KWSP dan Laporan Audit Negara 2010

KWSP

Salam,

Amat hangat berita tentang pelaburan KWSP yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Kalau anda nak tahu apa yang dilaporkan, ianya adalah seperti di bawah ini:

Laporan Audit Negara Tentang KWSP
Laporan Audit Negara Tentang KWSP

Ok, dengan sepantas kilat, KWSP telah memberi penjelasan kepada rakyat jelata tentang laporan tersebut:

KWSP Menafikan Laporan Audit Negara

KWSP merujuk kepada beberapa berita media mengenai Laporan Ketua Audit Negara terhadap KWSP yang telah gagal memberikan gambaran sebenar tentang penemuan Ketua Audit Negara tersebut.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, KWSP telah melaksanakan aktiviti pelaburan pinjaman dengan memuaskan selaras dengan kehendak Seksyen 26 Akta KWSP 1991.

Adalah penting bagi KWSP untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam berita tersebut seperti berikut:

1.  KWSP telah meluluskan 13 pinjaman berjumlah RM55.10 bilion yang tidak memerlukan jaminan Kerajaan tetapi merupakan pinjaman secara langsung kepada kerajaan, sekuriti yang disokong oleh kerajaan dan penarafan kredit AAA yang diberikan oleh Rating Agency Malaysia Berhad yang mana pinjaman-pinjaman ini tidak memerlukan jaminan Kerajaan. Semua pinjaman ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta KWSP 1991.

2.  Berhubung dengan cadangan pinjaman untuk Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan, KWSP telah mendapat kelulusan daripada Panel Pelaburannya yang merupakan kuasa pelulus tertinggi untuk pelaburan KWSP.

3. Semua perjanjian pinjaman, sama ada konvensional atau Islamik disediakan oleh firma guaman luar yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang pembiayaan. Bagaimanapun, dokumen-dokumen perjanjian ini akan disemak dan diluluskan oleh pengurus undang-undang KWSP.

4.  KWSP menafikan kenyataan yang dibuat dalam berita tersebut yang menyatakan bahawa tidak ada maklum balas daripada KWSP berkenaan dengan “pinjaman-pinjaman lain”. Dalam hubungan ini, semua perkara atau isu yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara telah dijawab oleh KWSP sebelum tarikh yang ditetapkan.

KWSP Pelaburan Berhemah

KWSP ingin menegaskan di sini bahawa sebagai sebuah dana persaraan, KWSP akan terus mengekalkan polisi pelaburan yang berhemah dan berisiko rendah yang turut disokong oleh penyelidikan yang menyeluruh serta teliti selaras dengan amalan terbaik pelaburan untuk memastikan simpanan ahli selamat.

Nik Affendi Jaafar

Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 28 Oktober 2011

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *