Ramai yang mempunyai kesedaran untuk memiliki Plan Takaful sekarang ini berbanding suatu masa dahulu. Antara salah satu sebabnya adalah dapat menikmati manfaat takaful ketika hayat dikandung badan, iaitu dengan menggunakan kemudahan Medical Card.
Medical card menjadi popular kerana tumbuhnya hospital swasta yang menawarkan khidmat serta layanan efisyen dan selesa. Bandingkan berapa banyak hospital swasta dibuka setiap tahun berbanding dengan hospital kerajaan? Saban tahun makin banyak hospital swasta dan dengan pertumbuhan kepadatan penduduk serta pekerja asing ke Malaysia, demand industri kesihatan semakin tinggi. Namun begitu, kos untuk mendapat rawatan di hospital swasta bukanlah sesuatu yang ‘murah’ kerana kita terpaksa membayar pada harga perkhidmatan berbanding hospital kerajaan yang diberikan subsidi oleh kerajaan Malaysia.
Dalam posting kali ini, saya tujukan kepada mereka yang belum menyertai mana-mana plan Medical Card, apa yang patut anda tahu dalam pemilihan Medical Card?
- Anda perlu memilih Produk Medical Card TAKAFUL dan bukan konvensional. Saya telah jumpa ramai pelanggan yang mengambil plan Insurans Konvensional amat menyesal atas tindakan mereka terdahulu yang tidak memeriksa hukum hakam mengambil produk insurans konvensional. Untuk bertukar plan dari insurans konvensional ke Takaful adalah tidak semudah abc, especially bagi anda yang telah mempunyai rekod kemasukan hospital atau disahkan mengalami penyakit kritikal.
- Medical Card protection sebagai riders attached kepada produk Investment Link Plan harganya lebih tinggi berbanding Medical Card Stand alone. Dengan itu, jangan terpedaya dengan harga mahal atau murah sesuatu medical card kerana setiap kos murah atau mahal pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
- Kos Medical Card naik setiap 3 atau 5 atau 10 tahun (bergantung kepada Takaful operator). Anda perlu tahu kos yang akan dibayar mengikut ‘tiers’ umur, especially bagi anda yang memilih untuk mengambil plan Medical Card Standalone. Namun bagi anda yang memilih plan Investment Link Plan, sekiranya saving dalam tabung anda mencukupi, sebarang kenaikan kos perubatan mengikut tiers umur akan disedut untuk menampung kos medical card tersebut.
- Kos Medical Card hangus? Inilah yang selalu disebut-sebut… generally YES.. namun ada juga produk Medical Card Takaful dimana sumbangan bulannnya tak hangus, ada sebahagian dimasukkan ke dalam saving (salah satu contoh adalah plan i-Medic Asas oleh Great Eastern Takaful)
- Antara annual limit dan lifetime limit, mana lagi penting? of course annual limit.. namun lifetime limit juga penting. Kedua-duanya perlu seimbang dengan kos rawatan terkini mengikut tahun semasa.
- Ada co-takaful atau tidak? Co-takaful adalah sejumlah wang yang anda perlu bayar, kebiasaannya 10% dari kos rawatan maksimum RM500 (atau RM1k, atau RM3k bergantung kepada Takaful Operator). Medical Card yang mempunyai Co-Takaful kebiasaannya kos sumbangan bulanan lebih rendah berbanding dengan Medical Card tiada co-takaful. Adakah dengan tiadanya co-takaful menjadikan medical card tersebut terbaik? Tak semestinya, anda mungkin terpaksa bayar lebih sumbangan bulanan, atau pengurangan manfaat lain disebabkan oleh tiada co-takaful tersebut.
- Dialisis – adakah Medical Card tersebut protect rawatan dialisis, dan sekiranya ya, berapakah limit tahunan atau seumur hidup?
- Rawatan kanser pesakit luar, berapa limit tahunan dan lifetime?
- Pre and post hospitalisation, berapa hari boleh claim?
- Apple to durian comparison…. inilah yang berlaku sekarang ini, ramai yang suka buat perbandingan Apple to Durian….mmmh… agak sukar untuk bandingkan satu persatu medical card takaful di pasaran, kerana percayalah, bila sesuatu produk Medical Card dihasilkan oleh team product Takaful Operator, mereka akan hasilkan yang terbaik untuk pelanggan.
Jadi, apa yang perlu anda pastikan dalam pemilihan produk Medical Card Takaful?
1. Keutamaan – siapa yang utama perlu dilindungi dalam keluarga, ayah, ibu, anak-anak atau semua sekali?
2. Keperluan – perlu atau tidak medical card? Di manakah anda tinggal? Di bandar? Di Kampung yang jarak Hospital swasta terdekat adalah 200km manakala hospital kerajaan hanya 10km.
3. Kemampuan – inilah yang paling utama, sumbangan bulanan perlu ada komitmen sepanjang hayat, alangkah rugi sekiranya anda memilih plan yang mahal, namun selepas beberapa bulan anda tidak mampu meneruskan plan takaful medical card tersebut.
Mana lebih penting, Takaful Operator atau Perunding Takaful?
Takaful operator terbaik tidak melahirkan 100% perunding takaful terbaik. Lumrah manusia, ada yang ok dan ada yang ko… pemilihan agent amat penting kerana di saat anda memerlukan bantuan, agent yang terbaik pastinya akan sentiasa berada di sisi anda!
Bagaimana saya boleh bantu anda?
Saya bukanlah yang terbaik, namun saya sentiasa cuba untuk membantu rakan-rakan pelanggan semua untuk mendapatkan perlindungan Takaful dengan Medical Card semasa masih sihat dan tidak mempunyai penyakit yang menyebabkan permohonan takaful ditolak. Sekiranya tuan puan serius ingin mencari plan yang mampu milik ikut kesesuaian dan keperluan anda semua, boleh hubungi saya sekarang di talian 019-3726080.
Salam Ceria,
Humaizi IFP, 019-3726080