Kerjaya Sebagai Agent Unit Trust

Unit Trust

Pasti ramai yang bercita-cita ingin bekerja sendiri seterusnya membina pernigaan dengan menjadi agent unit trust. Dalam apa jua pekerjaan, perniagaan, agent unit trust bertanggungjawab kepada dua pihak sepanjang kerjanya iaitu kepada Syarikat Unit Amanah, seperti Public Mutual dan pihak pelanggan.

Agent unit trust perlu sedar peranan utamanya sebagai penasihat kewangan kepada pelanggan. Sebarang penasihat, agent unit trust akan membantu menguruskan portfolio pelanggan sepanjang tempoh hubungan mereka. Dalam masa ini, pelanggan mengharapkan nasihat berwibawa dengan kepercayaan sepenuhnya kepada agent unit trust.

unit trust

Dalam apa jua kerjaya atau perniagaan, kita perlukan motivasi untuk terus kekal berada di atas dalam industri yang kita ceburi. Di sini saya nyatakan beberapa suntikan yang dapat membantu menyemai rasa tanggungjawab dalam sanubari agent unit trust yang perlu keluar berjuang setiap hari.

 Saya menyukai kerjaya sebagai agent unit trust kerana melalui unit trust:

  • Saya mendapat banyak pengalaman.
  • Saya menimba banyak  ilmu
  • Saya menjalin persahabatan
  • Saya menjadi semakin berani dan yakin

Bila Prospek Merendah-Rendahkan Saya…

Apabila prospek memarahi ataupun merendahkan saya, saya tidak rasa kecil hati kerana saya faham ini disebabkan oleh kejahilan mereka berkenaan keajaiban unit trust. Dalam hati saya, saya berkata, “Saya bersimpati kepada anda dan akan cuba sedaya upaya menyedarkan anda berkenaan kepentingan mengekalkan gaya hidup dan bukan hanya membeli unit trust”

 

Saya percaya sepenuhnya kepada pelaburan unit trust. Ia adalah cara:

  • Paling berkesan
  • Paling ekonomi
  • Paling selamat
  • Terkawal risiko

Bagi mewujudkan dana untuk pasangan, anak dan ibu bapa kita. Ia juga pertubuhan atau organisasi amal dan kebajikan.

Hadapi Masalah Dengan Senyuman

Saya akan menghadapi masalah dengan senyuman. Saya percaya apabila wujudnya masalah wujud juga jalan penyelesaian. Ini adalah hukum semesta. Saya perlu berterima kasih kepada masalah yang saya hadapi kerana saya faham masalah sedemikian member saya peluang bagi belajar, berkembang dan menimba pengalaman.

 

Bagaimana ingin berjaya? Kena Jumpa Orang la…

Sebagai seorang agent unit trust, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab untuk menyampaikan konsep unit amanah kepada sekurang-kurangnya 3 orang setiap hari. Peluang tidak akan datang kepada mereka yang berpeluk tubuh. Ia Cuma boleh dijumpai oleh mereka yang mencari.

Tuan-tuan dan Puan-Puan (mcm ceramah la pulak..heheh)..tiada kejayaan akan datang bergolek di depan mata kita semua..apa yang kita perlu lakukan adalah..RANCANG..USAHA…ACTION…kita perlu berusaha dan yakin, Allah akan membantu hambaNya yang sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa serta sentiasa positif dalam menghadapi kehidupan ini.

 

Bagaimana ingin mendapatkan Client untuk Unit Trust?

Saya sentiasa membuka peluang kepada orang-orang yang positif untuk bersama-sama saya dalam membina satu perniagaan hebat dalam Industri Sunrise ini…iaitu Industri Unit Trust. Dengan menggunakan konsep internet marketing, mendapatkan lead untuk prospek tidak lagi menjadi satu masalah. Apa yang perlu anda buat ialah..mencari mentor yang tepat dan pakar dalam Internet Marketing dan Unit Trust! Anda boleh hubungi saya di talian 019-3726080 untuk temujanji serta menghadiri BOP yang kita jalankan.

 

Salam Kejayaan dan Kekayaan Dunia dan Akhirat,
Humaizi

Unit Trust

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Comment:

  1. macam mana cara untuk menjadi agent unit trust

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *