Agensi Al Hamra Group

Alhamdulillah, setelah lima tahun berada dalam industri takaful, iaitu bermula tahun Januari 2012 selepas meninggalkan kerja makan gaji, saya mendapat rezeki dari Allah untuk memimpin agensi Takaful sendiri, yang saya namakan Al Hamra Group

Saya telah memilih lokasi TTDI Grove Kajang untuk dijadikan agensi ofis Al Hamra Group. Kenapa saya pilih lokasi ini adalah utamanya berhampiran dengan rumah saya, lebih kurang dalam lima km, keduanya, lokasi TTDI Grove Kajang senang untuk akses, terletak di tepi Highway Kajang- Cheras – Semenyih. Kawasan shop lot TTDI Grove Kajang adalah satu perbandaran baru yang dimajikan oleh pemaju TTDI Naza Development, dan ianya terletak bersebelahan dengan Kajang Perdana dan Penjara Kajang.

Kenapa perlu kemudahan pejabat untuk Agensi Takaful Keluarga?

Fungsi utama Group Manager bukan lagi untuk membuat jualan takaful, namun untuk melahirkan lebih ramai perunding takaful yang boleh mendidik masyarakat tentang Pengurusan Risiko Kewangan. Tabiat umum masyarakat tidak suka menyimpan wang, apatah lagi menyertai dalam kelompok takaful, kerana majoriti menganggap satu ‘kerugian’ sertai takaful kerana selalu menganggap mereka kebal dari sebarang risiko. Jadi di sinilah peranan Perunding Takaful untuk mendidik masyarakat tentang satu keperluan untuk selesaikan hutang apabila meninggal, dan kita selalu mengingatkan tentang Kerana Hutang Syurga Terhalang. Malah banyak lagi idea lain yang patut diperjuangkan oleh agent takaful.

Budaya Agensi Al Hamra Group

Setiap agensi takaful mempunyai visi dan nilai yang berbeza. Pandangan saya untuk ‘sustain’ dalam industri ini adalah bukan jualan yang cepat dan besar dalam masa singkat, namun berapa banyak ilmu kewangan yang dijana oleh seseorang perunding dalam industri ini. Bagi anda yang sertai kami di Al Hamra, anda berpeluang untuk mendalami ilmu pemasaran takaful yang semestinya berbeza dengan MENJUAL INSURANS. Nampak sama, namun ianya tidak sekali-kali sama, hanya jauhari yang kenal manikam. Penerapan ilmu memerlukan dua hala, dan anda yang ingin berjaya dalam industri ini perlu bersedia untuk belajar dan juga turun padang untuk mendapatkan pengalaman terus dari bakal pelanggan. Inilah ‘real knowledge’ yang amat bernilai dalam industri ini, iaitu on the job training selepas mendapat idea dari leader industri.

Jom sertai kami

Saya meletakkan satu komitment untuk jalankan aktiviti Rekrutment perunding takaful berterusan sehingga akhir hayat saya. Inilah jihad saya di dunia ini, dalam bidang kewangan Islam. Saya ingin fokus lahirkan lebih ramai perunding yang bukan setakat berjaya capai impian mereka dari segi materialistik, namun juga berjaya mendidik masyarakat di luar sana tentang pengurusan risiko kewangan.

Anda yang berminat untuk sertai kami boleh hubungi saya 019-3726080.

AHMAD HUMAIZI
Group Manager
Great Eastern Takaful Berhad

2 Comments

  1. Bagus ada pejabat sendiri. Senang untuk buat urusan bagi mereka yang perlukan servis.

  2. admin

    Terima kasih tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *