Teknik Nak Untung Dengan Pelaburan Unit Trust
Assalamualaikum…
Setiap orang pasti inginkan keuntungan…mana ada orang nak rugi dalam pelaburan kan? Begitu juga dengan Unit Trust investment, pelaburan pasti inginkan keuntungan. Persoalannya..macamana nak untung dengan pelaburan dalam unit trust? Ramai yang cakap..beli la pada harga rendah.. memang betul pun, unit trust investment is very easy kalau kita boleh predict bila masa terbaik untuk membeli atau menjual.
Walau bagaimanapun, ramai yang telah gagal untuk meramal masa yang sesuai untuk melabur dan mengalami kerugian besar kerana meramal pasaran saham adalah mustahil.
“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham.” -Mr. Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor-
Ini adalah kerana pasaran saham memang tidak menentu dan tidak mungkin untuk diramalkan atas faktor-faktor domestik dan asing, yang mempengaruhi turun naik harga saham harian dan mingguan.
Bagaimana untuk menangkis serangan Turun Naik Pasaran Saham yang melibatkan value unit trust akan terjejas?
Salah satu strategi ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit or better known as Dollar-Cost-Averaging (DCA) Principle. DCA adalah satu strategi pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan unit amanah pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan kitaran pasaran. Justeru, para pelabur tidak perlu bimbang mengenai market timing dan membolehkan pelabur tetap fokus pada matlamat pelaburan jangka panjang.
Sebagai contoh, pelabur boleh menyimpan dan melabur RM500 hingga RM1,000 daripada gaji mereka kepada dana unit amanah ataupun pelabur boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada sumber kewangan dan matlamat masa depan pelabur. Dengan melabur secara berkala, iaitu satu jumlah yang tetap pada tempoh waktu tetap, para pelabur boleh membeli lebih unit apabila pasaran lebih rendah dan kurang unit ketika pasaran menaik.
Strategi ini akan menghasilkan kos purata pelaburan yang lebih rendah daripada purata harga pasaran pada tempoh tertentu.
Bagaimana untuk membuat pelaburan Unit Trust Secara DDI?
Para pelabur boleh melabur menggunakan Direct Debit Instruction (DDI) atau Standing Instruction (SI) melalui bank dimana satu jumlah tetap akan dipindahkan daripada akaun simpanan atau akaun di mana wang gaji dikreditkan setiap bulan ke akaun dana pelaburan.
Kaedah ini juga memastikan pelabur melabur secara konsisten dalam suatu tempoh masa. Ini adalah salah satu cara yang baik untuk menyemai sifat menabung yang berterusan, justeru membina kekayaan.
Jadi..anda semua dah tahu cara untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa panjang dengan Unit Trust.. dan Jika anda nak untung dalam tempoh yang singkat, sila jangan melabur dalam unit trust. Unit trust bukan skim cepat kaya. Unit trust boleh memberikan keuntungan sekiranya anda melabur dalam tempoh 3 tahun dan ke atas dengan strategy yang sesuai.
Tidak dinafikan ramai jugak yang boleh untung dalam 5-8 bulan selepas melabur. Ini kerana mereka telah masuk pada harga yang rendah, kemudian harga naik dan naik (keuntungan melalui capital gain). Kalu timing kena memang rezeki anda. Jika tidak, BERSABAR. Yang penting adalah unit. Duit itu tidak kemana, masih di dalam dana tersebut. Jika anda keluarkan pada harga yang rendah, anda yang rugi.
Apa yang perlu anda Lakukan Agar tidak ‘GABRA’ dengan pelaburan yang naik turun?
Sebelum melabur, adalah penting untuk pelabur menetapkan objektif pelaburan; jangkamasa sederhana atau jangkamasa panjang. Contohnya, Anda mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 untuk dilaburkan bagi mendapat keuntungan jangkamasa panjang. Tetapi baru melabur 3 bulan, keluar model kereta baru..dan jiran sebelah pun baru tukar kereta baru… jadi…anda terus terfikir duit RM50,000 di Unit trust boleh dijadikan downpayment.
ok, setakat ini dulu posting dari saya untuk kali ini…
Dapatkan Info Lanjut Unit Trust Dengan Saya, Humaizi, 019-3726080