Melabur Dalam Unit Trust

Unit Trust telah lama bertapak dalam Malaysia, iaitu sejak tahun 1959. Dalam entri kali ini saya tidak akan ceritakan tentang sejarah Unit Trust, di mana anda boleh rujuk di laman web FIMM (Federations of Investment Managers Malaysia).

Unit Trust adalah bentuk pelaburan yang ‘structured’ dan ‘regulized’ kerana dikawal selia oleh FIMM serta Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Seorang Consultant Unit Trust tertakluk kepada kod etika yang ketat, umpamanya dalam mempromosikan Unit Trust, seorang Consultant tidak boleh menjanjikan pulangan kepada pelanggan. Walaupun sejarah menunjukkan pulangan sesetengah dana Unit Trust di antara 10%-15% setahun, namun ianya bukanlah satu jaminan prestasi untuk masa hadapan. Ini yang selalu diingatkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Trust kepada consultant-consultant mereka.

Namun begitu, sebagai seorang pelanggan, anda perlu mengetahui latarbelakang dana sebelum memulakan pelaburan. Ya la.. takkan kita nak main hentam saja kan, sejarah walau tidak menjamin pulangan masa hadapan, tapi ianya menunjukkan kredibiliti sesuatu dana tersebut.

 

Master Prospectus

Apabila anda hendak melabur dalam Unit Trust, adalah menjadi satu tanggungjawab kepada agent unit trust untuk menujukkan master prospectus kepada anda. Antara perkara penting yang dinyatakan dalam Master Prospectus adalah seperti berikut:

-Ciri-Ciri Penting Dana termasuk Yuran dan caj

-Manfaat pelaburan Dana Amanah Saham

-Maklumat terperinci tentang Dana termasuk risiko pelaburan dan pelaburan yang -dibenarkan.

-Prestasi kewangan Dana yang lepas.

 

Contoh prospektus adalah seperti imej di bawah ini:

 agent unit trust

 

Objektif Pelaburan

Ini adalah elemen yang paling penting sebelum anda memulakan pelaburan. Apa tujuan/ objektif anda melabur? Kebiasaannya client saya mempunyai beberapa objektif seperti berikut:

 

1. Dana Persaraan

2. Dana Pendidikan Anak-anak

3. Dana Bayar Muka Rumah

4. Dana Perubatan (bagi mereka yang tidak layak menyertai Takaful kerana telah ada penyakit kritikal)

5. Pembelian Kereta

 

Bagaimana dengan anda? Sebelum melabur, tetapkan Tujuan/Matlamat/Objektif terlebih dahulu. Bincang dengan seorang Perancang Kewangan Islam yang peramah seperti saya (ehem..ehem) berapa RM yang anda perlukan untuk mencapai matlamat tersebut seterusnya berapa jumlah yang perlu disimpan dalam Dana Unit Trust.

 

Memulakan Pelaburan Unit Trust

Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 3 cara iaitu:

 

1. Pelaburan secara lump sum

2. Pelaburan secara simpanan bulanan

3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

 

1. Pelaburan Secara Lump Sum

Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:

  • keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
  • keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan purata sebanyak 10% setiap tahun compounded setiap tahun  berterusan selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM174,494

 

2. Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan

Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).

Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound dividend 10%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM227,933 pada 30 tahun akan datang!!

 

3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Untuk mengetahui kelayakan jumlah pengeluaran, anda boleh lihat jadual di bawah ini.

 EPFtable2013

 

Setakat ini dulu perkongsian dari saya untuk hari ini, semoga ianya memberi manfaat untuk anda. Saya amat mengalukan sebarang pertanyaan dari anda, samada melalui call/sms/whatsapp ke nombor 019-3726080 ataupun boleh direct emel kepada saya humaizi@ahmadhumaizi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments:

  1. saya nk membuat pelaburan unit trust secara bulanan? mcm mane bole tuan bantu sy memilih unit trust yang sesuai dan relevan. tkasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *