Bagaimana Keuntungan Diperolehi Daripada Unit Trust?

Unit Trust

Unit Trust adalah skim pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang yang dilaksanakan Dengan mengumpulkan wang daripada ramai pelabur dalam satu dana dan diuruskan oelh pengurus dana secara professional dan sepenuh masa. Pengurus dana pula melaburkan wang yang dikumpulkan itu ke dalam saham atau sekuriti yang dibernarkan bagi pihak pelabur. Pelaburan pula menikmati pulangan pelaburan mereka menerusi pengembangan modal dan dividend (jika ada).

 

Bagaimana pelabur mendapat manfaat ataupun keuntungan daripada Unit Trust?

 

unit trustAda dua cara utama iaitu pengembangan modal dan menjana dividen. Pengembangan modal unit trust berlaku apabila Nilai portfolio meningkat diikuti Nilai unit jika kita menjual ini pada Harga yang lebih tinggi daripada Harga semasa kita membelinya.

 

Sebaliknya, apabila Nilai portfolio menurun, maka Nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi Harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung kepada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan Harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit baru dan menambah pelaburan unit trust.

 

Apabila dana unit trust mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan yang dibuat, maka pendapatan ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya Berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen.

 

Jadi, para pelabur perlu faham, dividend bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung kepada kemampuan dana berbuat demikian. Walaupun begitu, setiap syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividend itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.

Unit Trust

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *