Cuti Bersalin Kakitangan Awam : Ketinggalan Zaman?

Salam,

Bermula 1 Mei 2009, kakitangan awam boleh memulakan cuti bersalin lebih awal maksimum dua minggu lebih awal. Bukan saya ingin menyatakan kegembiraan mengenai polisi baru tersebut, namun saya menganggap ianya adalah satu langkah ketinggalan zaman.

Sebenarnya, kakitangan swasta telah lama menikmati faedah tersebut. Malah, Seksyen 37 (1) (b) Employment Act 1955 (Akta Kerja 1955), memberi kebenaran kepada pekerja wanita untuk memulakan cuti bersalin 30 hari lebih daripada tarikh bersalin.

Namun ramai kalangan pekerja swasta tidak menyedari adanya klaus tersebut di dalam Akta Kerja 1955. Malah ada yang tidak mengetahui langsung mereka masih layak untuk mendapat faedah cuti bersalin berbayar (atau gaji dua bulan) walaupun mereka telah meletakkan jawatan atau tidak lagi bekerja dengan syarikat tersebut.

Pelik? Tetapi itulah kebenarannya: Seksyen 37 (2) (a) meletakkan dua kriteria utama bagi melayakkan pekerja wanita mendapat cuti bersalin berbayar:

(2) (a) A female employee shall be entitled to receive maternity allowance for the eligible period from her employer if-

(i) she has been employed by the employer at any time in the four months immediately before her confinement; and

(ii) she has been employed by the employer for a period of, or periods amounting in the aggregate to, not less than ninety days during the nine months immediately before her confinement.

Sepanjang saya menjalankan Kursus Akta Kerja 1955 semasa di Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), tak ada seorang pun yang boleh memberikan penerangan yang lengkap seksyen yang saya ‘quote’ kan di atas. Rugi sekali bagi pekerja wanita yang tidak mengetahui hak mereka untuk mendapat gaji dua bulan walaupun mereka telah meninggalkan syarikat terdahulu!!! Syaratnya mudah saja, mereka hendaklah telah bekerja selama 90 hari di Syarikat sepanjang tempoh mengandung, dan bersalin dalam tempoh empat bulan dari tarikh peletakan jawatan.

Bagaimana kalau pekerja wanita tersebut meletakkan jawatan dan terus bekerja di Syarikat baru selama 90 hari, adakah beliau layak untuk mendapat ‘DUA’ faedah cuti bersalin? Sememangnya tidak, kerana tujuan klaus tersebut dalam Akta Kerja adalah untuk memberi ruang kepada Majikan Baru bagi menuntut pembayaran cuti bersalin secara nisbah purata (pro rated) daripada majikan lama, sekiranya majikan baru memberikan gaji dua bulan semasa tempoh bersalin (seksyen 37 (3) Akta Kerja 1955).

Dengan adanya klaus tersebut, majikan tidak perlu risau lagi untuk mengambil pekerja yang sarat mengandung, kerana mereka tidak perlu menanggung pembayaran cuti bersalin dua bulan kerana kos tersebut boleh dikongsi dengan majikan terdahulu. Jadi, pekerja wanita tidak akan di diskriminasi untuk mendapat pekerjaan baru walaupun mereka sedang mengandung.

oppss..sekarang saya mula terfikir…Sisters In Islam tahu ke kewujudan klaus ni dalam Akta Kerja 1955?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *