Great Eastern Takaful

Saya sudah biasa menerima soalan dari pembaca blog ini, serta melalui fanpage dan rakan-rakan, kenapa saya memilih untuk menyertai ahli keluarga Great Eastern Takaful? Satu persoalan yang menarik dan saya juga akan menceritakan serba sedikit kenapa saya memilih Great Eastern Takaful. Pertama sekali saya nak ceritakan serba ringkas tentang Great Eastern Takaful Berhad (GETB)

GETB merupakan syarikat usahasama antara I Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad (KAT). GETSB telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Disember 2010. I-Great memegang 70% saham manakala KAT memegang 30% saham dalam GETSB.

Menggunakan pendekatan “Takaful for All”, GETB menyediakan produk Takaful yang komprehensif untuk semua rakyat Malaysia, termasuk Muslim dan juga bukan Muslim.

Great Eastern Takaful

Apabila menyertai Industri Takaful, kita perlu sematkan dalam hati untuk kekal dalam industri ini sehingga akhir hayat. Kenapa? Kita adalah Dai’ kepada Umat Islam, dan kita mempunyai tanggungjawab terhadap pelanggan-pelanggan yang telah kita bawa untuk menyertai plan takaful.

Seterusnya, keluarga Great Eastern Takaful adalah yang paling mesra pernah saya jumpa. Keakraban antara pihak pengurusan dan juga kami di pihak agensi, yang boleh duduk sama bersembang bersama CEO, Pengurusan Kanan Syarikat, dan mereka banyak ‘mendengar’ masalah dari kami di peringkat agensi yang memasarkan produk takaful.

Saya Bersama CEO Great Eastern Takaful, Encik Shahrul Azlan dan juga VP Agency Distribution GETB, Encik Borhanuddin ketika majlis perasmian Agensi ofis baru Al Hamra

Selain daripada itu, produk-produk Great Eastern Takaful walaupun masih baru di pasaran, namun boleh saya katakan ianya adalah inovatif! Selain dari Produk Investment Link Plan yang boleh disertai dengan harga yang murah namun manfaat yang tinggi, Medical Card Takaful GET adalah KALIS INFLASI!

Plan Manfaat Hibah Takaful dan juga Medical Card GETB mampu milik, dengan coverage yang tinggi pada harga caruman mampu milik.

Hibah takaful produk GETB juga boleh dibuat lebih dari satu cara, hibah bukan saja kepada keluarga, namun peserta boleh hibah ke organisasi kebajikan, seperti rumah anak yatim, pusat tahfiz, rumah orang tua dan sebagainya.

Sekiranya anda berminat untuk sertai kami sebagai Perunding Takaful bersama Great Eastern Takaful Sdn Bhd, boleh terus hubungi saya melalui whatsapp https://AlHamraTakaful.wasap.my

Salam Ceria,

Ahmad Humaizi
Group Manager
Great Eastern Takaful