat umum masyarakat tidak suka menyimpan wang, apatah lagi menyertai dalam kelompok takaful, kerana majoriti menganggap satu ‘kerugian’ sertai takaful kerana selalu menganggap mereka kebal dari sebarang risiko. Jadi di sinilah peranan Perunding Takaful untuk mendidik masyarakat tentang satu keperluan untuk selesaikan hutang apabila meninggal, dan kita selalu mengingatkan tentang Kerana Hutang Syurga Terhalang. Malah banyak lagi idea lain yang patut diperjuangkan oleh agent takaful.

Budaya Agensi Ahmad Humaizi Consultancy

Setiap agensi takaful mempunyai visi dan nilai yang berbeza. Pandangan saya untuk ‘sustain’ dalam industri ini adalah bukan jualan yang cepat dan besar dalam masa singkat, namun berapa banyak ilmu kewangan yang dijana oleh seseorang perunding dalam industri ini. Bagi anda yang sertai kami di Ahmad Humaizi Consultancy (AHC), anda berpeluang untuk mendalami ilmu pemasaran takaful yang semestinya berbeza dengan MENJUAL INSURANS. Nampak sama, namun ianya tidak sekali-kali sama, hanya jauhari yang kenal manikam. Penerapan ilmu memerlukan dua hala, dan anda yang ingin berjaya dalam industri ini perlu bersedia untuk belajar dan juga turun padang untuk mendapatkan pengalaman terus dari bakal pelanggan. Inilah ‘real knowledge’ yang amat bernilai dalam industri ini, iaitu on the job training selepas mendapat idea dari leader industri.

Jom sertai kami

Saya meletakkan satu komitment untuk jalankan aktiviti Rekrutment perunding takaful berterusan sehingga akhir hayat saya. Inilah jihad saya di dunia ini, dalam bidang kewangan Islam. Saya ingin fokus lahirkan lebih ramai perunding yang bukan setakat berjaya capai impian mereka dari segi materialistik, namun juga berjaya mendidik masyarakat di luar sana tentang pengurusan risiko kewangan.

Anda yang berminat untuk sertai kami boleh hubungi saya 019-3726080.

AHMAD HUMAIZI
Group Manager
Great Eastern Takaful Berhad

Hibah Takaful, Sekadar Omong Kosong atau Benarkah Boleh Dilaksanakan?

Sejak kebelakangan ini, ramai Muslim telah sedar akan kepentingan perancangan kewangan, bukan sahaja untuk jadikan kita mempunyai kehidupan yang selesa sewaktu sihat, malah juga selepas bersara serta sekiranya ditakdir meninggalkan dunia ini dengan anak-anak yang masih kecil. Konsep HIBAH semakin popular di kalangan orang Islam untuk memastikan kelangsungan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak sepeninggalan ayah tercinta.

Adakah Hibah boleh diberikan oleh sesiapa sahaja tanpa melalui proses faraid sepeninggalan orang yang memberikan hibah? Teruskan pembacaan anda di bawah ini.

Kita amat bertuah kerana semakin banyak perkongsian tentang konsep hibah bukan saja dari segi praktikal, malah dari segi akademik dan juga pelaksanaan undang-undang. Dalam entri ini, saya ingin kongsikan beberapa extract dari hasil kajian Tuan Mohd Khairy Kamarudin & Suhaili Alma’amun Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, tajuk IMPLIKASI AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 KE ATAS INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA PENAMAAN DAN HIBAH MANFAAT TAKAFUL.

Manfaat Kematian Takaful, boleh dibahagikan melalui dua kaedah, iaitu Kaedah pertama adalah melantik seorang atau beberapa penama sebagai wasi atau pemegang amanah dan perlu mengagihkan manfaat tersebut kepada waris-waris yang lain. Kaedah kedua pula adalah mengagihkan manfaat tersebut kepada seorang atau beberapa penama sebagai penerima hibah.

Pada 2007, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Resolusi Bank Negara Malaysia di mana resolusi tersebut membenarkan manfaat Takaful dihibahkan kepada penama sebagai benefisiati tunggal. Resolusi tersebut adalah seperti berikut (Bank Negara Malaysia, 2007):

  1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan Shariah.
  2. Status hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu. Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa.
  3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (Al-Qabd).
  4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang dan
  5. Borang penamaan Takaful perlu diselaraskan dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

 HIBAH TAKAFUL ADALAH HIBAH BERSYARAT

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013  Manakala, bagi penama yang menjadi benefisiari di bawah hibah bersyarat, merujuk kepada Perenggan 3(2), Jadual 10, manfaat tersebut akan menjadi milik penerima hibah, tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta Takaful dan manfaat tersebut tidak tertakluk kepada hutang si mati. Manfaat Takaful ini tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta Takaful dan tidak tertakluk kepada hutangnya kerana manfaat tersebut telah diberi oleh peserta Takaful kepada penerima hibah semasa hayat peserta Takaful.

Apakah kesan dari Klaus Perenggan 3 (2) ini? Kesannya adalah Pemberian ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli waris si mati kerana manfaat tersebut telah dipindah milik kepada penama dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat peserta Takaful tanpa ada sebarang keraguan. Antara kelebihan dalam pemberian manfaat takaful ialah manfaat ini akan diberikan dengan kadar segera kepada penama dan tidak tertakluk kepada harta pusaka si mati. Dengan adanya manfaat sebegini rupa, maka ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga sekiranya berlaku kematian ke atas ketua rumah atau sebagainya.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, keseluruhannya kajian ini mendapati akta ini memberikan pengiktirafan kontrak hibah bersyarat yang tidak disepakati. Hal ini disebabkan keperluan pada masa kini yang memerlukan inovasi kontrak-kontrak muamalat supaya dapat memenuhi keperluan umat Islam serta melindungi kebajikan waris-waris.

Merujuk Perenggan 4(1), apabila berlaku kematian penama, permohonan melalui notis secara bertulis oleh peserta Takaful kepada pengendali Takaful dan melalui sebarang penamaan yang terkemudian, maka penamaan tersebut adalah terbatal. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kesulitan dalam proses untuk menuntut manfaat Takaful apabila kematian peserta Takaful, maka peserta Takaful perlu menamakan individu yang baru. Namun begitu, keunikan di dalam hibah bersyarat, apabila berlaku kematian penerima hibah, merujuk kepada Perenggan 4(3), manfaat Takaful tersebut tidak menjadi pusaka kepada penerima hibah dan pemberian hibah tersebut terbatal. Berbeza dengan hibah mutlak, jika penerima hibah meninggal dunia, maka harta yang dihibahkan akan menjadi pusaka penerima hibah dan perlu diagihkan kepada wariswaris penerima hibah.

HIBAH SATU KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK

Dewasa ini, setiap keluarga perlu cipta satu Dana HIBAH untuk keluarga tersayang, terutamanya seorang ayah yang mempunyai tanggungan isteri dan anak-anak. Seorang Isteri perlu pastikan suami tersayang yang juga ayah kepada anak-anak mempunyai dana HIBAH ini yang dinamakan ISTERI sebagai penerima Hibah. Anda ingin cipta dana HIBAH dan perlukan info lanjut? Boleh klik di sini http://bit.ly/hibahtakaful atau hubungi saya HUMAIZI di talian 019-3726080 sekarang.

AHMAD HUMAIZI IFP

Apa Manfaat Dalam Sijil Takaful Anda?

Artikel tentang manfaat Takaful ini disiarkan dalam Sinar Harian yang diolah oleh Great Eastern Takaful. Satu artikel yang bagus kerana ramai Muslim kini telah menyertai takaful, namun berapa ramai yang tahu apa manfaat yang mereka sertai? Apakah sekadar Medical Card, atau Perlindungan Kematian disebabkan Kemalangan? Sekiranya anda telah sertai Takaful, jom semak apa yang terkandung dalam sijil takaful anda hari ini juga!

MANFAAT Takaful merupakan antara elemen paling penting bagi peserta takaful kerana ianya merujuk kepada jumlah wang pampasan yang bakal diperoleh seseorang penama apabila peserta ditimpa musibah dan dalam erti kata lain, kematian. Dengan wujudnya manfaat takaful ini, secara tidak langsung ianya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh peserta dan ahli keluarga peserta Takaful.

Sebagai contoh, manfaat takaful yang diperolehi boleh digunakan bagi menyelesaikan segala bebanan hutang si mati yang mana penyelesaian hutang amatlah dituntut oleh Islam sejajar dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang”. (Sahih Muslim). Walaupun begitu, pemberian manfaat takaful ini mestilah dilakukan melalui proses penamaan semasa hayat Peserta takaful itu sendiri.

Kelebihan Penamaan dalam Sijil Takaful

Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Peserta takaful mempunyai dua pilihan dalam melakukan penamaan.

Yang pertama, mana-mana peserta takaful layak untuk melantik individu yang diingini untuk menerima manfaat takaful sebagai penerima dan pemilik manfaat. Yang kedua, peserta boleh melantik mana-mana individu untuk menjadi pemegang amanah atau Wasi. Rasulullah bersabda, maksudnya, “Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai.” (Sahih Bukhari)

Penama-penama ini akan memperoleh manfaat takaful apabila berlaku musibah kematian ke atas peserta Takaful. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara penerima manfaat takaful dan pemegang amanah atau Wasi untuk manfaat takaful.

Dalam pilihan yang pertama tadi, pemberian manfaat takaful ini akan menjadi milik penerima secara mutlak bahkan tidak tertakluk pada hutang si mati. Ini kerana kontrak yang mendasari pemberian ini adalah berdasarkan konsep Hibah bersyarat.

Setelah mana kematian peserta Takaful, maka syarat untuk menerima manfaat takaful secara automatik akan menjadi milik penama. Peserta Takaful boleh menukar nama individu yang bakal memperoleh manfaat takaful pada bila-bila masa dan tidak perlu mendapat persetujuan daripada penama lain ketika beliau masih lagi hidup.

Penamaan yang ditawarkan di dalam Takaful sangatlah fleksibel kerana peserta takaful boleh melantik mana-mana individu tidak mengira latarbelakang agama yang dianuti serta bangsa.

Malah pemberian ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli waris si mati kerana manfaat tersebut telah dipindah milik kepada penama dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat peserta Takaful tanpa ada sebarang keraguan.

Antara kelebihan dalam pemberian manfaat takaful ialah manfaat ini akan diberikan dengan kadar segera kepada penama dan tidak tertakluk kepada harta pusaka si mati. Dengan adanya manfaat sebegini rupa, maka ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga sekiranya berlaku kematian ke atas ketua rumah atau sebagainya.

Jika terdapat ahli waris yang menjadi penerima manfaat takaful, sebagai contoh isteri, beliau bolehlah menggunakan wang pampasan tersebut untuk meringankan tanggungan selepas kematian suaminya bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarga beliau dan anak-anak. Perkara ini selaras dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W:

“Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai.” (Sahih Bukhari)

Pilihan kedua adalah melantik penama sebagai pemegang amanah atau Wasi. Manfaat tersebut tidak akan menjadi milik Wasi namun, Wasi mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menguruskan manfaat takaful tersebut kepada ahli waris si mati secara hukum Faraid bagi yang beragama Islam dan bagi yang bukan Islam mengikut undang-undang yang berkaitan dengan mereka.

Dalam hal ini, manfaat takaful akan dikira sebagai harta mutlak si mati dan akan tertakluk kepada hutang si mati sekiranya ada. Sekiranya peserta tidak melakukan penamaan ketika menyertai sijil Takaful, ahli waris terpaksa melalui pelbagai proses yang merumitkan supaya pihak pengendali takaful dapat menyerahkan tuntutan manfaat takaful kepada ahli waris yang berhak selepas kematian peserta.

Dalam hal ini, sewajarnya tidak boleh menyalahkan pihak pengendali Takaful sekiranya berlaku kelewatan dalam proses pemberian manfaat Takaful tersebut.

Oleh yang demikian para Peserta takaful haruslah bijak dalam membuat penamaan bagi memenuhi tujuan dan matlamat yang akan memberi kemudahan kepada semua pihak termasuk ahli keluarga seterusnya pihak pengendali takaful bagi peningkatan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Wallahu’alam.

Lindungi Dari Risiko Kerugian Kewangan

Menguruskan kewangan dengan baik bukan setakat mempunyai rekod perbelanjaan keluar masuk wang, namun juga merancang dan mencipta satu dana untuk menguruskan kerugian kewangan akibat dari terjadinya risiko-risiko yang bakal berlaku dalam kehidupan kita.  Risiko kehilangan kewangan dalam keluarga akan terjadi apabila salah seorang penyumbang  kepada pendapatan meninggal dunia, mengalami kecacatan kekal, kemalangan, sakit kritikal yang menyebabkan tiada kemasukan wang untuk menyara kehidupan.

Artikel mengenai Perlindungan Kewangan ini disiarkan di Harian Metro.

Lindungi Kewangan Anda

Seorang ketua keluarga perlu berusaha dan bersiap sedia menghadapi risiko kehidupan dan ianya bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah SWT. Takaful, iaitu insurans berasaskan muamalat Islam merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar untuk menghadapi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku pada diri sendiri atau ahli keluarga.

Kesedaran masyarakat tentang tentang  takaful semakin meningkat dengan adanya kemudahan takaful perubatan, yang mana peserta takaful boleh mendapatkan manfaat bayaran rawatan bil kos rawatan di hospital. Namun begitu, perlindungan takaful bukanlah semata-mata hanya untuk manfaat perubatan sahaja, dan ianya adalah berdasarkan kepada keperluan seseorang individu. Umpamanya keperluan takaful untuk seorang ayah adalah berbeza berbanding dengan seorang anak kecil yang masih belum mempunyai tanggungan.

Seorang ayah perlu memberi keutamaan kepada pembentukan dana penggantian pendapatan melalui skim takaful kerana  ianya adalah satu instrumen mudah, murah, cepat dan pasti dalam pembentukan dana penggantian pendapatan. Kelebihan ketara adalah dana ini boleh dihibahkan tanpa perlu proses faraid. Harta-harta lain tertakluk kepada pembahagian secara faraid yang mungkin mengambil masa untuk diselesaikan. Dengan adanya dana dari takaful, proses penerimaan duit kepada penerima hibah adalah lebih cepat dan ianya amat berguna sekiranya si penerima adalah seorang isteri yang bakal menggalas tanggungjawab seorang ayah yang telah pergi selamanya tidak lagi kembali.

Dalam dunia sekarang ramai yang melalui kehidupan dengan berhutang. Majoriti dari kita berhutang untuk membeli kereta, rumah dan juga membiayai pendidikan. Berhutang atas keperluan kehidupan yang moden yang perlu disediakan bagi membina kehidupan normal. Bagaimana sekiranya kita meninggalkan dunia ini sebelum sempat melunaskan hutang tersebut? Sebagai seorang Muslim, hutang wajib dibayar dan tanggungjawab ini terpaksa digalas oleh waris terdekat. Apa akan terjadi sekiranya waris terutamanya isteri tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melunaskan hutang yang ditinggalkan oleh si suami?

Perancangan kewangan perlu dibuat dari awal untuk pastikan bagaimana hutang piutang kita boleh diuruskan dan ditadbirkan dengan baik oleh waris terdekat sepeninggalan kita nanti dari dunia ini.Dengan adanya dana dari takaful, waris terdekat boleh menggunakan wang dari dana ini untuk melangsaikan hutang setelah ketiadaan kita nanti.

Untungnya para Muslim sekarang ini kerana para pengendali takaful telah membangunkan pelbagai produk-produk komprehensif berasaskan syariah bagi melindungi risiko peserta-peserta takaful. Pelan takaful berkaitan pelaburan merupakan satu pelan perlindungan yang menjadi pilihan ramai kerana ianya mempunyai pelbagai manfaat perlindungan tambahan. Selain daripada perlindungan kematian, hilang upaya kekal, sakit kritikal, kad perubatan, antara ciri menarik terdapat dalam pelan ini adalah penggantian pelaburan. Ketika  anda kehilangan keupayaan untuk meneruskan bayaran sumbangan ke dana takaful,ketidakupayaan ini boleh dikawal sekiranya anda mengambil manfaat penggantian atau lebih dikenali sebagai pengenepian sumbangan atau manfaat  faedah pembayar.

Dengan adanya manfaat ini, walaupun sumbangan bulanan tidak lagi perlu dibayar akibat dari ketidakupayaan, peserta takaful boleh terus menikmati manfaat perlindungan termasuk kad perubatan dan juga sumbangan polisi takaful berterusan yang sebahagiannya akan dilaburkan ke dalam dana unit amanah dan keuntungan dimasukkan ke dalam tabung takaful bagi membolehkan anda menikmati simpanan sehingga tamat tempoh takaful anda.

Kesimpulannya, pelan takaful yang terbaik adalah yang sesuai dengan keperluan dan bajet kewangan anda. Apa yang anda perlu tahu adalah menyertai takaful tidak sama seperti menyertai keahlian kelab golf, kerana anda perlu sertai takaful pada ketika anda tidak perlukan manfaatnya. Sekiranya anda ingin menyertai takaful pada waktu anda memerlukannya, kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak oleh pengendali takaful. Rancang kewangan bukan sekadar ingin menjadi seorang yang bijak menguruskan wang semasa sihat dan mempunyai berpendapatan dan simpanan yang tinggi, namun juga untuk mentadbirkan risiko kerugian kewangan di saat kita tidak lagi berupaya untuk menjana pendapatan bagi menyara diri sendiri mahupun keluarga tercinta.

 

Disediakan oleh,

Ahmad Humaizi bin Mat Noor
Perunding Kewangan Islam

Kerja Sampingan Bukan Lagi Satu Pilihan?

Dalam kehidupan yang semakin mencabar, dengan kenaikan harga barangan, pelbagai cukai yang terpaksa dibayar oleh rakyat Marhain setiap hari, saya diberi kesempatan oleh Harian Metro untuk memberikan pendapat mengenai isu Kerja Sampingan.

kerja sampingan

1. Peningkatan kos sara hidup setiap tahun menyebabkan ramai pekerja melakukan kerja sampingan bagi mencari pendapatan tambahan. Apa komen tuan mengenai fenomena ini?

Peningkatan kos sara hidup yang tidak selari dengan kenaikan gaji menyebabkan ramai pekerja terpaksa mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan keluarga.  Namun perkara utama yang seorang pekerja perlu kenal pasti sebelum mencari kerja sampingan apakah keperluan dan objektif utama mereka mempunyai kerja sampingan, adakah kerana untuk membayar hutang ataupun untuk keperluan lain seperti membuat tabungan untuk dana pendidikan atau persaraan. Apabila ada matlamat yang khusus, maka anda boleh gariskan beberapa langkah dan panduan yang sesuai untuk tidak menjejaskan pekerjaan utama seharian anda.

Mempunyai kerja sampingan boleh menjejaskan produktiviti seseorang pekerja sekiranya tidak diimbangi dengan betul apa matlamat asal mereka melakukan kerja sampingan.

Fenomena ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada majikan mahupun seseorang pekerja itu sendiri. Majikan sebolehnya mahukan pekerja mereka memberi komitmen penuh dan setia kepada organisasi tempat mereka bekerja, pada masa yang sama, masalah kewangan yang dialami oleh pekerja juga boleh mendorong masalah-masalah lain yang boleh juga mengurangkan produktiviti syarikat.

Dengan menaikkan gaji pekerja semata-mata untuk tidak membenarkan pekerja melakukan kerja sampingan tidak mungkin akan dapat menyelesaikan masalah kewangan pekerja sekiranya mereka tidak bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan. Pekerja yang bijak merancang kewangan dan tidak mengalami masalah hutang yang serius kebiasaannya boleh memberikan tumpuan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti mereka untuk kebaikan syarikat.

2. Apa persediaan yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin melakukan kerja sampingan ini?

Persediaan utama yang perlu dilakukan oleh pekerja adalah untuk memastikan kerja sampingan yang dilakukan tidak memberi sebarang  konflik kepentingan dengan majikan tempat anda bekerja.  Seterusnya , anda perlu kenal pasti apakah bentuk kerja sampingan yang sesuai untuk dilakukan,  umpamanya boleh dilakukan secara sambilan dan tidak mengganggu kerja di siang hari. Kerja tersebut seharusnya tidak mengambil masa yang lama kerana anda telah menghabiskan masa selama lapan jam di pejabat, sanggupkah anda untuk bekerja lagi selama lima jam atau lebih pada sebelah malam?

Ketika anda menimbang untuk melakukan kerja sambilan, carilah sesuatu yang tidak memerlukan modal yang besar ataupun anda tidak perlu mengeluarkan kos operasi yang tinggi dari pekerjaan ataupun perniagaan tersebut.

Realitinya tidak semua orang boleh lakukan perkara yang sama kerana setiap antara kita mempunyai kekuatan dan kekurangan tersendiri. Justeru itu, anda harus mengenal pasti apakah bentuk pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan kepada anda seorang pekerja tanpa memerlukan pengurusan yang rapi untuk tidak menjejaskan pekerjaan utama anda.

Antara pendapatan sampingan yang boleh dilakukan oleh seorang pekerja adalah dengan membuat kerja jualan secara sambilan, menjadi pensyarah di institusi pengajian swasta, menjadi seorang penulis, membuat kerja perundingan mengikut kepakaran anda, membuat kelas untuk berkongsi kemahiran yang anda miliki, contohnya anda suka memasak, boleh membuat bengkel  memasak untuk ibu berkerjaya pada hujung minggu.

Sebenarnya terdapat banyak pilihan untuk mendatangkan pendapatan tambahan, namun kebanyakan dari kita membuat had pada bidang jualan produk fizikal saja, sedangkan anda mempunyai kelebihan dalaman yang belum dicungkil sepenuhnya oleh majikan anda, dan inilah masanya untuk anda keluarkan ‘gergasi’ dari dalam diri anda. Mana tahu suatu hari nanti anda boleh jadi seorang pakar dalam bidang yang anda ceburi secara sambilan saja, namun atas dasar minat yang mendalam, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan!

3. Apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang membuat kerja sampingan ini dan apakah kesannya?

Pokok pangkalnya, anda masih mempunyai majikan dan inilah sumber pendapatan utama untuk menyara keluarga. Dengan itu, jangan khianati amanah yang diberikan oleh majikan anda, kerana apa yang anda inginkan bukan saja pendapatan tambahan, namun keberkatan dari hasil usaha anda. Anda tahu apa yang bakal lakukan, oleh itu, lakukan kerja sampingan di luar waktu bekerja dan tidak menggunakan kemudahan yang disediakan oleh majikan. Melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan sumber pendapatan utama, yang boleh menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan. Apakah ini yang anda inginkan? Pastinya ini bukan matlamat asal, kerana apa yang anda inginkan adalah tambahan daripada pendapatan sedia ada untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Antara kesilapan lain yang biasa dilakukan adalah dengan melakukan lebih dari dua pekerjaan sambilan secara serentak lantas mereka sukar untuk memberi tumpuan dan fokus kepada setiap satu pekerjaan. Anda harus pilih sesuatu yang apabila anda lakukan boleh membuatkan anda  gembira dan juga memberi pulangan yang setimpal dengan apa yang telah anda usahakan. Apabila anda fokus kepada satu-satu pekerjaan, anda akan dapat memberikan masa dan tumpuan semaksima mungkin dan tidak lari dari matlamat asal kenapa anda perlu melakukan kerja sambilan.

Empat Tahun Bersama Great Eastern Takaful

Perjalanan saya bersama Great Eastern Takaful baru 4 tahun bermula Januari 2012. Sebelum itu, saya berkecimpung dalam industry Takaful dengan Takaful Ikhlas dan Prudential secara part-time ketika bekerja. Tidak focus, ‘desire’ tidak kuat, motivasi yang lemah dan pelbagai sebab lain yang semuanya datang dari diri saya sendiri menyebabkan saya tidak ke mana-mana dan tiada hala tuju.

Great Eastern Takaful Agent

Pada tahun 2012, satu gerombolan pejuang takaful menyerta GET namun berapa kerat saja yang bertahan. Suatu industry yang tidak pernah tepu, namun berapa ramai yang kental untuk bertahan dan terus memperjuangkan sistem muamalat Islam memperjuangkan riba dalam insurans konvensional.

Kadar rejection, malu untuk membuka mulut tentang protection, takut untuk approach prospek, ini adalah antara sebab ramai agent takaful tidak mara ke dapan. Usah cerita pasal orang lain, saya dahulu pun sama juga.

Alhamdulillah, perjalanan saya dengan GE Takaful dipermudahkan Allah. Sokongan dari orang sekeliling, pihak pengurusan GE takaful yang amat membantu, GM yang sentiasa member sokongan, kawan-kawan yang support saya dengan menyertai takaful dengan saya, menjadikan diri saya berada di sini pada hari ini. Tahun ni perjuangan agak mencabar dan getir, tahun akhir perjalanan saya sebagai Unit Manager untuk berada di tangga Group Manager pada tahun 2017.

Dulu semasa bekerja di Korporat, saya pernah impikan untuk menjadi seorang General Manager/ Head of Department pada usia meniti 40, InsyaAllah, saya yakin ianya bakal direalisasikan dengan Industri Takaful, bukan sebagai pekerja, namun sebagai seorang usahawan takaful yang membina empayar perniagaan sendiri.

Saya ingin bantu lebih ramai rakan-rakan yang masih bekerja dan perasaannya membuak-bukan ingin keluar dari alam pekerjaan makan gaji, jom bina empayar perniagaan bersama-sama Great Eastern Takaful. Penat lelah hanya dalam masa 1-3 tahun pertama, tahun seterusnya InsyaAllah kita sudah boleh menuai hasilnya dan ianya semakin mudah dengan Izin Allah.

Anda ingin berubah? Jom call, whatsapp atau sms saya sekarang 019-372 6080

Medical Card Dengan Waiver of Contribution

Ramai yang mempunyai kesedaran untuk menyertai plan takaful dengan Medical Card. Pelbagai kisah masyarakat tentang penyakit yang tiba-tiba menyerang memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sertai plan Takaful Medical Card.

Apabila anda memilih plan Medical Card, pastikan anda sertakan sekali rider atau manfaat tambahan ‘waiver of contribution’ bagi orang yang dilindungi atau person covered. Dengan adanya waiver ini, sekiranya anda disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal, anda dikecualikan daripada membayar sumbangan tahunan sehingga tamatnya term medical card pada usia 80 tahun.

Saya berpandangan manfaat waiver of contribution ini adalah TERPENTING kerana anda memang mampu membayar sumbangan medical card selagi mana anda masih bekerja, bagaimana sekiranya tetiba anda disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal? Pasti anda merasa sangat bertuah kerana telah mengambil manfaat waiver of contribution ini kerana anda tidak lagi perlu mengeluarkan wang sendiri untuk menggunakan manfaat medical card sehingga tamat tempoh pada usia 80 tahun. Bukan sahaja manfaat medical card, sekiranya anda mengambil manfaat tambahan elaun hospital, anda juga tetap layak untuk mendapat manfaat elaun harian sekiranya dimasukkan ke hospital.

Manfaat waiver of contribution ini juga boleh diambil oleh pembayar, samada seorang ayah, ibu untuk anak-anak, atau suami untuk isteri. Dengan adanya manfaat waiver untuk payor, sekiranya seorang ayah pembayar takaful mengalami sakit kritikal, hilang upaya kekal atau meninggal, anak akan menikmati kemudahan takaful dan medical card secara percuma sehingga anak berumur 25 tahun! Medical Card pun ada, yang paling best, cash value dalam simpanan takaful tetap bertambah walaupun si ayah telah tiada! Dengan cash value ini boleh digunakan oleh si anak untuk membiayai sebahagian dari perbelanjaan semasa memasuki universiti pada usia 18 tahun.

Delam entri blog kali ini saya ingin berkongsi cerita sahabat saya, mengenai tuntutan manfaat Sakit Kritikal dan Waiver of Contribution oleh pelanggan beliau. Terima kasih Nurbaizura Rashid atas kesudian untuk berkongsi info ini untuk memberi kesedaran kepentingan takaful kepada masyarakat.

Peserta yang disahkan mengalami sakit kritikal dikecualikan dari membayar sumbangan tahunan. Kredit kepada Nurbaizura Rashid atas perkongsian ini
Peserta yang disahkan mengalami sakit kritikal dikecualikan dari membayar sumbangan tahunan. Kredit kepada Nurbaizura Rashid atas perkongsian ini

Cerita ini diambil dari facebook beliau:

Salam Jumaat.. syukur je hadrat ilahi dapat menolong client dan juga sahabat baik saya yg baru2 ini telah diduga Allah dengan penyakit breast cancer. Claim cek utk critical illness beliau sebanyak RM50,000 telah di bayar dan yang paling penting ialah walaupun beliau mendapat pampasan RM50,000, perlindungan2 yang lain di dalam takaful itu masih lagi dapat diteruskan dengan ada Waiver of Contribution. Beliau tidak perlu lagi untuk membayar sumbangan kerana dana tabarru’ dari Great Eastern Takaful sekarang akan mengambil alih pembayaran sumbangan pesakit ini sehingga beliau berumur 80 thn. Semua Coverage lain spt medical card, elaun hospital..kematian dan hilang upaya kekal masih berterusan dan yg paling seronok simpanan dalam plan ini juga akan terus bertambah. Siapa kata insuran/takaful tak bayar pampasan? Ini buktinya. .Lindungi diri kita dengan perlindungan untuk penyakit kritikal..Kerana kita tidak tau apa yg akan terjadi pada kita di masa hadapan. 

tuntutan sakit kritikal Great eastern takaful

 

Saya yakin anda yang membaca entri blog ini telah mempunyai kesedaran akan kepentingan takaful dengan Medical Card, dan mungkin anda juga telah sertai plan Takaful Medical Card. Kini masanya untuk anda balik semak kembali sijil Takaful anda, apa perlindungan yang terdapat dalam plan Medical Card anda?

Saya dan team members sedia bantu anda untuk membuat polisi review, atau permohonan Medical Card terbaik, boleh hubungi saya di talian 019-3726080 atau anda boleh add saya di facebook https://www.facebook.com/humaizi untuk berkomunikasi dengan saya mengenai Medical Card.