Ahmad Humaizi Consultancy

Pada awalnya apabila ingin branding kumpulan perunding takaful, saya namakan dengan Al-Falah Advisor, malah saya sempat daftar syarikat enterprise dengan nama al-Falah Advisor. Namun kemudiannya saya dapati ada beberapa ‘leader’ lain dalam bidang perunding kewangan menggunakan nama yang sama.

Terus saya terfikir, kenapa tidak gunakan nama sendiri, sedangkan nama Humaizi sungguh indah maknanya? Nama yang dipilih oleh ayah dan ibu saya yang memberi makna KECERDASAN. Kiranya sejajar dengan matlamat saya ingin lahirkan member kumpulan yang CERDAS dan Produktif dalam bidang perundingan kewangan!

Tahun 2016 saya mula memikirkan secara serius untuk kembangkan bisness takaful, dan pada awal tahun saya telah ambil keputusan untuk menyewa sebuah ofis di Prima Saujana Kajang. Namun setelah beberapa bulan, saya ambil keputusan drastik untuk pindah ke ofis yang lebih besar dengan bilik training yang boleh muat dalam 50-80 orang untuk bakal protege perunding kewangan. Ofis baru kami kini di TTDI Grove, Square 1, Kajang.

ofis ahmadhumaizi consultancy

Takut Gagal Bolehkah Berani untuk Berjaya?

Saya berazam ingin terapkan satu agensi yang mementingkan ‘education in financial planning’ dalam AhmadHumaiziConsultancy untuk para perunding takaful kami dalam memberi kesedaran kewangan kepada orang awam. Namun ianya bukan satu perkara yang mudah, kerana perlukan satu impian dan matlamat yang jelas dan di luar kotak pemikiran biasa.

Imbas kembali tahun 2013 apabila saya letakkan vision untuk keluar TV dan juga menulis di akhbar utama, alhamdulillah 2014 terus tercapai apa yang diimpikan. Tahun ini, saya tulis berapa RM ‘yearly income’ yang nak dicapai, walaupun macam tak logik dengan peningkatan lebih 150% daripada tahun lepas, namun dengan izin Allah apa yang kita inginkan, apa yang kita tetapkan matlamat, dengan tindakan yang konsisten, ianya boleh tercapai!

Tahun 2017 saya impikan untuk punyai kumpulan Perunding Kewangan di bawah AhmadHumaiziConsultancy minimum seramai 100 orang, sesuatu yang bukan senang untuk dicapai bagi seorang rookie Group Manager 2017, namun saya yakin, dengan impian dan matlamat yang jelas, kami mampu lakukannya dengan komitment dari team yang power.

Saya ambil tindakan pantas dan agak ‘berani’ dengan ‘invest’ untuk pindah ofis lebih besar dengan training fasiliti yang agak selesa untuk perunding kewangan kami, dengan harapan besar dapat memberikan lebih banyak latihan dan coaching untuk team kami AhmadHumaiziConsultancy.

AhmadHumaizi Consultancy di TTDI Grove Kajang

AhmadHumaizi Consultancy di TTDI Grove Kajang

Bagaimana dengan rakan-rakan semua, apakah matlamat yang telah ditetapkan pada awal tahun 2016 telah dapat dicapai, dan apakah anda betul-betul serius ingin tetapkan satu matlamat luar biasa pada tahun 2017?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *