Tak tahu apa puncanya, belum sampai 20hb, ada ketikanya belum pertengahan bulan, poket telah kering, segala perbelanjaan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Apa yang silap? Barang terlalu mahal, gaji terlalu sedikit, atau hutang terlalu banyak?
Walau apa jua punca yang sememangnya anda sendiri yang ketahui, ianya adalah berpokok pangkal dari kurangnya pengetahuan dalam pendidikan kewangan. Ya, ianya tidak pernah diajar di sekolah mahupun di universiti. Malah sewaktu kecil, ayah dan ibu kita mungkin tidak mahu membicarakan soal kewangan secara terbuka dengan anak-anak!
Di sini saya paparkan satu artikel menarik tentang celik wang dan semoga ianya dapat memberi manfaat untuk anda semua. Happy reading!