Agensi Ahmad Humaizi Consultancy

Alhamdulillah, setelah lima tahun berada dalam industri takaful, iaitu bermula tahun Januari 2012 selepas meninggalkan kerja makan gaji, saya mendapat rezeki dari Allah untuk memimpin agensi Takaful sendiri, yang saya namakan Ahmad Humaizi Consultancy.

Saya telah memilih lokasi TTDI Grove Kajang untuk dijadikan agensi ofis Ahmad Humaizi Consultancy. Kenapa saya pilih lokasi ini adalah utamanya berhampiran dengan rumah saya, lebih kurang dalam lima km, keduanya, lokasi TTDI Grove Kajang senang untuk akses, terletak di tepi Highway Kajang- Cheras – Semenyih. Kawasan shop lot TTDI Grove Kajang adalah satu perbandaran baru yang dimajikan oleh pemaju TTDI Naza Development, dan ianya terletak bersebelahan dengan Kajang Perdana dan Penjara Kajang.

Kenapa perlu kemudahan pejabat untuk Agensi Takaful Keluarga?

Fungsi utama Group Manager bukan lagi untuk membuat jualan takaful, namun untuk melahirkan lebih ramai perunding takaful yang boleh mendidik masyarakat tentang Pengurusan Risiko Kewangan. Tabiat umum masyarakat tidak suka menyimpan wang, apatah lagi menyertai dalam kelompok takaful, kerana majoriti menganggap satu ‘kerugian’ sertai takaful kerana selalu menganggap mereka kebal dari sebarang risiko. Jadi di sinilah peranan Perunding Takaful untuk mendidik masyarakat tentang satu keperluan untuk selesaikan hutang apabila meninggal, dan kita selalu mengingatkan tentang Kerana Hutang Syurga Terhalang. Malah banyak lagi idea lain yang patut diperjuangkan oleh agent takaful.

Budaya Agensi Ahmad Humaizi Consultancy

Setiap agensi takaful mempunyai visi dan nilai yang berbeza. Pandangan saya untuk ‘sustain’ dalam industri ini adalah bukan jualan yang cepat dan besar dalam masa singkat, namun berapa banyak ilmu kewangan yang dijana oleh seseorang perunding dalam industri ini. Bagi anda yang sertai kami di Ahmad Humaizi Consultancy (AHC), anda berpeluang untuk mendalami ilmu pemasaran takaful yang semestinya berbeza dengan MENJUAL INSURANS. Nampak sama, namun ianya tidak sekali-kali sama, hanya jauhari yang kenal manikam. Penerapan ilmu memerlukan dua hala, dan anda yang ingin berjaya dalam industri ini perlu bersedia untuk belajar dan juga turun padang untuk mendapatkan pengalaman terus dari bakal pelanggan. Inilah ‘real knowledge’ yang amat bernilai dalam industri ini, iaitu on the job training selepas mendapat idea dari leader industri.

Jom sertai kami

Saya meletakkan satu komitment untuk jalankan aktiviti Rekrutment perunding takaful berterusan sehingga akhir hayat saya. Inilah jihad saya di dunia ini, dalam bidang kewangan Islam. Saya ingin fokus lahirkan lebih ramai perunding yang bukan setakat berjaya capai impian mereka dari segi materialistik, namun juga berjaya mendidik masyarakat di luar sana tentang pengurusan risiko kewangan.

Anda yang berminat untuk sertai kami boleh hubungi saya 019-3726080.

AHMAD HUMAIZI
Group Manager
Great Eastern Takaful Berhad

Apa Yang Penting Dalam Plan Takaful Anda

APABILA anda mengambil pelan Takaful, anda tentu mengharapkan perlindungan dan manfaat sebagaimana yang telah dipersetujui dan termaktub dalam akad yang ditandatangani.

Anda mahu pelan takaful yang diambil berbaloi dengan jumlah caruman yang dibuat sepanjang tempoh perlindungan sijil.

Oleh itu, sebelum mengambil sebarang pelan Takaful seperti kad perubatan atau pelan berkaitan pelaburan, ada beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui. Hal ini bagi mengelak permohonan anda ditolak, sukar apabila membuat tuntutan atau caruman menjadi mahal.

Maklumat berikut juga diharap dapat membantu anda ketika berbincang dengan perunding takaful untuk merangka pelan takaful yang betul dan menepati keperluan anda.

Jenis pelan yang diambil

Dapatkan khidmat perunding takaful untuk menjelaskan manfaat yang anda perlukan dan pastikan anda mendapat manfaat-manfaat tersebut daripada pelan yang disertai.

Anda mungkin mengambil sesuatu pelan dan mungkin tidak memahami perlindungan apa sebenarnya yang diambil. Sebagai contoh, pelan takaful berkaitan pelaburan mempunyai manfaat perlindungan dan pelaburan. Anda perlu tahu caruman untuk pelan tersebut akan diletakkan ke dalam dua dana yang berbeza iaitu dana pelaburan dan dana perlindungan.

Jika anda mahukan potensi pulangan pelaburan yang lebih, maka peratusan caruman anda akan dilebihkan kepada dana pelaburan. Ini juga bermakna jumlah manfaat perlindungan yang akan dibayar kepada anda sekiranya terdapat tuntutan akan lebih rendah.

Oleh itu, penting untuk anda membuat keputusan yang betul dalam menetapkan peratusan jumlah pelaburan dan perlindungan mengikut keperluan anda. Terdapat juga beberapa manfaat yang dibayar hanya jika terma dan syarat dipenuhi lebih-lebih lagi manfaat berbentuk kewangan.

Pastikan anda maklum mengenai terma dan syarat tersebut supaya tidak berasa kecewa atau tertipu jika tidak dapat menikmati manfaat tersebut kerana tidak memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Umur

Umur adalah antara faktor utama dalam menentukan sumbangan atau caruman bulanan takaful seseorang. Semakin tinggi risiko (disebabkan faktor umur), maka semakin mahal caruman yang perlu dibayar.

Boleh dikatakan semua pelan takaful kanak-kanak boleh diambil seawal umur 30 hari manakala lain-lain pelan takaful pula seawal umur 19 tahun. Oleh itu, jangan berlengah untuk membuat keputusan mengambil pelan perlidungan bagi mengelak anda daripada membayar caruman yang lebih mahal.

Jantina

Walaupun pada umumnya, caruman untuk wanita lebih rendah daripada lelaki, wanita perlukan kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit khusus kepada wanita yang mungkin tidak dilindungi dengan pelan perubatan sedia ada. Oleh itu mereka perlu mengambil manfaat tambahan khas bagi penyakit berkaitan wanita seperti kanser payudara atau rahim.

Merokok

Perokok mempunyai risiko kesihatan yang sangat tinggi. Secara amnya, individu perokok lebih berkemungkinan untuk menghidap penyakit kronik daripada bukan perokok.

Golongan perokok ini masih berpeluang mengambil pelan takaful, namun perlu bersedia untuk membayar caruman yang lebih tinggi berbanding individu yang tidak merokok.

Berbincanglah dengan perunding takaful anda untuk mengetahui caruman yang perlu anda bayar setiap bulan.

Penyakit sedia ada

Nyatakan status kesihatan anda secara telus ketika mengisi borang permohonan. Jika anda ada masalah kesihatan atau sejarah perubatan sebelum ini, anda wajib memberitahu perunding takaful anda supaya tidak berlaku sebarang masalah ketika membuat tuntutan nanti.

Pengendali takaful tidak akan menanggung kos perubatan penyakit sedia ada dan kadar sumbangan yang lebih tinggi akan dikenakan kepada pemohon yang mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Tempoh menunggu

Tuntutan bagi kad perubatan tidak boleh dibuat dalam tempoh menunggu iaitu maksimum 120 hari daripada tarikh sijil berkuatkuasa melainkan disebabkan kemalangan.

Jika dimasukkan ke wad disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu seperti kanser atau diabetes dalam masa 120 hari, pengendali takaful tidak akan menanggung kos perubatan tersebut. Ini kerana, penyakit-penyakit sebegitu dianggap sudah dihidapi sebelum mengambil pelan takaful.

Pekerjaan dan hobi

Jenis pekerjaan dan hobi anda akan menentukan apakah jenis perlindungan yang diperlukan dan berapakah amaun sumbangan yang bersesuaian. Pekerjaan dan hobi yang berbahaya dan berisiko tinggi terpaksa membayar caruman yang lebih tinggi berbanding pekerjaan yang berisiko rendah.

Sebagai contoh, caruman untuk jurutera pelantar minyak adalah lebih mahal kerana risiko mendapat kemalangan adalah lebih tinggi berbanding dengan orang yang bekerja di dalam pejabat.

Sijil takaful luput

Sijil takaful akan luput sekiranya anda terlepas membuat bayaran atau ada tunggakan. Kes begini sering terjadi jika pemegang sijil membuat bayaran secara manual setiap bulan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, gunakan kemudahan pembayaran seperti potongan terus dari akaun bank atau kad kredit.

Anda juga boleh membuat bayaran secara tahunan untuk kemudahan. Jika sijil takaful telah luput, anda tidak boleh menikmati manfaat perlindungan pelan seperti menggunakan kad perubatan untuk kemasukan ke hospital. Ini juga merupakan sebab utama Guarantee Letter (GL) anda tidak dikeluarkan oleh pengendali takaful.

Tuntutan melebih had

Jika jumlah kos rawatan anda melebihi had tahunan atau seumur hidup, maka lebihan tidak akan ditanggung oleh pengendali takaful. Sebagai contoh, had tahunan anda RM75,000 dan had seumur hidup RM1,000,000.

Bermakna, dalam masa setahun anda hanya boleh membuat tuntutan sehingga RM75,000. Sekiranya bil melebihi RM75,000 anda perlu bayar selebihnya menggunakan wang sendiri.

Had seumur hidup pula merujuk kepada had jumlah tuntutan sepanjang tempoh perlindungan sijil yang akan dibayar tidak melebihi RM1,000,000. Pastikan anda mengambil pelan perlindungan yang boleh meningkatkan had-had tersebut apabila anda mampu berbuat demikian.

Pelbagai manfaat tambahan (rider) untuk keperluan berbeza

Terdapat pelbagai jenis rider yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan yang berbeza. Misalnya, ada rider khusus untuk perlindungan wanita, kemalangan, penyakit kritikal, kad perubatan, pendapatan dan pelbagai lagi.

Oleh itu, penting untuk anda semak semula pelan perlindungan anda jika terdapat perubahan dalam status kehidupan anda seperti berkahwin atau memulakan keluarga dan lihat jika anda perlu menambah rider untuk mendapatkan perlindungan yang optimum.

Apa Manfaat Dalam Sijil Takaful Anda?

Artikel tentang manfaat Takaful ini disiarkan dalam Sinar Harian yang diolah oleh Great Eastern Takaful. Satu artikel yang bagus kerana ramai Muslim kini telah menyertai takaful, namun berapa ramai yang tahu apa manfaat yang mereka sertai? Apakah sekadar Medical Card, atau Perlindungan Kematian disebabkan Kemalangan? Sekiranya anda telah sertai Takaful, jom semak apa yang terkandung dalam sijil takaful anda hari ini juga!

MANFAAT Takaful merupakan antara elemen paling penting bagi peserta takaful kerana ianya merujuk kepada jumlah wang pampasan yang bakal diperoleh seseorang penama apabila peserta ditimpa musibah dan dalam erti kata lain, kematian. Dengan wujudnya manfaat takaful ini, secara tidak langsung ianya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh peserta dan ahli keluarga peserta Takaful.

Sebagai contoh, manfaat takaful yang diperolehi boleh digunakan bagi menyelesaikan segala bebanan hutang si mati yang mana penyelesaian hutang amatlah dituntut oleh Islam sejajar dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang”. (Sahih Muslim). Walaupun begitu, pemberian manfaat takaful ini mestilah dilakukan melalui proses penamaan semasa hayat Peserta takaful itu sendiri.

Kelebihan Penamaan dalam Sijil Takaful

Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Peserta takaful mempunyai dua pilihan dalam melakukan penamaan.

Yang pertama, mana-mana peserta takaful layak untuk melantik individu yang diingini untuk menerima manfaat takaful sebagai penerima dan pemilik manfaat. Yang kedua, peserta boleh melantik mana-mana individu untuk menjadi pemegang amanah atau Wasi. Rasulullah bersabda, maksudnya, “Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai.” (Sahih Bukhari)

Penama-penama ini akan memperoleh manfaat takaful apabila berlaku musibah kematian ke atas peserta Takaful. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara penerima manfaat takaful dan pemegang amanah atau Wasi untuk manfaat takaful.

Dalam pilihan yang pertama tadi, pemberian manfaat takaful ini akan menjadi milik penerima secara mutlak bahkan tidak tertakluk pada hutang si mati. Ini kerana kontrak yang mendasari pemberian ini adalah berdasarkan konsep Hibah bersyarat.

Setelah mana kematian peserta Takaful, maka syarat untuk menerima manfaat takaful secara automatik akan menjadi milik penama. Peserta Takaful boleh menukar nama individu yang bakal memperoleh manfaat takaful pada bila-bila masa dan tidak perlu mendapat persetujuan daripada penama lain ketika beliau masih lagi hidup.

Penamaan yang ditawarkan di dalam Takaful sangatlah fleksibel kerana peserta takaful boleh melantik mana-mana individu tidak mengira latarbelakang agama yang dianuti serta bangsa.

Malah pemberian ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli waris si mati kerana manfaat tersebut telah dipindah milik kepada penama dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat peserta Takaful tanpa ada sebarang keraguan.

Antara kelebihan dalam pemberian manfaat takaful ialah manfaat ini akan diberikan dengan kadar segera kepada penama dan tidak tertakluk kepada harta pusaka si mati. Dengan adanya manfaat sebegini rupa, maka ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga sekiranya berlaku kematian ke atas ketua rumah atau sebagainya.

Jika terdapat ahli waris yang menjadi penerima manfaat takaful, sebagai contoh isteri, beliau bolehlah menggunakan wang pampasan tersebut untuk meringankan tanggungan selepas kematian suaminya bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarga beliau dan anak-anak. Perkara ini selaras dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W:

“Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai.” (Sahih Bukhari)

Pilihan kedua adalah melantik penama sebagai pemegang amanah atau Wasi. Manfaat tersebut tidak akan menjadi milik Wasi namun, Wasi mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menguruskan manfaat takaful tersebut kepada ahli waris si mati secara hukum Faraid bagi yang beragama Islam dan bagi yang bukan Islam mengikut undang-undang yang berkaitan dengan mereka.

Dalam hal ini, manfaat takaful akan dikira sebagai harta mutlak si mati dan akan tertakluk kepada hutang si mati sekiranya ada. Sekiranya peserta tidak melakukan penamaan ketika menyertai sijil Takaful, ahli waris terpaksa melalui pelbagai proses yang merumitkan supaya pihak pengendali takaful dapat menyerahkan tuntutan manfaat takaful kepada ahli waris yang berhak selepas kematian peserta.

Dalam hal ini, sewajarnya tidak boleh menyalahkan pihak pengendali Takaful sekiranya berlaku kelewatan dalam proses pemberian manfaat Takaful tersebut.

Oleh yang demikian para Peserta takaful haruslah bijak dalam membuat penamaan bagi memenuhi tujuan dan matlamat yang akan memberi kemudahan kepada semua pihak termasuk ahli keluarga seterusnya pihak pengendali takaful bagi peningkatan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Wallahu’alam.

Pemasaran Takaful Dengan Facebook?

Adakah Boleh Pasarkan Takaful Melalui Facebook?

Saya pernah diberitahu oleh seorang yang telah lama berada dalam industri insurans tentang online marketing pada tahun 2012. Katanya sukar untuk guna online dalam pemasaran takaful.

Memang sukar sekiranya kita setiap hari asyik posting cerita tentang orang mati, orang sakit tak ada medical card, anak-anak kehilangan ayah tempat bergantung terpaksa meminta bantuan.. kalau itu cara promosi takaful secara online memang benar sukar. Walaupun anda ingin ceritakan perihal sebenar kepetingan takaful dengan kaitkan kisah yang berlaku di masyarakat, namun cara ini perlu diselang selikan dengan teknik memberi kesedaran dari menakut-nakutkan orang ramai.

Dalam apa jua teknik pemasaran, ‘education’ adalah paling utama untuk membina kredibiliti seterusnya kepercayaan dari orang ramai. Namun tak ramai yang sanggup untuk konsisten dan bersabar untuk membuahkan hasil yang lumayan. Ibarat ingin pokok berbuah ranum, peringkat awal harus dibaja dan disiram agar tidak mati.

Berapa ramaikah yang menggunakan facebook sekarang ini?

promosi takaful dengan facebook

Bagi anda yang ingin sertai industri takaful dan masih tercari-cari apakah teknik pemasaran yang berkesan, saya sedia bantu anda, dengan syarat anda ingin belajar dan lakukan apa yang saya minta untuk bina brand sendiri. Mudah saja kan?

Alhamdulillah, facebook profile dan fanpage telah banyak bantu saya untuk bina brand sebagai Perunding Kewangan Takaful, dan dengan ‘combination’ blog ini telah banyak mempertemukan saya dengan prospek yang berminat untuk menyertai takaful. Saya yakin dengan menggunakan cara ini, teknik pemasaran akan jadi lebih mudah dan efisyen.

Anda berminat untuk jadi perunding takaful di AhmadHumaiziConsultancy? Boleh hubungi saya 019-3726080 untuk temujanji.

Lindungi Dari Risiko Kerugian Kewangan

Menguruskan kewangan dengan baik bukan setakat mempunyai rekod perbelanjaan keluar masuk wang, namun juga merancang dan mencipta satu dana untuk menguruskan kerugian kewangan akibat dari terjadinya risiko-risiko yang bakal berlaku dalam kehidupan kita.  Risiko kehilangan kewangan dalam keluarga akan terjadi apabila salah seorang penyumbang  kepada pendapatan meninggal dunia, mengalami kecacatan kekal, kemalangan, sakit kritikal yang menyebabkan tiada kemasukan wang untuk menyara kehidupan.

Artikel mengenai Perlindungan Kewangan ini disiarkan di Harian Metro.

Lindungi Kewangan Anda

Seorang ketua keluarga perlu berusaha dan bersiap sedia menghadapi risiko kehidupan dan ianya bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah SWT. Takaful, iaitu insurans berasaskan muamalat Islam merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar untuk menghadapi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku pada diri sendiri atau ahli keluarga.

Kesedaran masyarakat tentang tentang  takaful semakin meningkat dengan adanya kemudahan takaful perubatan, yang mana peserta takaful boleh mendapatkan manfaat bayaran rawatan bil kos rawatan di hospital. Namun begitu, perlindungan takaful bukanlah semata-mata hanya untuk manfaat perubatan sahaja, dan ianya adalah berdasarkan kepada keperluan seseorang individu. Umpamanya keperluan takaful untuk seorang ayah adalah berbeza berbanding dengan seorang anak kecil yang masih belum mempunyai tanggungan.

Seorang ayah perlu memberi keutamaan kepada pembentukan dana penggantian pendapatan melalui skim takaful kerana  ianya adalah satu instrumen mudah, murah, cepat dan pasti dalam pembentukan dana penggantian pendapatan. Kelebihan ketara adalah dana ini boleh dihibahkan tanpa perlu proses faraid. Harta-harta lain tertakluk kepada pembahagian secara faraid yang mungkin mengambil masa untuk diselesaikan. Dengan adanya dana dari takaful, proses penerimaan duit kepada penerima hibah adalah lebih cepat dan ianya amat berguna sekiranya si penerima adalah seorang isteri yang bakal menggalas tanggungjawab seorang ayah yang telah pergi selamanya tidak lagi kembali.

Dalam dunia sekarang ramai yang melalui kehidupan dengan berhutang. Majoriti dari kita berhutang untuk membeli kereta, rumah dan juga membiayai pendidikan. Berhutang atas keperluan kehidupan yang moden yang perlu disediakan bagi membina kehidupan normal. Bagaimana sekiranya kita meninggalkan dunia ini sebelum sempat melunaskan hutang tersebut? Sebagai seorang Muslim, hutang wajib dibayar dan tanggungjawab ini terpaksa digalas oleh waris terdekat. Apa akan terjadi sekiranya waris terutamanya isteri tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melunaskan hutang yang ditinggalkan oleh si suami?

Perancangan kewangan perlu dibuat dari awal untuk pastikan bagaimana hutang piutang kita boleh diuruskan dan ditadbirkan dengan baik oleh waris terdekat sepeninggalan kita nanti dari dunia ini.Dengan adanya dana dari takaful, waris terdekat boleh menggunakan wang dari dana ini untuk melangsaikan hutang setelah ketiadaan kita nanti.

Untungnya para Muslim sekarang ini kerana para pengendali takaful telah membangunkan pelbagai produk-produk komprehensif berasaskan syariah bagi melindungi risiko peserta-peserta takaful. Pelan takaful berkaitan pelaburan merupakan satu pelan perlindungan yang menjadi pilihan ramai kerana ianya mempunyai pelbagai manfaat perlindungan tambahan. Selain daripada perlindungan kematian, hilang upaya kekal, sakit kritikal, kad perubatan, antara ciri menarik terdapat dalam pelan ini adalah penggantian pelaburan. Ketika  anda kehilangan keupayaan untuk meneruskan bayaran sumbangan ke dana takaful,ketidakupayaan ini boleh dikawal sekiranya anda mengambil manfaat penggantian atau lebih dikenali sebagai pengenepian sumbangan atau manfaat  faedah pembayar.

Dengan adanya manfaat ini, walaupun sumbangan bulanan tidak lagi perlu dibayar akibat dari ketidakupayaan, peserta takaful boleh terus menikmati manfaat perlindungan termasuk kad perubatan dan juga sumbangan polisi takaful berterusan yang sebahagiannya akan dilaburkan ke dalam dana unit amanah dan keuntungan dimasukkan ke dalam tabung takaful bagi membolehkan anda menikmati simpanan sehingga tamat tempoh takaful anda.

Kesimpulannya, pelan takaful yang terbaik adalah yang sesuai dengan keperluan dan bajet kewangan anda. Apa yang anda perlu tahu adalah menyertai takaful tidak sama seperti menyertai keahlian kelab golf, kerana anda perlu sertai takaful pada ketika anda tidak perlukan manfaatnya. Sekiranya anda ingin menyertai takaful pada waktu anda memerlukannya, kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak oleh pengendali takaful. Rancang kewangan bukan sekadar ingin menjadi seorang yang bijak menguruskan wang semasa sihat dan mempunyai berpendapatan dan simpanan yang tinggi, namun juga untuk mentadbirkan risiko kerugian kewangan di saat kita tidak lagi berupaya untuk menjana pendapatan bagi menyara diri sendiri mahupun keluarga tercinta.

 

Disediakan oleh,

Ahmad Humaizi bin Mat Noor
Perunding Kewangan Islam

Empat Tahun Bersama Great Eastern Takaful

Perjalanan saya bersama Great Eastern Takaful baru 4 tahun bermula Januari 2012. Sebelum itu, saya berkecimpung dalam industry Takaful dengan Takaful Ikhlas dan Prudential secara part-time ketika bekerja. Tidak focus, ‘desire’ tidak kuat, motivasi yang lemah dan pelbagai sebab lain yang semuanya datang dari diri saya sendiri menyebabkan saya tidak ke mana-mana dan tiada hala tuju.

Great Eastern Takaful Agent

Pada tahun 2012, satu gerombolan pejuang takaful menyerta GET namun berapa kerat saja yang bertahan. Suatu industry yang tidak pernah tepu, namun berapa ramai yang kental untuk bertahan dan terus memperjuangkan sistem muamalat Islam memperjuangkan riba dalam insurans konvensional.

Kadar rejection, malu untuk membuka mulut tentang protection, takut untuk approach prospek, ini adalah antara sebab ramai agent takaful tidak mara ke dapan. Usah cerita pasal orang lain, saya dahulu pun sama juga.

Alhamdulillah, perjalanan saya dengan GE Takaful dipermudahkan Allah. Sokongan dari orang sekeliling, pihak pengurusan GE takaful yang amat membantu, GM yang sentiasa member sokongan, kawan-kawan yang support saya dengan menyertai takaful dengan saya, menjadikan diri saya berada di sini pada hari ini. Tahun ni perjuangan agak mencabar dan getir, tahun akhir perjalanan saya sebagai Unit Manager untuk berada di tangga Group Manager pada tahun 2017.

Dulu semasa bekerja di Korporat, saya pernah impikan untuk menjadi seorang General Manager/ Head of Department pada usia meniti 40, InsyaAllah, saya yakin ianya bakal direalisasikan dengan Industri Takaful, bukan sebagai pekerja, namun sebagai seorang usahawan takaful yang membina empayar perniagaan sendiri.

Saya ingin bantu lebih ramai rakan-rakan yang masih bekerja dan perasaannya membuak-bukan ingin keluar dari alam pekerjaan makan gaji, jom bina empayar perniagaan bersama-sama Great Eastern Takaful. Penat lelah hanya dalam masa 1-3 tahun pertama, tahun seterusnya InsyaAllah kita sudah boleh menuai hasilnya dan ianya semakin mudah dengan Izin Allah.

Anda ingin berubah? Jom call, whatsapp atau sms saya sekarang 019-372 6080