Maksimumkan Wang Dengan Pelaburan Unit Trust

Pelaburan Unit Trust

Setiap orang pasti ingin mempunyai matlamat kewangan tersendiri. Ada yang ingin menyimpan bagi tujuan persaraan, pendidikan anak-anak, beli rumah dan sebagainya. Ada pelbagai alternatif pelaburan, kini saya ingin ceritakan kepada anda tentang pelaburan ke unit trust. Pastinya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan bagaimana ia dapat membantu anda mendapat pulangan pelaburan yang SANGAT MENGUNTUNGKAN!

Berikut adalah masalah yang mungkin anda hadapi…

>> Anda ingin memulakan pelaburan untuk mendapat kebebasan kewangan, tetapi tidak tahu landasan yang betul oleh kerana terlalu banyak pelaburan SCAM yang bertujuan untuk menipu wang anda.

>> Anda ingin memulakan pelaburan, tetapi tidak tahu hendak menyertai pelaburan apa yang menguntungkan.

>> Anda ingin melabur tetapi takut anda akan kehilangan modal pelaburan anda.

>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risaukan modal pelaburan adalah tinggi.

>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risau anda tidak boleh mengeluarkan wang pelaburan anda di saat anda memerlukan wang Anda pastinya sentiasa inginkan pulangan pelaburan yang tinggi, tetapi sudahkan anda menemui atau sudahkan anda memulakannya?

 

TAK PERLU TAKUT…. PELABURAN UNIT TRUST ADALAH DISELIA OLEH SURUHANJAYA SEKURITI (SC) MALAYSIA! INFO UNIT TRUST Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.

 

Pelabur tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio meningkat atau menyusut, nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.

 unit trust

Sebagai bukti pelaburan individu di dalam, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.

 

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana.

 

Layari Laman Web Rasmi FEDERATION OF MALAYSIAN UNIT TRUST MANAGERS (FMUTM): http://fmutm.com.my/ Matlamat pelaburan daripada adalah mudah.

 

Anda tidak perlu bersusah payah memantau pelaburan anda kerana ia diuruskan oleh Pengurus Dana yang profesional dan berpengalaman. Namun begitu, anda boleh menggunakan teknik-teknik pelaburan seperti Pemurataan Kos Ringgit (Dollar Cost Averaging) untuk mendapat pulangan yang optimum. Siapa patut menyertai? Individu yang ingin mencari peluang pelaburan yang menguntungkan, sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Juga bagi pelabur-pelabur baru yang ingin mencuba melibatkan diri di dalam pelaburan.

 

Sebagai pesanan akhir- keputusan anda hari ini akan menentukan kehidupan anda pada hari-hari seterusnya. Tanpa memulakan pelaburan, tahap kewangan anda akan berada di tahap yang sama untuk selama-lamanya!

 

Hubungi saya sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Pelaburan.

 

Humaizi, 0193726080

Unit Trust

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *